NEW
Font size
WorksheetsPERNIAGAAN E
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah tujuan perniagaan?
I Melatih tenaga kerja mahir
II Melakukan pertukaran nilai
III Menyediakan barang dan perkhidmatan
IV Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding perniagaan milikan tunggal?
Tanggungan terhad
Berkongsi kepakaran
Perniagaan berterusan
Mudah untuk membuat keputusan
Antara berikut manakah benar tentang perniagaan bersaiz sederhana yang terlibat dalam aktiviti pengilangan?
Jumlah jualan tahunan RM15 juta hingga kurang daripada 50 juta
Bilangan pekerja tetap 75 orang hingga kurang daripada 150 orang
Jumlah jualan tahunan melebihi 3 juta hingga kurang daripada 20 juta
Bilangan pekerja tetap melebihi 30 orang hingga kurang daripada 75 orang
Maklumat berikut berkaitan skala perniagaan.
"Pak Man membekalkan hasil pertaniannya kepada peniaga di seluruh Malaysia"
Apakah jenis skala perniagaan tersebut?
Zon
Global
Tempatan
Kebangsaan
Agensi kerajaan manakah membantu peniaga tempatan menjalankan penyelidikan dan pembangunan(R&D)?
MPC
MARA
MARDI
MATRADE
Apakah aktiviti sektor perniagaan dalam gambar?
Sektor tertier
Sektor primer
Sektor sekunder
Sektor domestik
Apakah faktor menyebabkan pengangguran bermusim berlaku?
Pekerja tamat kontrak
Kemahiran pekerja tidak diperlukan
Majikan tidak mampu membayar gaji pekerja
Perniagaan mengutamakan penggunaan teknologi
Apakah kesan deflasi?
Kuasa beli pengguna meningkat
Aktiviti perniagaan berkembang maju
Wujud lambakan barang dalam pasaran
Guna tenaga penuh pada tahap maksimum
Pilih pernyataan BENAR berkaitan analisis SWOT
Kekuatan dan kelemahan ialah komponen analisis luaran
Kekuatan dan ancaman ialah komponen analisis dalaman
Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis luaran
Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis dalaman
Memgapakah trend penggunaan tenaga pekerja di negara maju semakin berkurangan?
Penghijrahan kesan upah yang rendah
Tiada oeluang kenaikan pangkat dalam organisasi
Hanya menumpukan kepada bidang perkhidmatan sahaja
Peningkatan penggunaan mesin dan robot dalam pengeluaran
Antara berikut, manakah benar tentang visi?
Maklumat yang khusus
Sasaran yang boleh diukur
Perancangan jangka masa panjang
Pernyataan ringkas tentang matlamat utama perniagaan
Apakah konsep yang digunakan dalam membentuk ciri-ciri objektif yang baik?
SMART
REALISTIC
ATTAINABLE
MEASUREABLE
Apakah tujuan penetapan misi?
Ciri SMART dapat dinyatakan dengan jelas
Matlamat perniagaan dapat dicapai dalam masa singkat
Semua pihak dalam perniagaan bergerak ke arah matlamat yang sama
Sumber dapat diagihkan dengan tepat seiring dengan hala tuju perniagaan
Apakah langkah yang boleh diambil oleh sesebuah perniagaan sekiranya gagal mencapai sesuatu matlamat perniagaan?
Mengurangkan kos
Menaikkan harga produk
Meningkatkan kuantiti barang yang ditawarkan
Memperbanyakkan penggunaan sumber manusia
Rajah menunjukkan suatu proses pemjndahan barang atau perkhidmatan dalam sesebuah perniagaan. Bahagian manakah melibatkan proses tersebut?
Jualan
Pembelian
Kewangan
Pengeluaran
Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?
Memudahkan pihaj pengurusan mengurus dan memantau aktiviti perniagaan
Memastikan sumber manusia mencukupi mengikut kepakaran yang diperlukan
Menjamin sumber pembiayaan dan perbelanjaan diagihkan dengan lebih efektif dan efisien
Mbolehkan setiap anggota mengetahui dengan jelas tanggungjawab, kedudukan dan spesifikasi tugas masing-masing
"Mulai 1 September 2018, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) telah diperkenalkan.
Apakah faktor tersebut?
Ekonomi
Kewangan
Undang-undang
Sumber manusia
Mengapakah bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi penting dalam perniagaan?
Menjamin bekalan berterusan
Meningkatkan produktiviti pengeluaran
Melahirkan sumber manusia yang efisien
Membolehkan maklumat dan data disimpan
Mengapakah sesebuah perniagaan perlu berinteraksi dengan pembekal?
Mempercepatkan bantuan pembiayaan
Memastikan permintaan terhadap produk
Memudahkan kelulusan menjalankan urusan perniagaan
Menjamin bekalan berterusan pada harga berpatutan
Gambar menunjukkan proses kemunikasi antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Apakah X?
Penterjemahan mesej yang diterima
Tindak balas terhadap mesej yang diterima
Kaedah yang digunakan untuk menghantar mesej
Enkod- Pengolahan idea dalam bentuk tulisan, gambar dan pertuturan
Maklumat berikut berkaitan dengan aspek dalam pengelolaan sumber manusia. Apakah aspek pengelolaan sumber manusia dalam situasi tersebut?
"Puan Sonia telah ditawarkan jawatan sebagai ketua pramugari memandangkan beliau pernah bekerja sebagai pramugari di beberapa syarikat antarabangsa selama enam tahun"
I Kelulusan
II Kelayakan akademik
III Berpengalaman dalam industri penerbangan
IV Berpengetahuan tentang bidang tugas pramugari
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah struktur organisasi yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan organisasi?
Struktur organisasi berdasarkan fungsi
Struktur organisasi berdasarkan produk
Struktur organisasi berdasarkan matriks
Struktur organisasi berdasarkan geografi
Antara berikut, manakah digolongkan dalam kategori gaji?
Elaun
Bonus
Faedah
Komisen
Apakah sumber dalam gambar?
Dumber tanah
Sumber fizikal
Sumber pertanian
Sumber teknologi
Maklumat berikut berkaitan pengurusan sumber teknologi. Apakah pengurusan sumber teknologi tersebut?
"Suraya sentiasa memastikan beliau mempunyai hak eksklusif kepada hasil karya novelnya".
Paten
Hak cipta terpelihara
Perlindungan insurans dan keselamatan
Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang
Apakah harta intelek PROTON?
Bekalan kereta PROTON
Kilang dan mesin PROTON
Reka bentuk kereta PROTON
Peralatan teknologi maklumat PROTON
Antara berikut, manakah boleh dikenali sebagai modal?
Inventori
Usahawan
Tenaga kerja
Bahan mentah
Agensi kerajaan manakah mengamalkan konsep "Pinjaman asas simpanan"?
Majlis Amanah Rakyat(MARA)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad(CGC)
Apakah jenis sumber pembiayaan yang sesuai digunakan oleh usahawan yang menggunakan mesin dalam perniagaannya?
Rizab
Pajakan
Ar-Rahnu
Pemfaktoran
Apakah langkah pertama memohon pembiayaan?
Membuat permohonan
Memperoleh kelulusan pembiayaan
Menyediakan rancangan perniagaan
Mendapatkan khidmat nasihat kewangan
Mengapakah sesebuah perniagaan menyediakan Kunci Kira-kira?
Mengukur prestasi perniagaan
Mengawal perbelanjaan operasi
Merancang strategi meningkatkan keuntungan
Mentafsir kemampuan perniagaan membayar hutang
Apakah fungsi pusing ganti stok?
Mengukur jumlah jualan yang telah dibuat perniagaan
Menggambarkan jumlah jualan yang dapat dijana daripada aset perniagaan
Menunjukkan kekerapan stok perniagaan diganti dalam satu tempoh perakaunan
Mengukur kecekapan pihak pengurusan dalam mengurus stok dan aset perniagaan
Apakah kelebihan menjadi usahawan kepada diri?
Memupuk minat keusahawanan
Memperoleh sumber pendapatan
Mewarisi kelebihan turun- temurun
Memenuhi keperluan dan kehendak
Mengapakah lokasi strategik perlu dititikberatkan semasa memulakan perniagaan?
Meningkatkan dan meluaskan pasaran
Memudahkan kegiatan promosi dan agihan barang
Mempercepatkan proses pinjaman dan pembiayaan
Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan
Gambar menunjukkan kaedah promosi. Apakah kaedah tersebut?
Publisiti
Pengiklanan
Promosi jualan
Jualan langsung
Rajah berkaitan dengan pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan.
Apakah X?
Membuat pelaburan
Menentukan hala tuju perniagaan
Mempertimbangkan pemberian ganjaran
Menilai kecekapan perniagaan mengurus hutan
Apakah tujuan menyediakan rancangan perniagaan?
Menjamin keuntungan perniagaan
Menghapuskan risiko dan masalah dihadapi
Memastikan pihak bank memberi pembiayaan
Memudahkan sumber diagihkan dengan lebih sistematik
Antara berikut, elemen manakah terkandung dalam rancangan perniagaan?
I Pinjaman
II Promosi
III Produk
IV Jualan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut manakah merupakan trend persekitaran perniagaan yang menggambarkan keadaan konsisten dalam perniagaan?
Trend menurun
Trend mendatar
Trend meningkat
Trend melambung
Puan Amy seorang rakan kongsi biasa dalam Klinik Amizan dan Rakan-rakan. Apakah jenis liabiliti yang perlu ditanggung oleh Puan Amy?
Liabiliti terhad
Liabiliti berhad
Liabiliti pelaburan
Liabiliti tidak terhad
