Font size
WorksheetsPERIBAHASA MENENGAH ATAS
Total questions: 42
Worksheet time: 21mins
Peribahasa ialah ...
Susunan kata yang menerangkan suatu golongan kata nama atau frasa nama.
Susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat.
Susunan kata yang membentuk kerjasama masyarakat.
Susunan kata yang menerangkan perbuatan baik
Yang manakah tidak tergolong dalam peribahasa?
Kata-kata semangat
Bidalan
Kata-kata hikmat
Pepatah
Kemarahan ayah dapat ditenangkan dengan kata-kata lembut ibu kerana ...
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
besar kapal besarlah gelombang
jika ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Perbuatan remaja yang taksub melayari media sosial sepanjang hari hanya membuang masa kerana melakukan perkara yang tidak berfaedah.
melepaskan batuk di tangga
seperti harimau menyembunyikan kukunya
membuang garam ke laut
pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
Aina memang layak dijadikan suri teladan kerana bukan sahaja cerdik malah dia rajin juga.
Bagai bunga kembang di taman
seperti lipas kudung
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan mengalami masalah kewangan akibat wabak Covid 19. Banyak pihak cuba membantu meringankan beban namun hanya mereka sahaja yang mengetahui kesulitan yang ditanggung.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Patah sayap bertongkat paruh
Perselisihan keluarga tidak perlu digembar-gemburkan kerana pasti satu hari nanti ikatan persaudaraan akan terjalin semula.
biduk berlalu kiambang bertaut
carik-carik bulu ayam
air dicincang tidak akan putus
bagai api dalam sekam
Sesuatu perkara perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap-cakap orang sahaja
Kalau gajah dipandang gadingnya, harimau dipandang belangnya
Kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau
Kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta
Kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihan
Kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
menelan mestika embun
tiada rotan akar berguna
tukang tidak membuang kayu
Tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja
Kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
garam jatuh ke pasir
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.
Sekiranya inginkan kemewahan, mestilah sedia berusaha
Jika berani memerintah hendaknya berani melakukan juga.
Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban
Sekiranya mahu hidup senang, perlu menanggung dukacita
Berbilang dari esa, mengaji dari alif.
Jika berani memerintah hendaknya berani melakukan juga.
Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dari permulaannya.
Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak.
Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dengan perancangan
Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.
Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal.
Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak.
Jika berani memerintah hendaknya berani melakukan juga.
Jika berani bertindak hendaknya berani menerima akibatnya juga.
Biar berkelahi dahulu, jangan berkelahi kemudian.
Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal.
Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.
Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak.
Semua jawapan di atas
Bahasa menunjukkan bangsa.
Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).
Budi bahasa seseorang itu sangat berharga.
Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal.
Bahasa ibunda menunjukkan asal keturunan seseorang
Masa itu emas.
Baik buruk sifat dan tabiat orang dapat dilihat dari tutur kata atau bahasanya.
Masa itu sangat berharga.
Insan yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa menjadi pedoman dan panduan orang lain serta boleh dikongsi bersama masyarakat di sekelilingnya.
Kita hendaklah ... untuk memastikan semua orang dapat menerima pandangan dan bersetuju dengan keputusan tersebut.
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
biar berkelahi dahulu, jangan berkelahi kemudian
berbilang dari esa , mengaji dari alif
berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Nak kaya berdikit- dikit, nak ramai bertabur–urai
Tidak menghiraukan masalah orang lain, hanya mementingkan urusan diri sendiri sahaja
Menyuruh seseorang melakukan sesuatu yang mustahil akan dilakukannya
Jimat cermat punca kekayaan, murah hati punca tuah
Keadaan yang tidak tetap kerana sakit dan susah
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Adat atau kepercayaan yang masih kekal menjadi amalan
Fikir baik-baik sebelum bertindak supaya tidak menyesal kemudian
Bimbang kehilangan barang yang dimiliki lalu menggadainya
Keputusan dan pertimbangan tidak seimbang
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dan bantu-membantu
Jangan takut pada kaum lelaki kerana kita sama-sama mempunyai kekuatan
Wanita yang bersifat sopan dan lemah lembut, mampu menyumbang idea dan tenaga yang hebat
Perempuan yang suka menghabiskan harta lelaki
Bertangguh Itu Pencuri Masa
Kerja bertangguh tidak membawa manfaat kepada diri sendiri
Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu diketahui bangsanya
Tidak dapat berjimat cermat walaupun pendapatan yang lumayan
Suka menyimpan barang yang dicuri
Kata mesti dikota
Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu diketahui bangsanya
Setiap janji hendaklah ditunaikan
Cara- cara orang dalam kota bercakap berbeza dengan orang di kawasan pinggir kota
Tidak tahu hendak memulakan percakapan
Sejarawan dunia iaitu Herodotus pernah berkata bahawa ...
" Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan dan generasi yang berkualiti berupaya membuat lonjakan pantas memajukan masyarakat dan negaranya."
“ Sesiapa yang tidak berusaha memajukan dirinya maka orang itu merupakan insan yang paling hina di dunia ini."
" Kemaafan yang utama itu ialah ketika berkuasa."
“ Waktu ialah penasihat yang paling bijaksana."
Nasihat ahli falsafah dan saintis Yunani, Aristotle ...
“ Waktu ialah penasihat yang paling bijaksana."
“Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum."
" Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras."
" Kemaafan yang utama itu ialah ketika berkuasa."
Pakar motivasi Kanada, Brian Tracy menyatakan bahawa ...
“Masalah manusia ialah terlalu banyak alasan."
“Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu daripada adab dan pertanyaannya, bukan daripada jawapan-jawapannya."
“Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka."
" Kita bekerja bukan untuk memiliki wang semata-mata, melainkan untuk menunaikan kewajipan kita."
Biar putih tulang, jangan putih mata
keuntungan dan kekuatan seseorang ada masa meningkat atau menurun.
merendah diri lebih baik daripada menyombong
lebih baik mati daripada menanggung malu
sementara menunggu yang lebih baik buatlah sesuatu yang mendatangkan faedah.
Anak buah ialah satu contoh
pepatah
simpulan bahasa
peribahasa
bidalan
Bagai melepaskan batuk di tangga.
Melakukan perkara dengan membuta tuli
Melakukan perkara yang bersungguh-sungguh
Melakukan kerja apabila disuruh oleh teman baik.
Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh
Bagai murai tercabut ekor
Murai suka mencari makanan
Orang yang banyak berfikir
Orang yang suka menyanyi
Orang yang banyak bercakap.
Seperti bertih jagung
Bertih yang manis dan lazat disukai remaja
Orang yang suka makan jagung waktu pagi.
Bunyi bising dan percakapan yang tidak berhenti-henti.
Bunyi bising mesin yang tidak berhenti-henti.
Seperti harimau menyembunyikan kukunya bermaksud ...
Harimau yang mempunyai kuku tajam untuk menangkap bintang
Orang yang menyembunyikan kehebatan diri
Orang yang suka mengumpat tentang kehebatan orang lain
Orang yang menceritakan kehebatan diri
bagai menghitung bulu kambing
tenaga yang sia-sia
nasihat yang sia-sia
perangai yang sia-sia
usaha yang sia-sia
Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya barang yang dibaiki itu bertambah rosak
Bagai tikus membaiki labu
Bagai menghitung bulu kambing
Banting tulang
Berani mati
Hatinya sedih dan kecewa ... apabila mendengar penghinaan orang kampung terhadap kedaifan keluarganya.
bagai dihiris dengan sembilu
bagai kacang lupakan kulit
bagai murai tercabut ekor
bagai cacing kepanasan
Bagai anak sepat ketohoran ...
Asyik tidur dan bermalas-malasan sahaja di rumah sendiri.
Asyik bertandang dan berbual-bual sahaja di rumah orang lain.
Asyik tidur sepanjang hari.
Asyik tidur dan bermalas-malasan sahaja di rumah orang lain.
Bagai gembala diberi keris
Pemberian yang ikhlas
Pemberian yang berfaedah
Pemberian yang sia-sia
Pertolongan yang mengharapkan balasan
Anak-anak yang dipelihara oleh ibu dan ayahnya dengan penuh kasih sayang.
bagai anjing beranak enam
bagai sirih pulang ke gagang
bagai anjing dengan kucing
bagai menatang minyak yang penuh
Orang yang hanya menurut sahaja kata-kata tanpa membantah ...
seperti api dalam sekam
seperti ayam berak kapur
seperti kera sumbang
seperti kerbau dicucuk hidung
Pengemis itu hidup dalam kedaifan ...
seperti batu mengumpul lumut
seperti pungguk merindukan bulan
seperti rumput di tepi jalan
seperti pahat dengan penukul
Wajah pengantin yang cantik berseri ... telah menjadi tumpuan para tetamu.
seperti emas baru disepuh
bagai gunting makan di hujung
seperti kera mendapat bunga
seperti cincin dengan permata
Para pelajar dari perkampungan orang asli itu kehairanan ... apabila melihat keindahan Menara Kuala Lumpur.
seperti rusa masuk ke kampung
seperti katak di bawah tempurung
seperti anak ayam kehilangan ibu
seperti kerbau dicucuk hidung
Penghulu kampung berusaha menangani masalah itu dengan berhati-hati ... supaya dapat memuaskan hati semua pihak.
seperti gergaji dua mata
seperti aur dengan tebing
bagai melepaskan anjing tersepit
bagai menarik rambut dalam tepung
