wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Topikal: Bab 1 F5

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Suatu unit ekonomi yang menjalankan kegiatan ekonomi dengan matlamat untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Penyataan ini merujuk kepada

a)

Firma

b)

Isi rumah

c)

Kerajaan

d)

Bank Pusat

2.

Barang yang dapat digunakan oleh seseorang tanpa mengurankan faedah penggunaan individu lain dan tidak menghalang individu lain daripada menggunakannya.

Barang ini adalah

a)

barang sosial

b)

barang awam

c)

barang percuma

d)

barang firma

3.

1. Penawaran terhad.

2. Tidak dikenakan bayaran atau bayaran minimum

3. Berkongsi penggunaannya.

Ciri-ciri ini merujuk kepada

a)

barang awam

b)

barang sosial

c)

barang firma

d)

barang percuma

4.

Contoh bagi barang sosial adalah

a)

jalan raya

b)

klinik kerajaan

c)

bekalan air terawat

d)

padang awam

5.

Apakah ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi?

a)

Satu firma sahaja

b)

Keluaran ada pengganti

c)

Penentu harga pasaran

d)

Tiada kebebasan keluar masuk industri

e)

Bebas keluar masuk industri

6.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan objektif makroekonomi kerajaan?

a)

Masalah penganggguran

b)

Guna tenaga penuh

c)

Pertumbuhan ekonomi

d)

Kestabilan imbangan pembayaran

7.

Tingkat pendapatan negara meningkat sekiranya guna tenaga adalah tinggi.

Adakah penyataan ini betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

8.

Ruangan kosong di atas merujuk kepada

a)

Pengguna tidak membeli barang dan perkhidmatan

b)

Tingkat harga umum jatuh secara berterusan

c)

Tingkat harga sesuatu barangan jatuh

d)

Tingkat harga barang tidang berubah

9.

Jika aliran wang masuk ke dalam negara lebih tinggi daripada aliran wang keluar ke negara lain, maka wujud

a)

defisit imbangan pembayaran

b)

lebihan imbangan pembayaran

10.

1. Imbangan pembayaran defisit

2. Nilai mata wang tempatan semakin merosot

3. Kegiatan ekonomi dalam negara semakin merosot

4. Rizab pertukaran asing di bank pusat berkurang


Susun kesan defisit imbangan pembayaran mengikut turutan

a)

1,2,3,4

b)

1,3,2,4

c)

1,4,3,2

d)

1,4,2,3

11.

Pilih eksternaliti negatif daripada aktiviti pengeluaran.

a)

Pencemaran udaraakibat pelepasan asap daripada kilang

b)

Pencemaran air akibat pembuangan sisa kimia ke sungai

c)

Masalah kesihatan akibat kualiti udara yang teruk

d)

Kerosakan jalan raya akibat kenderaan berat lebih muatan

12.

Bagaimanakah kerajaan mengawal firma-firma dari mengeksploitasi pengguna?

a)

Mengisytiharkan sesetengan barang penggunaan asas sebagai barang kawalan

b)

Melaksanakan dasar harga maksimum

c)

Melaksanakan dasar harga miminum

d)

Mengehadkan penawaran sesuatu barang menerusi sistem kuota

13.

Bagaimanakah kerajaan dapat mengurangkan kesan eksternaliti negatif ke atas masyarakat akibat perkembangan sektor perindustrian?

a)

Menentukan kawasan perindustrian

b)

Menentukan kawasan perumahan

c)

Menentukan kawasan industri berat

d)

Menentukan kawasan industri ringan

14.

Indeks harga pengguna biasanya digunakan untuk menunjukkan kos sara hidup masyarakat.

Adakah penyataan ini betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

15.

Peningkatan indeks harga pengguna juga menunjukkan peningkatan dalam kadar

a)

deflasi

b)

pengangguran

c)

inflasi

d)

tenaga buruh

16.

Indek harga pengguna diukur dengan membandingkan harga purata barangan dan perkhidmatan yang diperoleh pada ________________ dengan harga purata pada ____________

a)

tahun dasar, tahun semasa

b)

tahun semasa, tahun dasar

c)

tahun semasa, tahun lepas

d)

tahun berbeza, tahun dasar

17.

Kenaikan tingkat harga umum apabila permintaan masyarakat terhadap barang dan perkhidmatan melebihi penawarannya dalam pasaran.

Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Inflasi tolakan kos

b)

Inflasi tarikan penawaran

c)

Inflasi tarikan permintaan

d)

Inflasi tolakan modal

18.

Kenaikan harga barang import boleh disebabkan oleh

a)

kadar inflasi yang tinggi di negara pengimport

b)

kadar inflasi yang tinggi di negara pengeksport

c)

kejatuhan nilai mata wang tempatan

d)

kejatuhan nilai mata wang pengeksport

19.

Apakah kesan inflasi terhadap kadar faedah?

a)

Penawaran wang dalam ekonomi akan bertambah

b)

Kos pinjaman dan beban hutang akan merosot

c)

Masyarakat akan meningkatkan pinjaman

d)

Penawaran wang dalam pasaran akan berkurang

20.

Pelajar merupakan golongan yang ditafsirkan sebagai sebahagian dari tenaga buruh?

Adakah penyataan ini betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

21.

Pilih jenis-jenis pengangguran

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran geseran

c)

Pengangguran berstruktur

d)

Penangguran loncatan

22.

Pengangguran ini berlaku dalam keadaan ekonomi yang lembap dan pengurangan dalam permintaan agregat. Apakah jenis pengangguran ini?

a)

Pengangguran geseran

b)

Pengangguran berstruktur

c)

Pengangguran kitaran

d)

Pengangguran loncaran

23.

Pilih penyataan yang betul mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

a)

KDNK mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia di luar negara

b)

Pekerja warga asing yang bekerja di Malaysia dikira sumbangan nilai keluarannya dalam KDNK

c)

KDNK menghitung nilai barang dan perkhidmatan milik Malaysia sahaja

d)

Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara perlu membayar cukai pendapan kepada Malaysia untuk pengiraan KDNK

24.

KDNK boleh dihitung dengan menggunakan tiga pendekaran iaitu

a)

pendekaran perbelanjaan

b)

pendekatan pendapatan

c)

pendekatan keluaran

d)

pendekatan hasil

25.

KDNK dengan pendekaran keluaran diperoleh dengan (a)   yang dihasilkan oleh pelbagai sektor ekonomi di negara bagi tempoh satu tahun.

26.

Pertambahan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi. Keadaan ini menunjukkan bahawa

a)

KDNK akan menurun

b)

KDNK akan meningkat

c)

Kadar pengangguran adalah tinggi

d)

Kadar inflasi sangat tinggi

27.

Pilih dua alat yang digunakan kerajaan untuk mengawal ekonomi melalui Dasar Fiskal

a)

Kadar cukai

b)

Nisbah rizab berkanun

c)

Perbelanjaan kerajaan

d)

Surat jaminan kerajaan

28.

Dasar fiskal mengembang digunakan untuk mengatasi masalah

a)

inflasi

b)

pengangguran

c)

kemelesetan ekonomi

29.

Dasar fiskal menguncup bertujuan untuk mengurangkan permintaan agregat. Apakah yang kerajaan akan lakukan untuk mengurangkan permintaan agregat?

a)

Menaikkan kadar cukai

b)

Menurunkan kadar cukai

c)

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

d)

Meningkatkan perbelanjaan kerajaan

30.

Kerajaan memperoleh hasil melalui komponen-komponen

a)

cukai pendapatan syarikat

b)

duti eksais

c)

levi

d)

bayaran lesen dan permit

31.

Bentuk cukai yang kadarnya semakin tinggi apabila pendapatan bertambah adalah

a)

cukai regresif

b)

cukai progresif

c)

cukai tak langsung

d)

cukai malar

32.

Gambar ini menunjukkan contoh jenis cukai

a)

progresif

b)

regresif

c)

malar

d)

tak langsung

33.

Pilih perbelanjaan mengurus yang tepat.

a)

Bayaran emolumen

b)

Pebelanjaan sektor perkhidmatan sosial

c)

Bayaran khidmat hutang negara

d)

Bayaran pencen

34.

Belanjawan ini digunakan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan sektor awam dan kestabilan ekonomi apabila ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh. Apakah jenis belanjawan ini?

a)

Belanjawan defisit

b)

Belanjawan seimbang

c)

Belanjawan lebihan

d)

Belanjawan kurangan

35.

Belanjawan defisit akan dilaksanakan semasa ekonomi menghadapi

a)

masalah pengangguran

b)

masalah kemelesetan ekonomi

c)

masalah inflasi

d)

tiada masalah

36.

Apakah jenis belanjawan ini?

a)

Belanjawan lebihan

b)

Belanjawan kurangan

c)

Belanjawan defisit

d)

Belanjawan seimbang

37.

Berikut merupakan alat dasar kewangan, kecuali

a)

nisbah rizab berkanun

b)

nisbah rizab tunai

c)

surat jaminan kerajaan

d)

perbelanjaan kerajaan

38.

Apakah matlamat dasar kewangan menguncup?

a)

Menambah bekalan wang dalam pasaran

b)

Mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi

c)

Mengatasi masalah pengangguran

d)

Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi

39.

Apakah kesan peningkatan kadar faedah kepada pengguna?

a)

Kos pinjaman menurun

b)

Pengguna menambah pinjaman

c)

Pengguna akan lebih berbelanja secara kredit

d)

Perbelanjaan agregat dalam ekonomi akan berkurang

40.

Pertambahan perbelanjaan kerakaan akan mengurangkan pengangguran dan meningkatkan tingkat harga umum.

Adakah penyataan ini betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah