WorksheetsBanjir di Mata Emak
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
"Fasal apa Mak Piah tak pindah ke pusat pemindahan, sama jiran-jiran?"
Apakah teknik plot yang digunakan?
Dialog
Monolog
Pemerian
Saspens
Bagaimanakah "saya" boleh menelefon Mak Piah?
diberi nombor oleh teman
Mak Piah tersalah telefon
tersilap nombor
Siapakah nama yang dipanggil oleh Mak Piah setelah mengangkat panggilan daripada saya?
Nana
Hana
Ana
Apakah rintihan Mak Piah kepada Nana (saya)?
banjir sudah di paras pinggang
abangnya tidak datang jenguk walaupun dekat
bekalan makanan mahal
Berikut merupakan antara alasan saya ingin bertemu Mak Piah, kecuali :
rindu akan emak sendiri
risau akan Mak Piah
ingin melihat wajah Mak Piah
Bagaimanakah Mak Piah meninggal dunia?
lemas dalam banjir
tergelincir dan kepalanya terhantuk
dipatuk ular
kelaparan
Apakah tema cerpen ini?
kasih sayang antara anak dan emaknya
kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang
keprihatinan terhadap kesusahan orang lain
Berikut merupakan persoalan yang ada dalam cerpen , kecuali..
Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak
Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorang
Kasih anak tidak berbelah bagi
Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat berlakunya kejadian banjir.
Apakah latar tempat bagi contoh peristiwa di atas?
rumah saya
kampung
rumah mak piah
Apakah bencana yang berlaku di rumah Mak Piah?
Ribut
Banjir
Kemarau
Jika Mak Piah kehabisan lauk, apakah makanan yang akan dimakan oleh Mak Piah?
Nasi dengan garam
Nasi dengan ikan kering
Bubur nasi
Bagaimanakah "Saya" dapat menemui alamat rumah Mak Piah?
carian di internet
bertanya kawan-kawan
melalui buku panduan telefon
Mengapakah Nubhan tidak pulang ke kampung?
sibuk bekerja
tidak ada masa
dikongkong isteri
Mengapakah Mak Piah tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir?
Dia lebih selesa tinggal di rumah
Dia ada masalah buang air kecil
Dia menunggu anak-anaknya
Siapakah 'Saya' di dalam cerpen ini?
seorang anak yang bernama Nana
seorang pekerja syarikat telekomunikasi
seorang gadis yang tersalah dail nombor telefon
Berikut merupakan perwatakan Mak Piah KECUALI
seorang yang taat kepada perintah Tuhan
Seorang yang takut akan ular
Seorang yang penyayang
Seorang yang pilih kasih terhadap anak-anaknya
Contohnya, • Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda teruja menyalam perkenalan. [hlm. 54]
• ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm. 54]
• Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir
Berikut merupakan gaya bahasa....
sinkope
Metafora
peribahasa
repetisi
Contohnya, • Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. [hlm. 51]
• Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51]
berikut merupakan gaya bahasa...
anafora
repetisi
sinkope
metafora
Pernyataan manakah yang merujuk kepada nilai kasih sayang?
"Saya" sanggup mengharungi banjir untuk melihat keadaan hidup Mak Piah yang tinggal seorang diri.
Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anak-anaknya
"saya" membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang telah terputus bekalan makanan akibat kejadian banjir.
"saya" berasa simpati dengan keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan serta keadaan Mak Piah yang terlalu merindui anak-anaknya.
Mengapakah Mak Piah begitu selesa berbual dengan 'saya' di telefon?
Kerana Mak Piah menyangkakan bahawa anak perempuannya yang sedang menelefon bertanya khabarnya.
Kerana dia dapat menghubungi anaknya
Kerana Mak Piah masih ada bekalan makanan
Kerana ada teman untuk berbual
Apakah pengajaran yang terkandung dalam cerpen ini?
KIta perlu menghormati rakan - rakan
Kita hendaklah menyayangi ibu bapa
Kita mestilah prihatin akan nasib orang lain
Kita hendaklah mempunyai semangat setiakawan
"Daripada kekesalan abangnya yang merelakan kongkongan isteri sampailah kepada kepiluan hatinya tidak diizin suami membantu ibu membersihkan rumah selepas banjir."
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
bagai ikan pulang ke lubuk.
bagai kacang melupakan kulit.
seperti lembu dicucuk hidung.
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
