Font size
WorksheetsKUIZ BAB 3 : SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Sumber pembiayaan manakah yang sesuai untuk perniagaan bersaiz kecil?
(Pilih 2 jawapan)
Simpanan sendiri
Pinjaman daripada saudara mara
Pinjaman bank
Penerbitan saham
Maklumat di atas berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Sumber pembiayaan luaran
Sumber pembiayaan dalaman
Sumber pembiayaan bank
Sumber pembiayaan agensi kerajaan
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Sumber pembiayaan luaran
Sumber pembiayaan dalaman
Sumber pembiayaan bank
Sumber pembiayaan agensi kerajaan
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri pembiayaan mikro?
Tempoh bayaran balik yang pendek
Jumlah pembiayaan melebihi RM50 000
Memerlukan cagaran
Menawarkan pinjaman jangka masa panjang
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman?
(Pilih 2 jawapan)
Pinjaman bank
Simpanan peribadi
Pendapatan tertahan
Overdraf
Jenis pembiayaan manakah yang boleh didapati daripada agensi kerajaan?
Pemfaktoran
Sewa beli
Overdraf
Geran penyelidikan dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan pembelian Encik Nabil.
Encik Nabil membeli sebuah peti sejuk secara ansuran.
Apakah yang berkaitan dengan situasi di atas?
(Pilih 2 jawapan)
Pemindahan hak milik peti sejuk berlaku semasa pembayaran wang pendahuluan
Pemindahan hak milik peti sejuk berlaku selepas proses pembayaran selesai
Pemberi sewa berhak menarik balik peti sejuk jika Encik Nabil gagal membayar ansuran
Pemberi sewa tidak berhak menarik balik peti sejuk jika Encik Nabil gagal membuat pembayaran
Maklumat berikut berkaitan Encik Amar.
Encik Amar mempunyai syer Syarikat Maju Berhad. Beliau menerima kadar dividen yang tetap setiap tahun.
Siapakah Encik Amar?
Pemegang saham aktif
Pemegang saham interim
Pemegang saham biasa
Pemegang saham keutamaan
Antara yang berikut, yang manakah bantuan perniagaan yang disediakan oleh MARA?
Skim Pinjaman Kecil
Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres
Dana Usahawan Muda
Skim Pembiayaan TERAS
Apakah tujuan penubuhan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)?
Membantu PKS yang tidak mencukupi modal
Membantu PKS mengembangkan perniagaan
Membantu PKS yang tiada cagaran
Membantu PKS yang tiada modal permulaan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan perbankan/institusi kewangan?
(Pilih 2 jawapan)
Pemfaktoran
Overdraf
Jaminan Kredit
Geran Penyelidikan dan Pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan.
Satu perjanjian antara pemajak dengan syarikat pajak untuk menyewa satu aset tertentu.
Apakah jenis pembiayaan tersebut?
Sewa beli
Ar-Rahnu
Pajakan
Gadaian
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan.
Pemborong Imran ingin menjual invois pelanggannya.
Apakah jenis pembiayaan tersebut?
Sewa beli
Gadaian
Ansuran
Pemfaktoran
Apakah kelebihan penggunaan simpanan sendiri sebagai modal?
Tidak perlu membayar faedah pinjaman
Saiz modal yang besar
Tiada risiko kegagalan
Memerlukan cagaran
Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan sejenis sumber pembiayaan.
Perniagaan boleh menggunakan barang modal seperti jentera untuk menghasilkan pendapatan walaupun bayaran belum dijelaskan.
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Pajakan
Pemfaktoran
Sewa beli
Simpanan sendiri
Apakah kelebihan mendapat sumber dana dengan menggunakan kaedah pemfaktoran?
Mendapat tunai dengan segera
Mengurangkan pembayaran faedah
Mengurangkan kecairan perniagaan
Meningkatkan simpanan perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan kelemahan overdraf?
(Pilih 2 jawapan)
Bank berhak untuk menarik semula kemudahan overdraf pada bila-bila masa
Pembayaran balik pinjaman mengikut masa yang ditetapkan
Tiada had maksimum
Kadar faedah lebih tinggi
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan.
Puan Aina menggadaikan barang kemasnya untuk mendapat pinjaman tunai dengan segera.
Apakah sumber pembiayaan tersebut?
Sewa beli
Ar Rahnu
Pajakan
Pemfaktoran
Apakah yang perlu disediakan oleh perniagaan sebelum mengemukakan permohonan pembiayaan kepada institusi perbankan atau kewangan?
Bahan mentah
Akaun simpanan
Rancangan perniagaan
Borang permohonan
Rajah di atas menunjukkan proses permohonan pinjaman.
Apakah proses P?
Penyediaan rancangan perniagaan
Menghantar borang permohonan
Penerimaan tawaran
Penilaian pinjaman
