WorksheetsSajak Sang Gembala Kuda
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Tanpa cemetinya penyajak dianggap gagah dan berani.
Betul
Salah
Makanan yang diberikan oleh si penggembala adalah sebagai balasan atas kesetiaan kuda-kudanya.
Salah
Betul
Sang gembala kuda seorang yang tidak berani menempuh rintangan dan kesukaran.
Betul
Salah
Kepenatan kuda-kudanya tidak dipedulikan oleh sang gembala kuda
Salah
Betul
Kekuatan dan kekuasaan sang gembala kuda merupakan tema sajak ini.
Betul
Salah
(a) merupakan alat penting yang digunakan oleh penjaga kuda untuk menghalau kuda.
Kuda diberikan makan ............... dan ................ oleh sang gembala kuda.
rumput
lalang
jerami
daun
Sajak ini berbentuk............
Bebas
Terikat
'Cemeti keberanian' dan 'Paya penindasan' ialah gaya bahasa (a)
Nilai yang terdapat dalam sajak ialah .........
keberanian
kepahlawanan
kepatuhan
kebijaksanaan
kesabaran
Manusia mestilah menjaga hubungan dengan haiwan kerana kita memerlukan bantuannya.
Betul
salah
Cabaran bukan merupakan sebahagian daripada hidup kita.
Betul
Salah
Rangkap 1
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Antara berikut yang manakah merujuk kepada maksud rangkap pertama Sang Gembala Kuda
seorang lelaki yang gagah
Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda
menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu
sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke kandang
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Apakah dimaksudkan dengan cemeti
kayu pengukur
rotan panjang
tali pengikat
tapak kaki kuda
Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Apakah yang dimaksudkan dengan " jadi tunggangan memburu rakan".
dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki pemburu-pemburu yang lain.
dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki haiwan-haiwan yang lain.
dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.
dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki gembala-gembala kuda yang lain.
Rangkap 3
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan
Antara berikut yang manakah merujuk kepada maksud rangkap ketiga
dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu
Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani
Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah
kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Apakah maksud yang paling tepat bagi frasa pada dua baris terakhir rangkap di atas?
Sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil tahu kesengsaraan kuda itu.
Sang gembala kuda menjadikan kuda tunggangannya akan terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas.
Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan
kepenatan kuda itu.
Sang gembala kuda hanya mementingkan diri sendiri apabila kuda-kuda itu akan terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas.
Rangkap 4
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
apakah gaya bahasa bagi perulangan kata ditunggangi
(rangkap 4, baris 7 dan baris 8)
epifora
anafora
metafora
repitisi
Apakah jenis nada bagi sajak Sang Gembala Kuda ?
Sinis
Melankolik
Patriotik
Romantis
Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
Berdasarkan petikan di atas, apakah nilai yang terkandung dalam petikan di atas?
nilai keberanian
nilai ketaatan
nilai tanggungjawab
nilai kebijaksanaan
Antara berikut yang manakah pengajaran yang terdapat dalam sajak Sang Gembala Kuda
Kita hendaklah bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua.
Kita mestilah berani untuk menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.
Kita perlulah gigih berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas agar kejayaan dapat kita kecapi akhirnya.
Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.
Kita hendaklah bijaksana semasa merancang serta menjalankan tugas dengan baiknya dan sempurna.
