Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IBADAH

Total questions: 35

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan gambar, nyatakan rukun fi'li yang dilakukan.

a)

duduk antara 2 sujud

b)

duduk bersimpuh

c)

sujud

d)

duduk tahiyat akhir

2.

Apakah perkara yang membatalkan solat?

a)

bersin

b)

tidak makan dan minum

c)

kentut

d)

tidak bercakap

3.
Anak-anak wajib dilatih menunaikan solat fardhu apabila mereka sudah berusia _________ tahun
a)
6
b)
7
c)
8
d)
12
4.
Syarat wajib solat ialah
a)
Mengadap kiblat
b)
Yakin masuk waktu
c)
Suci daripada haid dan nifas
5.
Solat Fardu merupakan rukun Islam yang ke 
a)
1
b)
2
c)
3
d)
4
6.
Luqman mengangkat Takbiratul Ihram sebelum imam melakukannya.
a)
SAH
b)
TIDAK SAH
7.
Semasa solat zuhur, Siti menjadi makmum kepada adik perempuannya.
a)
SAH
b)
TIDAK SAH
8.
Solat jenazah ialah solat yang dilakukan dengan 4 rakaat. Betul atau salah?
a)
Betul
b)
Salah
9.
Solat jenazah dilakukan dengan berapa kali takbir?
a)
Satu
b)
Dua
c)
Tiga
d)
Empat
10.
Hukum solat jenazah ialah......
a)
Fardhu ain
b)
Fardhu Kifayah
c)
Sunat Muakkad
d)
Makruh
11.
Solat jenazah ialah ...
a)
solat yang dilakukan oleh orang mati kepada orang hidup
b)
solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang hidup
c)
solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang mati
d)
solat yang dilakukan oleh orang mati kepada orang mati
12.

Hanya 5 orang di Taman Mutiara yang menunaikan solat ke atas jenazah salah seorang penduduknya.

a)
Semua penduduk terlepas kewajipan dan tidak berdosa
b)
Semua penduduk berdosa
c)
Semua penduduk berdosa
d)
5 orang tidak berdosa yang lain semua berdosa
13.
Manakah antara berikut BUKAN rukun solat jenazah?
a)
Niat
b)
Memberi salam
c)
Takbir 4 kali
d)
Rukuk
14.

_____________ bermaksud menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu.

a)

Qasar

b)

Jamak Takdim

c)

Jamak Takhir

d)

Jamak

e)

Jamak dan Qasar

15.

_____________ bermaksud menunaikan kedua-dua solat fardu dalam waktu solat pertama.

a)

Qasar

b)

Jamak Takdim

c)

Jamak Takhir

d)

Jamak

e)

Jamak dan Qasar

16.

_____________ bermaksud menunaikan kedua-dua solat fardu dalam waktu solat kedua.

a)

Qasar

b)

Jamak Takdim

c)

Jamak Takhir

d)

Jamak

e)

Jamak dan Qasar

17.

_____________ bermaksud memendekkan solat fardu 4 rakaat kepada 2 rakaat.

a)

Qasar

b)

Jamak Takdim

c)

Jamak Takhir

d)

Jamak

e)

Jamak dan Qasar

18.

Melaksanakan Zuhur & Asar dalam waktu zuhur.


Kenyataan di atas merujuk kepada ........

a)

Qasar

b)

Jamak Takdim

c)

Jamak Takhir

d)

Jamak

e)

Jamak dan Qasar

19.

Berikut adalah syarat perjalanan yang diharuskan solat Jamak & Qasar kecuali .....

a)

Mengetahui destinasi yang dituju

b)

Jarak perjalanan sehala melebihi 81 kilometer

c)

Telah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal

d)

Bukan untuk tujuan maksiat.

20.

Taqdim bererti ...

a)

mengakhirkan

b)

mendahulukan

c)

melaksanakan

d)

meninggalkan

21.

Orang yang dalam perjalanan disebut ....

a)

mufassir

b)

musafir

c)

muyassir

d)

muhrim

22.

Manakah antara berikut memerlukan kepada kewajipan untuk berwuduk?

a)

Makan

b)

Menyentuh Al-Quran

c)

Sebelum tidur

d)

Menaiki kenderaan

23.

Salina terkentut selepas mengambil wuduk.

Manakah antara pernyataan berikut adalah betul?

a)

Salina boleh terus bersolat

b)

Hukumnya makruh

c)

Wuduk Salina sudah terbatal

d)

Salina perlu mandi dan wuduk semula

24.

Nyatakan hukum solat Jumaat bagi perempuan

a)

Harus

b)

Wajib

c)

Sunat

d)

Makruh

25.

Perkara sunat dalam solat terbahagi kepada dua iaitu sunat ab'adh dan sunat hai'ah. Manakah antara berikut merupakan contoh kepada sunat hai'ah?

a)

Membaca qunut

b)

Membaca tasyahud awal

c)

Membaca A'uzubillah sebelum membaca Al-Fatihah

d)

Selawat kepada Nabi setelah membaca tasyahud awal

26.

Apakah hukum solat Jumaat bagi orang yang bermukim ?

a)

Harus

b)

Wajib

c)

Sunat

d)

Makruh

27.

Terdapat amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat sebelum ke masjid antaranya

a)

puasa sunat

b)

menaiki kenderaan

c)

mandi sunat dan memakai bau-baun

d)

solat sunat tahiyatul masjid

28.

Hukum solat berjemaah ialah

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Makruh

d)

Sunat Muakkad

29.

Dalam solat berjemaah, pemilihan imam adalah diutamakan Siapakah orang yang layak menjadi imam?

a)

Paling baik bacaanya

b)

Paling kaya dalam kalangan makmum

c)

Kurang disenangi oleh anggota masyarakat

d)

Lebih berumur walaupun kurang baik bacaannya

30.

Aurat mestilah ditutup ketika menunaikan solat. Bahagian manakah yang wajib ditutup aurat bagi lelaki?

a)

Daripada atas pusat hingga bawah lutut

b)

Daripada atas pusat dan bawah buku lali

c)

Daripada hujung rambut hingga hujung kaki

d)

Semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

31.

Antara berikut, yang manakah BUKAN bacaan wajib di dalam solat?

a)

Membaca Al-Fatihah

b)

Membaca tahiyat akhir

c)

Lafaz takbiratulihram

d)

Mengucap salam pertama dan kedua

32.

Bilakah waktu mengerjakan solat Asar?

a)

Bermula apabila terbit fajar sadik hingga terbit matahari

b)

Bermula apabila gelincir matahari hingga bayang-bayang sesuatu benda sama panjang dengannya

c)

Bermula apabila bayang-bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya hingga terbenam matahari

d)

Bermula daripada terbenam matahari sehingga hilang vahaya merah di kaki langit sebelah barat

33.

Solat bermaksud beberapa ucapan dan perlakuan tertentu yang dimulai dengan _______________ berserta niat dan diakhiri salam.

a)

ucapan

b)

takbiratulihram

c)

perbuatan dan ucapan

d)

ucapan dan lafaz niat solat

34.

Apakah yang perlu dilakukan oleh makmum masbuk untuk memperolehi rakaat bersama imam?

a)

Niat mengikut imam

b)

Menghabiskan bacaan fatihah sehingga akhir

c)

Menunggu sehingga imam bangkit daripada rukuk

d)

Membaca Al-Fatihah sekadar sempat dan terus rukuk bersama imam

35.

Rukun khutbah adalah seperti berikut Kecuali

a)

Memuji Allah

b)

Selawat ke atas Nabi

c)

Wasiat Takwa

d)

Baca 1 hadith