wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PRT Modul 8 : Keusahawanan

Total questions: 15

Worksheet time: 1hrs 1mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud keusahawanan?

a)

Seorang peniaga yang hanya melakukan aktiviti jual beli

b)

Seorang peniaga yang bergiat hanya untuk pasaran yang sedia ada

c)

Seorang peniaga yang hanya mementingkan keuntungan

d)

Seorang peniaga yang sentiasa mencipta sesuatu yang baharu dan menarik

2.

Siapakah antara berikut yang mempunyai ciri-ciri usahawan?

a)

Chin membeli barang di pasar raya

b)

Hamid membeli hasil pertanian dan menjualnya semula.

c)

Malar membeli barangan lama dan mengubah suai menjadi barangan baharu yang memenuhi keperluan semasa

d)

Francis membeli barangan pada harga rendah dan menjual dengan harga tinggi.

3.

Encik Arif berkeupayaan menghasilkan barangan baharu yang berfaedah kepada masyarakat.

Apakah ciri usahawan tersebut?

a)

Kreatif

b)

Inovatif

c)

Daya usaha yang berterusan

d)

Sanggup menghadapi risiko

4.

Pilih tiga ciri-ciri usahawan yang baik

a)

Berani mengambil risiko

b)

Terlalu berhati-hati

c)

Kreatif dan inovatif

d)

Tidak mudah berkompromi

e)

Pandai mengambil peluang

5.

Maksud ciri usahawan berikut: BERANI MENGAMBIL RISIKO

a)

Kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran

b)

Sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil

c)

Membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko

d)

Sentiasa ingin membuat pembaharuan

6.

Perkataan “entrepreneur’ berasal daripada perkataan negara ?

a)

ENGLAND

b)

PERANCIS

c)

BELANDA

d)

AMERIKA

7.

Pilih keterangan yang benar mengenai jenis milikan perniagaan

a)

Milikan tunggal adalah sejenis aktiviti perniagaan yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu sahaja

b)

Perkongsian ditakrifkan sebagai kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menjalankan perniagaan

c)

Syarikat Berhad merupakan entiti yang didaftarkan secara sah dengan SSM dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016. Syarikat Berhad ditubuhkan oleh sekumpulan individu bagi tujuan menjalankan aktiviti perniagaan.

d)

Syarikat Sdn. Bhd ialah adalah entiti tidak berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua orang, yang boleh memiliki harta, merangka kontrak perjanjian dan menggaji kakitangan.

e)

Koperasi ialah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela. Koperasi merupakan organisasi perniagaan yang mempunyai kepentingan

yang tidak sama bagi setiap anggota.

8.

Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai perniagaan milikan tunggal kecuali

a)

Perniagaan milikan tunggal dimiliki individu secara bersendirian.

b)

Modal diperoleh daripada simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara mara, kawan-kawan atau bank.

c)

Pemilik bertanggungjawab mengawal dan mengurus perniagaan secara sendiri atau dengan bantuan daripada ahli-ahli keluarga dan pekerja yang diupah.

d)

Liabiliti adalah terhad. Selain perniagaan, harta peribadi pemilik juga tidak boleh dituntut oleh pemiutang untuk menjelaskan hutang.

e)

Semua perniagaan milikan tunggal berpremis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

9.

Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai perniagaan perkongsian kecuali

a)

Bilangan rakan kongsi umumnya ialah dalam lingkungan 2-30 orang.

b)

Bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profesion seperti peguam dan akauntan, jumlah rakan kongsi ialah tidak melebihi 50 orang.

c)

Perniagaan yang dijalankan secara perkongsian juga tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978).

d)

Modal diperolehi daripada simpanan sendiri dan pinjaman bank atau rakan-rakan.

e)

Liabiliti tidak terhad. Selain perniagaan, harta peribadi juga boleh dituntut untuk menjelaskan hutang.

10.

Pilih dua perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad

a)

Saham Syarikat Sendirian Berhad tidak boleh dipasarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) manakala Syarikat Awam Berhad sahamnya boleh dipasarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

b)

Syer Syarikat Sendirian Berhad boleh dipindahkan milik di pasaran terbuka manakala syer Syarikat Awam Berhad tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan semua pemegang

c)

Syarikat Sendirian Berhad dimiliki oleh dua hingga 50 orang pemegang saham sahaja manakala Syarikat Awam Berhad tiada had maksimum.

d)

Bagi Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad, pemegang syer terbanyak akan menjadi pengurus syarikat tersebut

11.

Pilih tiga Panduan Am Pendaftaran Perniagaan yang benar

a)

Perniagaan mestilah telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari tarikh permulaan perniagaan.

b)

Pendaftaran baharu perniagaan boleh dilakukan bagi jangka masa satu (1) tahun dan tidak melebihi tiga (3) tahun.

c)

Jenis perniagaan yang didaftarkan mestilah tidak menyalahi undang-undang, bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.

d)

Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperoleh dalam masa lima (5) jam dari waktu pembayaran dibuat.

e)

Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftar perniagaan adalah membuat suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956)

12.

Apakah maksud pemasaran menurut Philip Kotler ?

a)

Pemasaran merupakan keahlian untuk menggerakkan seseorang agar melakukan sesuatu.

b)

Pemasaran sebagai sebuah proses perencanaan, pengorganisasian, pengkoordinasian, dan kawalan sumber daya untuk mencapai sasaran secara efektif dan efesien.

c)

Pemasaran sebagai seni menyelesaikan pekerjaan melalui orang lain. Ini bererti seorang pengarah bertugas mengatur dan mengarahkan orang lain untuk mencapai tujuan organisasi.

d)

Pemasaran proses sosial dan pengurusan di mana masing-masing individu dan kelompok mendapatkan perkara yang mereka perlukan melalui penawaran dan pertukaran produk yang bernilai bagi pihak lain.

e)

Pemasaran merupakan proses yang terdiri dari tindakan-tindakan seperti perencanaan, pengorganisasian, pengawasan

untuk menentukan dari mencapai sasaran yang telah ditetapkan melalui pemanfaatan sumber manusia serta sumber yang lain.

13.

Pemasaran melibatkan beberapa

aktiviti seperti........,...........,..........dan............

a)

promosi

b)

pengedaran

c)

keperluan pelanggan serta

d)

penentuan harga.

e)

Modal

14.

Pilih tiga fungsi pemasaran yang benar

a)

Perancangan produk dan perkhidmatan

b)

Menipu pengguna yang lemah

c)

Analisis peluang

d)

Mengambil kesempatan di atas kelemahan pengguna

e)

Jualan produk atau perkhidmatan

15.

Keterangan di bawah adalah pembinaan strategi pemasaran yang benar kecuali

a)

Lokasi

Lokasi pemasaran yang strategik membantu produk mudah didapati.

b)

Produk

Produk perlu memenuhi permintaan pengguna sasaran.

c)

Promosi

Memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada audiens.

d)

Harga

Harga yang diperkenalkan tidak perlu mengambil kira kemampuan pengguna