NEW
Font size
WorksheetsLatihan Pengukuhan RBT 106 Bab 1
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Antara berikut produk yang manakah dikategorikan dalam reka bentuk konkrit?
I Mesin
II Bahasa
III Alat muzik
IV Pengangkutan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri tekstur?
Terbahagi kepada tiga kumpulan
Mempunyai pandangan tiga dimensi
Mempunyai permukaan yang licin, kasar atau kesat
Mempunyai ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai
Rajah 1 menunjukkan prinsip kontras yang digunakan untuk menyerlahkan perbezaan.
Antara berikut ciri elemen manakah yang digunakan dalam prinsip kontras tersebut?
Saiz
Ruang
Bentuk
Tekstur
Rajah 2 menunjukkan objek yang dihasilkan menggunakan suatu teknik pembinaan.
Antara berikut teknik pembinaan objek manakah yang digunakan?
Peleraian
Penyatuan
Pembuangan
Pembenaman
Antara berikut yang manakah peranan reka bentuk terhadap individu?
I Melahirkan nilai-nilai estetika
II Menghasilkan reka bentuk yang serba boleh dan kaya dengan idea
III Memupuk sikap bersyukur kerana kehidupan semakin dipermudah
IV Melindungi dan memelihara etika sosial dan mempelbagaikan etika budaya
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut manakah merupakan tugas secara am seorang pereka bentuk kejuruteraan?
Mereka bentuk peralatan dan sistem
Mereka bentuk peralatan untuk kegunaan awam
Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan
Mereka bentuk litar elektrik, mesin, bangunan dan jentera
Antara berikut manakah merupakan definisi inovasi?
Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem
Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga, bermakna dan mesra pengguna
Proses atau kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya
Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan
Antara berikut manakah merupakan definisi reka bentuk?
Pengetahuan tentang proses pengubahsuaian produk
Pengetahuan tentang penghasilan sesuatu produk yang melibatkan bahan tertentu
Pengetahuan tentang pemilihan produk yang sesuai untuk disusun secara terancang
Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan
Antara berikut manakah merupakan prinsip reka bentuk?
I Warna
II Kontras
III Harmoni
IV Kreativiti
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut manakah merupakan asas pertimbangan yang digunakan untuk menentukan nilai sesuatu rekaan reka bentuk?
I Bentuk dan saiz
II Kecenderungan inovasi
III Pengulangan dan garisan
IV Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Berikut merupakan penerangan mengenai salah satu prinsip reka bentuk.
Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu rekabentuk
Apakah prinsip reka bentuk itu?
Keringkasan
Pengulangan
Kepelbagaian
Keseimbangan
Antara berikut manakah merupakan kepentingan reka bentuk dan teknologi?
Memudahkan pengeluar mengaut keuntungan yang lebih
Meningkatkan penggunaan produk yang berkualiti tinggi
Memberikan keamanan dan kedamaian kepada pengguna
Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan perniagaan
Antara berikut manakah merupakan padanan yang betul mengenai peranan reka bentuk terhadap individu dan masyarakat?
A
B
C
D
Berikut merupakan maklumat mengenai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh seseorang pereka.
Harga produk mestilah tidak membebankan pengguna dan produk tidak mempunyai agenda lain yang tersembunyi
Maklumat di atas adalah mengenai
kejujuran pereka
kepandaian pereka
keselamatan produk
keistimewaan produk
Antara berikut kerjaya manakah yang terlibat dalam menghasilkan mesin pengilangan?
I Pereka bentuk industri
II Pereka bentuk automatif
III Pereka bentuk pengajaran
IV Pereka bentuk kejuruteraan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
