Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PENGUKUHAN - KECERGASAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular.

a)

Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.

b)

Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.

c)

Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligemen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.

d)

Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.

2.

Antara berikut, yang manakah aktiviti di bawah ini dapat membina daya tahan kardiovaskular?

a)

Tekan tubi

b)

Dekam lunjur

c)

Aktiviti senamrobik

d)

Aktiviti bangkit tubi

3.

Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah yang membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan?

a)

Ginjal

b)

Hidung

c)

Jantung

d)

Paru-paru

4.

Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot di bahagian kaki?

a)

Aktiviti naik turun bangku

b)

Aktiviti lari pecut 30 meter

c)

Melakukan lompat jauh berdiri

d)

Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang

5.

Dua komponen penting semasa membuat latihan kekuatan otot ialah ...

a)

aktiviti secara ansur maju

b)

memberi tumpuan kepada otot tertentu

c)

aktiviti dari intensiti tinggi ke intensiti rendah

d)

tidak mementingkan set, intensiti dan ulangan

6.

Antara berikut, aktiviti manakah yang dapat membina kekuatan otot?

a)

Tekan tubi

b)

Dekam lunjur

c)

Aktiviti senamrobik

d)

Berlari dan berjalan pantas

7.

Aktiviti tekan tubi bertujuan membina daya tahan otot di bahagian ...

a)

kaki

b)

abdomen

c)

tangan, bahu dan dada

d)

abdomen dan bahagian punggung

8.

Apakah faedah memiliki daya tahan otot yang baik?

a)

Mengawal dan mengurangkan berat badan

b)

Mengurangkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah

c)

Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang

d)

Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah

9.

Apakah maksud yang paling sesuai bagi konsep kelenturan?

a)

Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan.

b)

Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama.

c)

Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat yang maksimum.

d)

Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.

10.

Antara berikut, yang manakah dapat membina kelenturan?

a)

Tekan tubi

b)

Lari pecut 60 meter

c)

Berlari dan berjalan pantas

d)

Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang

11.

Kelenturan berubah mengikut …

a)

usia

b)

kaum

c)

bangsa

d)

berat badan

12.

Terdapat 4 prinsip latihan yang perlu diambil kira apabila hendak mencapai tahap kecergasan yang baik iaitu ...

a)

tambah beban, kekerapan, tempoh masa dan koordinasi

b)

ansur maju, tambah beban, kekerapan dan tempoh masa

c)

tambah beban, kekerapan, tempoh masa dan kelenturan

d)

ansur maju, tambah beban, kekerapan dan kompisisi tubuh badan

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip ansur maju?

a)

Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan.

b)

Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

c)

Penambahan beban beransur-ansur dan menambah jarak sedikit demi sedikit dan jangka masa tertentu.

d)

Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dan aktiviti mudah kepada sukar.

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip tambah beban?

a)

Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan.

b)

Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

c)

Penambahan beban beransur-ansur dan menambah jarak sedikit demi sedikit dalam jangka masa tertentu.

d)

Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar.

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip kekerapan?

a)

Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan.

b)

Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

c)

Penambahan beban secara beransur-ansur dan menambah jarak sedikit demi sedikit dan jangka masa tertentu.

d)

Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dari aktiviti mudah kepada sukar.

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip tempoh masa?

a)

Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan.

b)

Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

c)

Penambahan beban secara beransur-ansur dan menambah jarak sedidkit demi sedikit dan jangka masa tertentu.

d)

Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dri aktiviti mudah kepada sukar.

17.

Mengapakan prinsip latihan perlu dipatuhi semasa melakukan latihan kecergasan fizikal?

a)

Mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan

b)

Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan

c)

Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama

d)

Memastikan atlet mendapat kesan latihan yang baik dan menggelakkan kecederaan otot

18.

Yang manakah di antara berikut perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti latihan bagi mengelakkan kecederaan?

a)

Menggunakan kawasan berpokok untuk lakukan aktiviti

b)

Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan

c)

Membuat aktiviti latihan tanpa melakukan panaskan badan

d)

Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui

19.

Ahli sukan selalu mengamalkan aktiviti memanaskan badan ________ melakukan aktiviti.

a)

sebelum

b)

semasa

c)

selepas

d)

sepanjang

20.

Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk melakukan aktiviti naik turun bangku selama 10 minit tanpa henti.


Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut?

a)

Pelajar akan berasa seronok

b)

Pelajar akan bertambah mahir

c)

Pelajar akan mengalami kecederaan otot

d)

Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya