WorksheetsKuiz Unit 1 Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kurang didikan _____________________ tidak mampu menjadi perisai untuk menghalang perlakuan tidak baik.
ibu bpa
kawan
agama
guru
Anda telah terlanjur. Apakah tindakan yang anda akan buat?
bunuh diri
diamkan diri
hebohkan di media sosial
dapatkan nasihat keluarga dan pakar
Situasi yang mendorong kepada seks sebelum nikah ialah
menutup aurat
tidak bergaul sama jantina
berpakaian kurang sopan
duduk di rumah
Situasi ini amat berisiko untuk golongan remaja melakukan hubungan seks sebelum nikah kerana terdapat ruang dan peluang tanpa gangguan. Situasi ini merujuk kepada ....
tiada ilmu pendidikan seksual
berpakaian kurang sopan
berdua-duaan di tempat sunyi
menonton pornografi seorang diri
Berikut merupakan kebaikan ABSTINEN kecuali?
Menyelamatkan remaja daripada terjebak dengan gejala negatif
Mengelakkan daripada mencemarkan nama baik sendiri, malah dapat memelihara maruah keluarga.
Masa depan akan hancur.
Mengelakkan daripada melahirkan anak tidak sah taraf.
Antara berikut manakah yang boleh menjerumus individu kepada seks bebas?
(JAWAPAN LEBIH DARI 1)
Pergaulan bebas berlandaskan nafsu.
Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa.
Kurang minat terhadap pelajaran.
Bergaul dengan kawan-kawan yang positif.
Situasi yang Mendorong kepada Hubungan Seks Sebelum Nikah KECUALI
Mempunyai pengetahuan tentang pendidikan seksual
Tiada kesedaran untuk melindungi maruah diri
Berpakaian kurang sopan
Berdua-duaan di tempat sunyi
Menonton bahan pornografi
Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?
I Membunuh diri
II Lari dari rumah
III Berasa bangga
IV Menggugurkan anak
V Menagih dadah
I, II, III
I, II, IV
II, IV, V
I, II, IV, V
Antara yang berikut, manakah boleh dibuat oleh pihak sekolah untuk mencegah dan menghindari seks sebelum kahwin ?
Menyingkirkan pelajar yang pernah mengandung dari sekolah
Mengasingkan pelajar perempuan dan pelajar lelaki
Menakutkan pelajar dengan keburukan seks
Menyediakan pendidikan seksualiti
Semua yang berikut merupakan cara untuk mengelakkan seks sebelum berkahwin, kecuali
Menjauhi diri daripada duduk berdua-duaan antara lelaki dan perempuan
Mengelakkan diri daripada bergaul dengan rakan yang berlainan jantina
Menggunakan isyarat anggota tubuh untuk mengukuhkan penolakan
Melatihkan diri menyatakan "tidak" secara jelas dan tegas
Seks sebelum berkahwin boleh mencemarkan _________________ keluarga
maruah
nama
ABSTINEN
Antara berikut manakah BENAR berkaitan Abstinen?
(JAWAPAN LEBIH DARI 1)
Abstinen merupakan kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah.
Abstinen merupakan penolakan seseorang dengan yakin dan tegas mengatakan ‘tidak’ terhadap tingkah laku seksual sebelum nikah.
Abstinen perlu difahami dan diamalkan bagi mengelakkan berlakunya gejala seks bebas.
Abstinen merupakan satu penyakit
Tingkah laku seksual sebelum nikah membawa kesan negatif terhadap pelakunya sama ada lelaki mahupun perempuan.
Antara berikut manakah kesan negatif seksual sebelum bernikah?
(JAWAPAN LEBIH DARI 1)
Kesan emosi yang amat mendalam sering terjadi terhadap remaja yang hamil luar nikah.
Perubahan fizikal yang terjadi pada dirinya menyebabkan dia berasa malu.
Kata-kata cacian dan penghinaan kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan dan agama
Kes lari dari rumah serta menggugurkan dan membuang bayi.
Perbuatan bunuh diri
Kenal pasti perkataan yang menunjukkan kemahiran abstinen.
"Kalau awak anggap saya sebagai kawan, jom saya belanja awak minum. Lepas minum, kita boleh jalan-jalan naik motor saya"
'Tidak manis kita minum berdua sahaja. Lebih-lebih lagi, naik motor dengan awak.
"Awak kelihatan semakin cantik dan ayu. Saya rasa, saya dah jatuh cinta pada awak"
Antara Cabaran Mengamalkan Abstinen ialah pengaruh?
Pengaruh rakan
Pengaruh persekitaran
Pengaruh Internet dan media sosial
Pengaruh luar kawalan
Pengaruh guru
