Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA TAHUN 6

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

1. “Sebagai murid, __________ mesti membantu guru untuk membawa buku-buku ini,” kata Jun Zhi dan Jhi Kang kepada Cikgu Mukhirz.

a)

kami

b)

kita

c)

saya

d)

mereka

2.

1. Emak membuang minyak yang sudah _________ itu kerana tidak boleh digunakan lagi.

a)

basi

b)

busuk

c)

tengik

d)

kusam

3.

1. Kerja-kerja ___________ Sungai Mutiara semenjak beberapa minggu yang lalu adalah untuk mengatasi masalah banjir.

a)

memperrdalamkan

b)

mendalami

c)

memperdalam

d)

didalami

4.

Daud menyapu mentega pada se______________ roti.

a)

keping

b)

helai

c)

lembar

d)

ekor

5.

Pak Akob memelihara beberapa _____________ ikan hiasan di dalam akuarium.

a)

kawan

b)

ekor

c)

pasang

d)

kaki

6.

Kamarul dan isterinya telah mengambil dan memelihara Zaki seperti anak sendiri.

a)

lipas kudung

b)

anak tiri

c)

anak kandung

d)

anak angkat

7.

Walaupun bukan anak kandung Encik Kamarudin dan isterinya, tetapi Zaki amat disayangi dan dijaga baik oleh mereka.

a)

anak mata

b)

anak angkat

c)

anak emas

d)

anak tiri

8.

“_____________, aku tidak mahu menurut kehendakmu!” kata lelaki itu dengan bengisnya

a)

Hoi

b)

Wah

c)

Oh

d)

Ah

9.

Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.

a)

tengik amat

b)

busuk sekali

c)

hapak sungguh

d)

hanyir sekali

10.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

berlindung

c)

berhenti

d)

berehat

11.

Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.

a)

menanak ... menjerang

b)

memasak ... mendidihkan

c)

menanak ... merebus

d)

mengukus ... menjerang

12.

Pada tahun ini durian, rambutan, dokong dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz _____________ lebat buahnya.

a)

nian

b)

betul

c)

benar

d)

paling

13.
Gadis berbaju kebaya itu kelihatan _______.
a)
amat tampan
b)
amat kacak
c)
amat manis
d)
amat segar
14.

Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin


SOALAN:Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang

a)

Gunung Kinabalu pada awal pagi, keadaan suhu di atas sungguh dingin.

b)

Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.

15.

Mastura membeli tiga ____________ jagung rebus di pasar malam itu.

a)

tongkol

b)

papan

c)

helai

d)

sekaki

16.

Nama murid yang menerima anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan itu siapa?

a)

Ayat seruan

b)

Ayat penegas

c)

Ayat tanya

17.

Jangan ganggu gadis yang sedang berjalan seorang diri itu.

a)

Ayat nafi

b)

Ayat larangan

c)

Ayat perintah

18.

Kisah seorang tua yang meninggal akibat jangkitan wabak Covid 19 adalah benar

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat penegas

19.

Gerai ikan di pasar tani itu berbau_______.

a)

hamis

b)

hanyir

c)

hapak

d)

tengik

20.
Aku dan Suib berjalan pulang dari sekolah. _________singgah di sebuah warung untuk membeli makanan.
a)
Dia
b)
Kita
c)
Saya
d)
Kami
21.

“Wahai, Tuah! Pada pendapat ____________ eloklah kita berangkat sekarang,” kata Hang Jebat.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuan hamba

22.

Pergerakan pemain bola keranjang yang ____________ itu sukar dikawal oleh pihak lawan.

a)

tangkas

b)

pandai

c)

cermat

d)

laju

23.

Pak Tam sudah berusia lanjut. ___________, dia masih turun ke laut untuk menangkap ikan.

a)

Namun demikian

b)

Di samping itu

c)

Tambahan pula

d)

Walhal

24.
Hubungan murid-murid yang tinggal di asrama  __________  dan sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti aur dengan tebing
c)
seperti enau dengan belukar
d)
seperti bulan dipagar bintang  
25.

1. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Pencapaian cemerlang Amirul dalam pelajaran amat membanggakan keluarganya.

a)

Adakah Amirul cemerlang dalam pelajarannya?

b)

Dalam keluarga Amirul, siapakah yang cemerlang dalam pelajaran?

c)

Apakah yang menyebabkan keluarga Amirul bangga dengannya?

d)

Bagaimanakah Amirul mencapai kecemerlangan dalam pelajarannya?

26.

2. Beberapa orang terLibat dalam kerja-kerja mengukur keluasan tanah yang akan dibangunkan itu.

a)

juruwang

b)

juruukur

c)

juruteknik

d)

jurugambar

27.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


Ayah menyuruh saya makan ubat batuk itu dua sudu tiga kali sehari.

a)

Makan ubat batuk ayah saya itu dua sudu tiga kali sehari.

b)

Ayah disuruh makan ubat batuk saya itu dua sudu tiga kali sehari

c)

Saya disuruh oleh ayah makan ubat batuk itu dua sudu tiga kali sehari.

d)

Ubat batuk itu disuruh makan oleh ayah saya dua sudu tiga hari sekali.

28.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ibu penghidangan pembasuh mulut kepada kami.

b)

Baca aturan mengambilkan sesuatu ubat terlebih dahulu.

c)

Kita perlu sentiasa memastikan kebersihan diri dijaga rapi.

d)

Mangsa banjir telah pun pemindahan ke tempat yang selamat.

29.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Saya terjatuh dari basikal semasa pergi ke sekolah kerana brek tidak berfungsi dengan

baik.

a)

Bagaimana brek basikal berfungsi dengan baik?

b)

Bagaimanakah kamu terjatuh dari basikal?

c)

Bagaimanakah basikal yang kamu tunggang?

d)

Bagaimanakah kamu pergi ke sekolah sehingga terjatuh dari basikal.

30.

Cahaya pelita yang dipasang di hadapan rumah kian malap kerana kehabisan minyak.


Pilih perkataan antonim bagi malap.

a)

jelas

b)

terang

c)

segar

d)

ceria