wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1. Pengenalan Penghayatan Etika

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Immanuel Kant (1724-1804) percaya bahawa

a)

Motif (niat) tindakan adalah di bawah kawalan, oleh itu patut bertanggungjawab secara moral

b)

Tindakan tidak sentiasa berada atau tertakluk dibawah kawalan kita

c)

Motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan

d)

Yang memberi nilai moral kepada suatu tindakan bukanlah akibat atau kesan daripada sesuatu tindakan

2.
Definisi etika dari segi istilah:
a)
Suatu kajian yang bersifat falsafah terhadap moral
b)
Berfikir sendiri tentang apa itu yang dikatakan baik jahat, benar salah, tanggungjawab atau ‘duty’, tentang apa yang patut atau tidak patut dilakukan, dan sebagainya
c)
Perbuatan baik akan diberi balasan yang baik manakala perbuatan jahat akan membawa kebahagiaan.
d)
Hukum, adat resam, adab, tradisi, budi pekerti, kesusilaan, sopan santun, dan sebagainya
3.
Undang – undang dan etika mempunyai perbezaan iaitu:-
a)
Etika bersifat umum
b)
Undang – undang dikawal oleh masyarakat
c)
Etika disokong oleh perundangan
d)
Undang – undang bersifat keras.
4.

Berikut merupakan garis waktu sejarah masyarakat melayu yang BETUL:

a)

Masyarakat pluralistik -> masyarakat pluraliti -> masyarakat pelbagai

b)

Masyarakat pluraliti -> masyarakat majmuk -> masyarakat pluralistik

c)

Masyarakat pluraliti -> masyarakat pluralistik -> masyarakat pelbagai

d)

Masyarakat pluralistik -> masyarakat pelbagai -> masyarakat pluraliti

5.

"Telah maju tingkat kehidupannya. Peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa"


- Pernyataan ini merujuk kepada…

a)

Budi pekerti

b)

Peradaban

c)

Beradab

d)

Etika

6.
Istilah ​"ethos"​membawa maksud....
a)
Hukum dan adat resam
b)
Satu cara hidup
c)
Sumber perundangan
d)
Struktur kehidupan
7.

Manakah antara berikut ​TIDAK BENAR​ mengenai zaman Pra-Kolonial

a)

Populasi utama adalah masyarakat Melayu

b)

Masyarakatnya mengamalkan adab sopan yang tinggi

c)

Masyarakat luar kurang merantau ke alam melayu

d)

Etika terbentuk dalam kalangan masyarakat melalui tingkah laku.

8.
Satu keadaan yang menunjukkan kepada penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai. Zaman ini dikenali zaman..
a)
Zaman pra-kolonial
b)
Zaman kolonial
c)
Zaman pasca-kolonial
d)
Zaman kontemporari
9.

Pilih​ antara berikut yang merupakan ciri-ciri disiplin etika normatif

a)

Disiplin etika yang menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada

b)

Disiplin etika yang membicarakan sejarah sistem moral

c)

Disiplin etika yang tidak membuat penilaian atau keputusan terhadap sistem moral yang ada.

d)

Disiplin etika yang berbentuk akademik dan teoritikal semata-mata.

10.

"Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, yang melahirkan perbuatan baik atau buruk dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu."

~ Imam al-Ghazali ~


- Berikut merupakan perbezaan antara paksi disiplin akhlak dan etika​ KECUALI:​

a)

Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala etika menilai tindakan zahir manusia sahaja

b)

Nilai- nilai akhlak bersifat mutlak dan sempurna manakala etika bersifat relatif dan sementara.

c)

Akhlak bersifat setempat manakala etika bersifat universal.

d)

Akhlak ditentukan dengan wahyu dan berpaksikan akidah manakala etika ditentukan melalui penilaian akal.