wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA DALAM TALIAN (GURU)

Total questions: 25

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ejaan yang betul bagi jawapan di bawah.


Program itu memberi banyak ..........

a)

manfaat

b)

manafaat

2.

Pilih ejaan yang betul bagi jawapan di bawah.


Pihak sekolah sedang .........fail-fail di pejabat.

a)

mengemas kini

b)

mengemaskini

3.

Pilih ejaan yang betul bagi jawapan di bawah.


Pelajar harus lulus dalam ....................... Bahasa Melayu dan Sejarah.

a)

matapelajaran

b)

mata pelajaran

4.

Pilih ejaan yang betul bagi jawapan di bawah.


Untuk menetapkan tarikh perkahwinan, mereka perlu merujuk ........ dahulu.

a)

kelender

b)

kalender

5.
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
a)
kecil
b)
tebal
c)
besar
d)
panjang
6.
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
a)
hapak
b)
hancing
c)
tengik
d)
hanyir
7.
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .
a)
sengsara
b)
murung
c)
terkilan
d)
runsing
8.
Kakak tidak suka akan daging kambing kerana baunya yang ___________
a)
hapak
b)
tengik
c)
hamis
d)
haring
9.

Ejaan yang betul bagi gambar di atas ialah

a)

nasi hampit

b)

nasi impit

c)

nasi hempit

d)

nasi himpit

10.

Ejaan yang betul bagi gambar di atas ialah

a)

begedil

b)

bergedil

c)

bergedel

d)

burger dil

11.
Manakah ejaan yang betul?
a)
sundae
b)
sandae
c)
sunday
d)
sun de
12.
Manakah ejaan yang betul?
a)
stokin
b)
stoking
13.
Apakah jenis ayat ini?
Jangan buang sampah di sini.
a)
Ayat larangan
b)
ayat silaan
c)
ayat suruhan
d)
ayat perintah
14.

Pilih jawapan yang betul bagi ayat dibawah yang telah dipasifkan?


Kamu perlu membaca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti sebelum menandatanganinya.

a)

Sebelum menandatangainya, surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan teliti.

b)

Perlu kamu baca dengan teliti surat perjanjian jual beli rumah itu, sebelum menandatanganinya.

c)

Perlu kamu baca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti, sebelum menandatanganinya.

d)

surat perjanjian jual beli rumah itu perlu ditandatangani oleh kamu sebelum menandatanganinya.

15.

Yang manakah bukan ayat tunggal bagi ayat ini?


Golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga.

a)

Golongan remaja memerlukan kasih sayang daripada keluarga

b)

Golongan remaja memerlukan perhatian daripada keluarga.

c)

Kasih sayang daripada keluarga diperlukan oleh remaja.

16.
Orang yang bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya.
Yang manakah peribahasa yang paling sesuai dengan maksud diatas?
a)
Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
b)
Siapa makan cili dia yang terasa pedas
c)
Sudah jatuh ditimpa tangga
d)
                                                        Sudah terhantuk baru tergadah
17.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Patik
d)
Tuanku
18.
Encik Lee tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau
d)
mereka
19.
Suara Ng Le Jin________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
a)
garau
b)
lunak
c)
manja
d)
nyaring
20.

Tandakan ( / ) pada frasa atau ayat yang betul.

a)

multimedia

b)

pelbagai multimedia

21.

Tandakan ( / ) pada frasa atau ayat yang betul.

a)

dipermudahkan urusan

b)

dipermudah urusan

22.

Tandakan ( / ) pada frasa atau ayat yang betul.

a)

beberapa langkah-langkah

b)

beberapa langkah

23.

Tandakan ( / ) pada frasa atau ayat yang betul.

a)

antara usaha

b)

antara usaha-usaha

24.

Tandakan ( / ) pada frasa atau ayat yang betul.

a)

oleh sebab

b)

oleh kerana

25.

Tandakan ( / ) pada frasa atau ayat yang betul.

a)

memperolehi kejayaan

b)

memperoleh kejayaan