NEW
Font size
WorksheetsKUIZ TAHAP 2 MINGGU BAHASA MELAYU
Total questions: 25
Worksheet time: 12mins
1.“Usahlah _____________ risau tentang perkara itu,” kata Hamdan kepada kawan-kawannya.
kita
kami
kalian
mereka
____________ akan menyambut hari ulang tahun keputeraan yang ke-65 pada minggu hadapan.
Patik
Beliau
Hamba
Baginda
Adik menangis kerana berasa ______________ ketika berada di atas menara yang tinggi itu.
takut
gayat
gusar
cemas
Faiz tidak dapat __________________ aktiviti perkhemahan itu kerana dia mengikuti keluarganya menziarahi datuk yang berada di kampung.
menyertai
menjalani
mendekati
menduduki
Wakil rakyat itu akan terus menabur jasa kepada masyarakat di kawasan beliau ____________ termampu.
jika
selagi
apabila
sehingga
Semua guru di sekolah kami sedang berbincang ______________ persiapan ____________ mengadakan majlis kecemerlangan.
untuk...bagi
akan...bagi
terhadap...bagi
tentang...untuk
Pihak kerajaan menasihatkan _____________ kilang agar tidak melepaskan asap untuk mengelakkan masalah jerebu.
pengusaha
perusahaan
pengusahaan
mengusahakan
Jabun digelar _____________ oleh rakan-rakannya kerana suka meminjam pakaian orang lain untuk dipakai.
pari-pari
pijat-pijat
dekak-dekak
umang-umang
Sebastian dan Fahmi sedang melihat keputusan Ujian Pertengahan Tahun mereka yang ditampal pada _________________ itu.
papan iklan
papan tanda
papan pameran
papan kenyataan
Di ____________ kantin sekolah telah diletakkan tong-tong kitar semula untuk kemudahan para pelajar.
tepi
atas
tengah
penjuru
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
tengik amat
busuk sekali
hapak sungguh
hanyir sekali
Kata sinonim bagi perkataan "asli"?
tiruan
salinan
palsu
jati
Penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan "tentera" ialah
angkatan
bungkus
butir
cebis
Kakak berasa gembira kerana mendapat hadiah pakaian yang berharga ....... ringgit.
jutawan
ratusan
berdekad-dekad
menawan
Dua ekor kambing peliharaan Pak Abu telah ........ oleh Pak Belang malam tadi.
digigit
ditelan
dibaham
dimakan
Pak Hadi ...... koleksi barangan tembaganya sehingga berkilat.
mengesat
mengelap
mengasah
menggilap
Halim dan anak-anaknya ...... kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidangkan.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
Darnessa segera menanggalkan _________nya lalu berlari masuk ke dalam rumah.
topi
kaki
kasut
kepala
"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Ismail kepada Tamrin.
Ada
Apa
Siapa
Bagaimana
“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini,” ikrar murid-murid darjah 6 SJKC Mawai.
Saya
Kami
Kamu
Kalian
Kami menunjukkan arah yang betul ______ pelancong asing tersebut.
pada
kepada
daripada
dari
