WorksheetsPeribahasa SJKC Tahun 5 dan Tahun 6
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Berita kejayaan pemuda kampung itu menerima anugerah petani berjaya telah menjadi ________ penduduk kampung.
buah tangan
buah fikiran
asam garam
buah mulut
Penunggang motosikal yang cedera parah itu dalam keadaan ____________.
mabuk laut
ajak-ajak ayam
tidur-tidur ayam
nyawa-nyawa ikan
Siu Lin tidak mahu _____ dalam perselisihan faham yang melibatkan kedua-dua orang rakannya itu.
campur tangan
lepas tangan
hilang akal
iri hati
Kehidupan Chong tidak akan berubah selagi dia tidak mahu memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya untuk memajukan diri sendiri.
bagai keli kena ketuk
bagai bertepuk sebelah tangan
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai pohon kayu yang tidak berbuah
Jamil seperti _________ kerana dia tidak suka bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya.
puteri lilin
pisau cukur
lipas kudung
kera sumbang
Amani digelar ______ kerana dia gemar membaca buku pada masa lapang.
otak cair
ulat buku
puteri lilin
ringan tulang
Walaupun harga kamera itu mahal, Aisyah tetep membelinya kerana kamera itu berkualiti tinggi.
alang-alang berdakwat biar hitam
alah membeli menang memakai
mahal dibeli sukar dicari
alah bisa tegal biasa
Azmi suka membaca buku. Dia digelar _______ oleh rakan-rakannya.
batu api
otak cair
ulat buku
ringan tulang
Perebutan harta pusaka antara Murad dan Hanafi telah menjadi _______ penduduk kampung mereka.
buah hati
buah pena
buah mulut
buah fikiran
Penduduk Kampung Siantan telah mendapat _____ sebagai sebahagian daripada pampasan selepas tanah mereka diambil bagi pembinaan jalan raya.
wang kopi
wang saku
wang muka
wang hangus
