WorksheetsBahasa Melayu Tingkatan 1
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Masakan asam pedas kakak tidaklah ___________ asam pedas yang dimasak oleh ibu.
sesedap
sedap
penyedap
kesedapan
Pembesaran bangunan itu terpaksa ditangguhkan kerana pemajunya ____________ modal.
kurang
kekurangan
terkurang
pengurangan
Cikgu Razi __________ agar pelajar yang tinggal jauh diberi keutamaan untuk tinggal di asrama.
bercadang
mencadangkan
dicadangkan
pencadang
Janganlah terlalu __________ atas kegagalan ini kerana masih ada masa untuk berusaha lagi.
berduka
berdukakan
mendukakan
kedukaan
________ majlis doa selamat itu hendaklah diadakan pada hari cuti umum.
Sebaik
Sebaiknya
Sebaik-baiknya
Berbaik-baik
_________ yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik itu mendapati bahawa daun sirih mempunyai bahan pembunuh kuman.
Pengkaji
Mengkaji
Kajian
Pengkajian
Puan Hadijah ___________ landskap di halaman rumahnya dengan membina air terjun mini.
mengindahkan
keindahan
pengindahan
memperindah
Gadis itu _________ ke pejabat kerana sudah lewat.
terkial-kial
terkinja-kinja
tercungap-cungap
terkocoh-kocoh
Pekerja itu diberhentikan _________ oleh pihak pengurusan kerana masalah disiplin.
terus-menerus
pontang-panting
serta-merta
tunggang-langgang
Jalan raya yang baru itu memudahkan kami ____________ ke tempat kerja.
ulang-alik
pindah-randah
mundar-mandir
lalu-lalang
Pelbagai program telah diatur demi menggalakkan penduduk taman itu ___________ antara satu sama lain.
percaya-mempercayai
kasih-mengasihi
perlu-memerlukan
kenal-mengenal
Sampah sarap yang __________ di Sungai Klang itu adalah akibat daripada perbuatan segelintir orang yang tidak bertanggungjawab.
tertimbul-timbul
tertindih-tindih
tersekat-sekat
terapung-apung
Encik Kamal membawa ___________ dari Jakarta untuk kami.
oleh-oleh
otak-otak
abuk-abuk
sagu-sagu
"Budi cikgu akan saya kenang __________," kata Fatin
sekuat-kuatnya
selama-lamanya
semalam-malaman
sehari-harian
Amalan _____________ dalam masyarakat patut diamalkan untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup.
kasih-mengasihi
lalu-lalang
cekih-merih
gotong-royong
Farish ___________ dilanggar kereta ketika melintas di jalan yang sibuk itu.
dekat-dekat
hampir-hampir
samar-samar
sayup-sayup
Keadaan jalan yang __________ menyukarkan perjalanan kami untuk sampai ke perkampungan orang asli itu.
lintang-pukang
bongkar-bangkir
bengkang-bengkok
hiruk-pikuk
Para pemain _____________ antara satu sama lain setelah gagal memenangi perlawanan bola sepak semalam.
ingat-mengingatkan
tanya-menanyakan
salah-menyalahkan
maaf-memaafkan
Wajah Suraya dan adiknya ____________ apabila ayah mereka membeli anak patung untuk mereka.
bersinar-sinar
berkilau-kilau
berseri-seri
berpinar-pinar
Kita jangan mudah __________ akan cara hidup Barat.
terambil-ambil
tertiru-tiru
terikut-ikut
terbuai-buai
