wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pelaburan (ROI)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Puan Laila ingin mendapat pulangan tinggi tetapi berisiko rendah daripada pelaburannya.  Antara berikut, yang manakah sesuai bagi Puan Laila.

a)

Hartanah

b)

Amanah Saham

c)

Saham

d)

Emas

2.

Cik Hajar melabur dalam Syarikat Bakti sebanyak 6 000 unit saham yang bernilai RM 1.50 seunit. Syarikat itu kemudian mengistiharkan dividen sebanyak 4%. Selepas menerima dividen itu, Cik Hajarmenjual semua saham yang dimiliki dengan harga RM1.80. Hitung nilai pulangan pelaburan bagi Cik Hajar

a)

20%

b)

22%

c)

24%

d)

25%

3.

Pada 1 januari 2018, Liza melabur 6 000 unit saham yang bernilai RM 1.20 seunit, Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, Liza telah menerima dividen sebanyak RM 576. Hitung peratus dividen yang diterimanya pada tahun ini

a)

2%

b)

4%

c)

6%

d)

8%

4.

Pelaburan yang melibatkan suatu jumlah wang yang diuruskan oleh sebuah syarikat yang akan melaburkan wang itu ke dalam saham pelbagai syarikat yang berpontensi di mana dividen dan bonus atas pelaburan akan diberikan.

a)

Saham

b)

Amanah Saham

c)

Hartanah

5.

Yang manakah bukan jenis-jenis pelaburan?

a)

Saham

b)

Zakat

c)

Amanah Saham

d)

Hartanah

6.

Berikut merupakan pulangan untuk Amanah Saham. Yang manakan BUKAN merupakan pulangan bagi Amanah Saham.

a)

Faedah

b)

Syer bonus

c)

Keuntungan Modal

d)

Dividen

7.

Encik Yusof telah menggunakan RM8 000 untuk membeli syer syarikat A. Dia telah mendapat dividen sebanyak RM 200 dalam tempoh dia memegang syer itu. Selepas itu, dia menjual semua syer dan mendapat RM 8800. Hitung nilai pulangan pelaburan encik Yusof (ROI)

a)

15.2%

b)

10.5%

c)

12.5%

d)

12%

8.

Pelaburan yang manakah mempunyai risiko yang tinggi?

a)

Saham syarikat

b)

ASB

c)

Hartanah

d)

Simpanan tetap

9.

Berikut adalah jenis pelaburan, kecuali

a)

Saham

b)

Rumah

c)

Tanah

d)

Kereta

10.

Encik Mohammad Khairul Nizam membina sebuah rumah untuk dijadikan sebagai "Homestay" dengan kos keseluruhan berjumlah RM 350000.Apakah jenis pelaburan yang dilakukan oleh beliau?

a)

Pelaburan Masa Hadapan

b)

Pelaburan Jangka Panjang

c)

Pelaburan Hartanah

d)

Pelaburan Saham