Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Reka Bentuk Pembungkusan Tahun 4

Total questions: 42

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Pembungkusan produk boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

a)

produk makanan dan bukan makanan

b)

produk haiwan dan bukan haiwan

c)

produk sayur-sayuran dan produk buah-buahan

d)

produk sihat dan produk yang telah rosak

2.

Berikut merupakan ciri-ciri pembungkusan produk kecuali

a)

mesra alam

b)

mudah disimpan

c)

mesra pengguna

d)

tidak berkualiti

3.

Kepentingan reka bentuk pembungkusan dapat

a)

mengelakkan produk daripada tercemar dan mengawal keselamatan produk

b)

meyebabkan produk tidak dilindungi dari segi mutu dan fizikal produk

c)

melindungi maklumat produk daripada diketahui oleh pengguna

4.

Sebelum menghasilkan produk pembungkusan makanan, murid perlu

a)

menyediakan makanan yang hendak dibungkus

b)

menghasilkan lakaran idea yang lengkap dan bermaklumat

c)

membeli contoh-contoh pembungkus makanan di kedai

d)

menyediakan perhiasan untuk pembungkus makanan yang dihasilkan

5.

Alatan yang digunakan untuk mengukur dan menanda ialah

a)

pen, pisau pemotong

b)

pembaris keluli dan pisau pemotong

c)

pensil dan pembaris keluli

d)

gunting dan gam

6.

Alatan tangan yang digunakan untuk memotong bahan yang telah diukur ialah

a)

gunting atau pisau pemotong

b)

gergaji tangan atau gergaji besi

c)

pen 3D atau mesin jahit mini

d)

pembaris keluli atau pisau

7.

Berikut bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan produk pembungkus makanan kecuali

a)

plastik

b)

kertas

c)

lepingan logam

d)

surat khabar lama

8.

Ruang dan tekstur adalah _____________________yang perlu dinilai dalam membuat penambahbaikan lakaran produk .

a)

kepentingan

b)

elemen

c)

tujuan

d)

fungsi

9.

Perbandingan di antara pembungkusan produk makanan dengan pembungkusan produk bukan makanan ialah

a)

logo halal

b)

bahan yang digunakan

c)

warna yang menarik perhatian pembeli

d)

reka bentuk produk yang dihasilkan

10.

Bagaimanakah cara anda untuk memasarkan produk pembungkus makanan yang telah dihasilkan dengan pantas?

a)

Menggunakan media sosial seperti Istagram dan Facebook

b)

Menjual daripada rumah ke rumah

c)

Meletakkan produk di kedai yang berhampiran dengan rumah

11.

Pembungkusan terbahagi kepada dua iaitu pembungkusan makanan dan BUKAN makanan. Berdasarkan gambar di bawah, yang manakah menunjukkan produk pembungkusan BUKAN makanan? (Jawapan mungkin lebih dari satu)

a)
b)
c)
d)
12.

Berikan erti pembungkusan.

a)

Pembungkusan ialah sejenis makanan.

b)

Pembungkusan ialah sejenis permainan.

c)

Pembungkusan ialah kaedah atau cara penyimpanan sesuatu produk.

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan REKA BENTUK pembungkusan pula?

a)

Lakaran pembungkusan.

b)

Proses menghasilkan pembungkusan yang lebih moden.

c)

Kaedah atau cara pembungkusan.

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembungkusan sedia ada?

a)

Bungkusan diperbuat dari plastik

b)

Bungkusan diperbuat dari bahan semulajadi

c)

Bungkusan diperbuat dari kaca

15.

Gambar yang mana satukah ialah contoh reka bentuk pembungkusan (moden)?

a)
b)
16.

Gambar menunjukkan pembungkusan sedia ada. Makanan ini mudah didapati pada Hari Raya Aidilfitri. Ia dipanggil ketupat palas. Enak sekali jika dimakan bersama rendang. Daun yang digunakan ialah daun palas. Berdasarkan pilihan jawapan yang berikut, yang manakah menunjukkan daun palas tersebut?

a)
b)
c)
17.

Apakah ciri-ciri pembungkusan produk?

a)

Mesra pengguna - memudahkan pengguna untuk membawa, memegang dan sebagainya.

b)

Mesra alam - pembungkusan boleh dikitar semula dan tidak mencemarkan alam sekitar.

c)

Maklumat pelabelan - Terdapat tarikh luput, kandungan produk, cara penggunaan dan sebagainya yang boleh memberitahu pengguna mengenai produk yang terkandung di dalam pembungkusan tersebut.

d)

Kekal kualiti - Pembungkusan membantu mengekalkan kualiti dan melindungi produk dari tercemar atau rosak.

18.

Salah satu kepentingan reka bentuk pembungkusan ialah "Melindungi mutu dan fizikal produk". Apakah yang dimaksudkan dengan kepentingan ini?

a)

Bahan yang tercemar menjejaskan kesihatan dan tidak dapat digunakan.

b)

Keselamatan produk dapat dipelihara daripada kerosakan atau kebocoran.

c)

Produk boleh bertahan lebih lama dan dalam keadaan yang baik.

d)

Maklumat yang lengkap membantu pengguna mengetahui perkara yang berkaitan dengan produk.

19.

Ciri-ciri pembungkusan produk ada LIMA. Salah satunya ialah "Mesra Pengguna". Apakah yang dimaksudkan dengan "mesra pengguna" itu?

a)

Reka bentuk yang ringkas memudahkan penyimpanan.

b)

Reka bentuk pembungkusan memudahkan pengguna untuk mengendalikannya.

c)

Pembungkus perlu mengandungi maklumat yang lengkap tentang produk.

d)

Reka bentuk pembungkusan melindungi produk daripada terdedah kepada udara dan rosak.

20.

Contoh pembungkusan moden seperti berikut:-

a)
b)
c)
d)
21.

Alatan yang digunakan untuk mengukur dan menanda ialah ............... .

a)

pensel.

b)

tali ukur.

c)

pembaris.

d)

pewarna berasaskan air.

22.

Berikut adalah contoh lakaran....

a)
b)
c)
d)
23.

Reka Bentuk Makanan:

Apakah definisi reka bentuk makanan?

a)

Proses mereka bentuk makanan

b)

Pembentukan, hiasan atau ukiran pada sesuatu jenis makanan

c)

Mengubah makanan

24.

Apakah jenis makanan yang sesuai dalam reka bentuk makanan? Pilih tiga jawapan yang betul

a)

Bijirin - Roti

b)

Buah-buahan

c)

Air milo

d)

Sayuran

25.

Apakah jenis pembungkusan yang sesuai bagi kasut sukan?

a)

Kotak

b)

Beg plastik

c)

Tembikar

d)

Kertas

26.

Nyatakan cara pembungkusan yang sesuai untuk gambar ini. Pilih tiga jawapan yang sesuai.

a)
b)
c)
d)
27.

Apakah jenis pembungkusan bagi produk di atas?

a)

Produk makanan

b)

Produk bukan makanan

28.

Terdapat DUA jenis produk pembungkusan iaitu

i) _______________________

ii)_______________________

a)

Produk makanan

b)

Produk bukan makanan

c)

Produk reka bentuk

29.

Berikut adalah ciri-ciri pembungkusan produk KECUALI _______________

a)

Kekal kualiti

b)

Maklumat perlabelan

c)

Tidak mesra pengguna

d)

Mudah disimpan

e)

Mesra alam

30.

Setiap pembungkusan perlu mengandungi (a)   yang lengkap berkaitan dengan produk.

31.

Anda ingin menghadiahkan sehelai baju kepada ibu anda. Pembungkusan manakah yang anda akan pilih?

a)
b)
c)
32.

Pembungkusan bagi sesuatu produk penting untuk

a)

mengelakkan produk tercemar

b)

mengawal keselamatan produk

c)

melindungi mutu dan fizikal produk

d)

menyampaikan maklumat produk

33.

Pembungkusan ialah satu kaedah penyimpanan dan melindungi sesuatu barangan

daripada rosak dan tercemar.

a)

BETUL

b)

SALAH

34.

Pembungkusan yang baik adalah mengikut

kategori produk iaitu produk makanan dan produk bukan makanan.

a)

BETUL

b)

SALAH

35.

Pembungkusan dibahagikan kepada pembungkusan baharu dan pembungkusan

moden.

a)

BETUL

b)

SALAH

36.

Pembungkusan konvensional menggunakan penggunaan kertas, kadboard, bahan kaca dan polistrena.

a)

BETUL

b)

SALAH

37.

Perlindungan produk dan pengguna merupakan salah satu faktor perubahan reka bentuk pembungkusan.

a)

BETUL

b)

SALAH

38.

Berikut merupakan ciri-ciri pembungkusan yang baik KECUALI ......

a)

mengekalkan kuantiti produk

b)

mengekalkan kualiti produk

c)

melindungi produk semasa penghantaran

d)

memudahkan kerja pembungkusan dan membuka bungkusan

39.

Memelihara produk daripada ______________ merupakan ciri pembungkusan yang baik.

a)

kesegaran

b)

kerosakan

40.

Perlabelan juga merupakan bukan salah satu ciri-ciri pembungkusan yang baik.

a)

BETUL

b)

SALAH

41.

Maklumat perlabelan adalah sama antara satu produk dengan produk yang lain.

a)

BETUL

b)

SALAH

42.

Terdapat dua kategori produk iaitu makanan dan bukan makanan.

a)

BETUL

b)

SALAH