wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4. Psikologi Konsep Insan

Total questions: 10

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan pernyataan benar tentang konsep manusia dalam Islam KECUALI?


i. Perkataan Insan adalah daripada kalimah “Nasiya” yang bermaksud memimpin

ii. Menurut ilmu logik, manusia merupakan haiwan yang berfikir

iii. Manusia dipertanggungjawabkan dengan dua peranan iaitu hamba dan khalifah

iv. Manusia pertama adalah Nabi Adam yang dicipta daripada air mani

a)

ii dan iii

b)

i dan iv

c)

ii, iii, dan iv

d)

semua di atas

2.

Manakah antara berikut merupakan proses kejadian manusia menurut Islam?

a)

Nutfah, Alaqah, Mudghah, Izham dan Lahm, Tulang, Nafkhurm dan Lahm.

b)

Nutfah, Mudghah, Alaqah, Izham dan Lahm, Tulang, Nafkhurm dan Lahm.

c)

Nutfah, Alaqah, Mudghah, Tulang, Nafkhurm dan Lahm, Izham dan Lahm.

d)

Nutfah, Alaqah, Mudghah, Nafkhurm dan Lahm, Tulang, Izham dan Lahm.

3.

Berikut merupakan kedudukan manusia dalam pandangan al-Quran;


i. Makluk paling mulia antara makhluk lain

ii. Makhluk yang paling awal diciptakan

iii. Makhluk yang diberi kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

iv. Makhluk yang paling indah bentuk kejadiannya

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

4.

Apakah spesifikasi tujuan pengaplikasian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pembentukan insan sejahtera?


i. Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

ii. mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

iii. Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

iv. Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

5.

Matlamat kehidupan manusia menurut ajaran Hindu adalah untuk mencapai Moksha. Apakah yang dimaksudkan dengan Moksha?

a)

Mencapai kebahagiaan, baik kebahagiaan yang bersifat duniawi dan ukhrawi

b)

Mencapai tahap manusia yang sempurna dan teragung

c)

Amal perbuatan akan melahirkan sebuah kehidupan baru pada putaran kehidupan seterusunya

d)

Keupayaan mengawal hawa nafsu

6.

Manakah antara berikut merupakan kenyataan konsep insan menurut Barat:


i. manusia adalah kehidupan yang berfikir

ii. konsep kelahiran semula bergantung kepada apa yang mereka lakukan dalam kehidupan sekarang

iii. aspek kemanusiaan berteraskan aspek emosi

iv. manusia dilahirkan tanpa apa-apa panduan hidup

a)

i dan ii

b)

ii, iii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

7.

Manusia sering mencari dua jenis persoalan dalam kehidupan seharian iaitu persoalan asasi dan persoalan sekunder. Apakah persoalan-persoalan asasi tersebut?


i. Apakah destinasi selepas manusia mati?

ii. Apakah matlamat manusia ada di dunia ini?

iii. Bagaimana manusia nak membangunkan tamadun manusia?

iv. Dari mana manusia datang?

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii dan iv

8.

Berikut adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sesama insan. KECUALI?

a)

Memelihara hal ehwal rumahtangga jiran

b)

Membantu mereka yang memerlukan pertolongan

c)

Sentiasa hormat menghormati tanpa mengira warna kulit

d)

Menjalinkan hubungan sesama manusia

9.

Antara berikut yang manakah tanggungjawab manusia terhadap Allah S.W.T?


i. mentaati semua suruhan-Nya

ii. menjauhi segala larangan-Nya

iii. menyembah Allah s.w.t dengan ikhlas

iv. memelihara alam dengan sebaiknya

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

10.

Dengan akal manusia dapat melakukan perkara berikut, KECUALI?

a)

Memikirkan perkara ghaib

b)

Merekacipta sesuatu

c)

Membezakan antara perkara buruk dan baik

d)

Membezakan antara kebenaran dengan kebatilan