Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Bab 1 T4

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah bentuk pemilikan perniagaan di bawah?

* Liabiliti tidak terhad

* Berkongsi Kepakaran

* Modal dikumpul oleh rakan kongsi

a)

Usaha sama

b)

Perkongsian

c)

Milikan tunggal

d)

Syarikat berhad

2.

*Gerai Burger Saad

Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Liabiliti terhad

b)

Cukai perniagaan yang tinggi

c)

Bebas menguruskan perniagaan

d)

Hayat perniagaan yang berterusan

3.

*Kedai Runcit Wong

Mengapakah Encik Wong memilih penubuhan perniagaan tersebut?

a)

Liabiliti terhad

b)

Proses penubuhan adalah rumit

c)

Bilangan pemilik ialah antara 2-20 orang

d)

Pemilik mempunyai kawalan secara langsung ke atas perniagaan

4.

*Kedai Dobi Hafiy dan Hafiz

Apakah yang menerangkan ciri-ciri pemilikan perniagaan di atas?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Beban cukai yang tinggi

c)

Jangka hayat adalah kekal

d)

Bilangan pemilik tidak terhad

5.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)?

I. Kos rendah

II. Entiti berasingan

III. Hayat berterusan

IV. Liabiliti tidak terhad

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Apakah itu milikan tunggal?

a)

Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu

b)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu

c)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang

d)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu

7.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

Kedai Runcit Ali

b)

Restoren Syed & Syeikh

c)

Koperasi Kampung Jenaris Berhad

d)

Syarikat ABC Sendirian Berhad

8.

Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding dengan perniagaan milikan tunggal?

a)

Tanggungan terhad

b)

Berkongsi kepakaran

c)

Perniagaan berterusan

d)

Mudah untuk membuat keputusan

9.

Maklumat yang berikut adalah pernyataan tentang sejenis rakan kongsi.

"Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa perlu mengeluarkan modal"

Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?

a)

Rakan kongsi lelap

b)

Rakan kongsi biasa

c)

Rakan kongsi berhad

d)

Rakan kongsi nominal

10.

Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia?

a)

Mudah dipenuhi

b)

Hidup lebih selesa

c)

Mempunyai batasan

d)

Sama untuk semua individu

11.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

Membantu masyarakat setempat

c)

Meningkatkan pendapatan Negara

d)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

12.

Syer tidak boleh dipindahmilik tanpa persetujuan ahli lembaga pengarah.

Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Perkongsian

b)

Syarikat Awam Berhad

c)

Syarikat Jaminan Berhad

d)

Syarikat Sendirian Berhad

13.

Pernyataan manakah yang menerangkan syarikat awam berhad?

a)

Mengisi borang PNA42

b)

Berdaftar dengan pendaftar Suruhanjaya Koperasi Malaysia

c)

Laporan Kewangan tahunan perlu diumumkan

d)

Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran (Borang D)

14.

Antara berikut yang manakah yang menerangkan ciri-ciri koperasi?

I. Menanggung liabiliti terhad

II. Aktiviti tidak berunsurkan politik

III. Modal perniagaan disumbangkan oleh rakan kongsi

IV. Perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Pernyataan manakah yang merupakan kekurangan penubuhan koperasi?

a)

Kewujudan yang tidak kekal

b)

Kepakaran sukar dikongsikan

c)

Syer tidak boleh dipindah milik

d)

Anggota tidak ada hak dalam membuat keputusan

16.

Apakah kekurangan syarikat awam berhad berbanding syarikat sendirian berhad?

a)

Cukai syarikat yang tinggi

b)

Proses penubuhan agak rumit

c)

Kewujudan syarikat tidak kekal

d)

Liabiliti pemilik saham tidak terhad

17.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.

· Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela

· Melaksanakan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli-ahli

Manakah yang merupakan contoh perniagaan tersebut?

a)

Inovatif Berhad

b)

Pasar Raya Delima

c)

Bank Simpanan Nasional

d)

Koperasi SMK Saujana Impian

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan koperasi?

a)

Setiap pemilik menanggung cukai peribadi sahaja

b)

Syer boleh dipindah milik antara pemilik bersama

c)

Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan

d)

Pemegang saham sahaja layak membaca laporan kewangan

19.

Maksud Koperasi ialah.......

a)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh 2 hingga 5 orang

b)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu

c)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela

d)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh 2 hingga tiada had maksimum

20.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri umum perniagaan francais?

I. Francaisi perlu membuat bayaran dalam bentuk royalti

II. Francaisi mendapat bantuan daripada francaisor

III. Francaisor dan francaisi perlu menjalankan perniagaan bersama-sama

IV. Francaisor mengalami kehilangan hak pemilikan perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Encik Joe berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran dalam bentuk royalti. Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Joe dengan menjalankan perniagaan tersebut?

a)

Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual

b)

Risiko kegagalan dalam perniagaan rendah

c)

Perniagaan boleh dijalankan secara berterusan

d)

Kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor

22.

Syarikat Gigih Berhad membuat perikatan dengan Syarikat Jaya Berhad untuk mengeluarkan barang ICT dalam tempoh lima tahun. Apakah bentuk perniagaan tersebut?

a)

Francais

b)

Syarikat

c)

Koperasi

d)

Usaha Sama

23.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan kelebihan bentuk perniagaan usaha sama?

I. Cara pengurusan yang sama

II. Mudah mendapat bahan mentah

III. Membantu memperluaskan pasaran

IV. Visi dan misi antara dua pihak yang sama

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Organisasi manakah menjalankan perniagaan francais?

a)

Klinik Pergigian Amin dan Menot

b)

Persatuan Badminton Malaysia

c)

Kedai runcit makcik kiah

d)

KFC dan Mcdonald

25.

Francaisor merupakan syarikat _________ yang memiliki hak asal atas _________ produk.

a)

jenama dan barang

b)

induk dan sistem

c)

induk dan jenama

d)

kecil dan imej

26.

Antara yang berikut, yang manakah peranan francaisor?

a)

Menyediakan rumah untuk setiap pekerja

b)

Menyediakan premis kepada francaisi

c)

Memberikan hak kepada francaisi untuk mencipta imej dan jenama sendiri.

d)

Menyediakan khidmat latihan seperti kursus dan bimbingan

27.

Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Dapat menjimatkan kos promosi

b)

Dapat menjamin keuntungan perniagaan

c)

Tidak terikat dengan sebarang perjanjian

d)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global

28.

Tepung, beras dan minyak masak adalah antara barang keperluan asas yang dijual pada harga subsidi


Hal ini bermakna barang tersebut…

a)

dijual pada harga kos

b)

dijual di atas harga kos

c)

dijual di bawah harga kos

d)

diberikan secara percuma

29.

Antara berikut, yang manakah benar tentang Perkongsian Liabiliti Terhad?

a)

Kuasa pemegang syer terhad

b)

Modal pemegang syer terhad

c)

Bilangan pemegang syer terhad

d)

Liabiliti pemegang syer terhad

30.

Antara berikut, pilih persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

a)

Menikmati ekonomi bidangan

b)

Mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran

c)

Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman

d)

Lebih mudah untuk melakukan perubahan dalam strategi perniagaan.