wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan

Total questions: 50

Worksheet time: 48mins

Name
Class
Date
1.

Susun 4 fungsi pengurusan dengan tepat?

a)

Pengorganisasian, Pengawalan, Perancangan, Kepimpinan

b)

Perancangan, Pengorganisasian, Kepimpinan, Pengawalan

c)

Perancangan, Kepimpinan, Pengorganisasian, Pengawalan

d)

Kepimpinan, Perancangan, Pengorganisasian, Pengawalan

2.

Antara berikut yang mana betul tentang pengurusan?

a)

Proses mengatur dan menyelaras tugas dan sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi

b)

Proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi

c)

Proses meneliti persekitaran organisasi bagi membentuk matlamat organisasi

d)

Proses mempengaruhi gelagat pekerja untuk melakukan tugas

3.

Doing things right ialah ......

a)

proaktif

b)

produktif

c)

keberkesanan

d)

efektif

4.

Target- menjual 1000 unit air-cond dalam 1 bulan

Jurujual A: 1 bulan jual 1200 unit

Jurujual B: 3 minggu jual 1000 unit

a)

Jurujual A- efektif, jurujual B- berkesan

b)

Jurujual A- berkesan, jurujual B- efektif

5.

Antara berikut yang manakah peranan pengurus sebagai pembuat keputusan mengikut Teori Mintzberg?

a)

Pengawas

b)

Jurucakap

c)

Penghubung

d)

Perunding

6.

Yang manakah bukan pelopor pendekatan klasikal?

a)

Henry Fayol

b)

Henry L. Gantt

c)

Frederick Taylor

d)

Frank dan Lillian Gilbreth

7.

Yang berikut manakah bukan prinsip pengurusan terbaik yang dikemukakan oleh Henry Fayol?

a)

Ganjaran

b)

Akauntabiliti

c)

Pemusatan

d)

Autoriti

8.

Antara berikut yang manakah prinsip birokrasi Max Weber?

a)

Matlamat utama pengurusan ialah memaksimumkan kekayaan majikan

b)

Perancangan masa adalah penting dalam melaksanakan projek

c)

Kemajuan kerjaya berdasarkan merit

d)

Produktiviti berpunca daripada faktor sosial di tempat kerja

9.

Manakah betul tentang perkaitan peringkat pengurusan dengan kemahiran pengurusan?

a)

Kemahiran teknikal sangat penting kepada pengurus atasan

b)

Kemahiran konseptual sangat penting kepada pengurus pertengahan

c)

Kemahiran pembuatan keputusan penting kepada pengurus bawahan

d)

Kemahiran interpersonal sangat penting kepada pengurus pertengahan

10.

Yang manakah padanan ada betul?

a)

Rancangan taktikal - rancangan jangka sedeherna

b)

Rancangan operasi - rancangan pendek

c)

Rancangan strategik - pengurusan pertengahan

d)

Rancangan tetap- belanjawan tahunan

11.

Senaraikan 2 langkah terakhir proses perancangan.

a)

Menganalisis persekitaran, menilai alternatif

b)

membentuk alternatif tindakan, memilih alternatif tindakan

c)

membentuk alternatif tindakan, menilai alternatif

d)

menilai alternatif, memilih alternatif tindakan

12.

Yummy Biskut bercadang untuk memperkenalkan satu lagi keluarannya di pasaran iaitu biskut bijian. Kos-kos yang dijangkakan terlibat untuk menghasilkan 5 000 paket biskut bijian adalah seperti berikut:

Jumlah kos= RM45 000

Kos tetap= RM20 000

Jumlah jualan= RM65 000

Berapakah harga sepaket biskut Yummy?

a)

RM13

b)

RM9

c)

RM8

d)

RM4

13.

Yummy Biskut bercadang untuk memperkenalkan satu lagi keluarannya di pasaran iaitu biskut bijian. Kos-kos yang dijangkakan terlibat untuk menghasilkan 5 000 paket biskut bijian adalah seperti berikut:

Jumlah kos= RM45 000

Kos tetap= RM20 000

Jumlah jualan= RM65 000

Berapakah kos berubah sepaket biskut Yummy?

a)

RM9

b)

RM13

c)

RM8

d)

RM5

14.

Yummy Biskut bercadang untuk memperkenalkan satu lagi keluarannya di pasaran iaitu biskut bijian. Kos-kos yang dijangkakan terlibat untuk menghasilkan 5 000 paket biskut bijian adalah seperti berikut:

Jumlah kos= RM45 000

Kos tetap= RM20 000

Jumlah jualan= RM65 000

Berapakah TPM?

a)

4000 paket

b)

2500 paket

c)

1538 paket

d)

3000 paket

15.

Berdasarkan maklumat soalan 14, kirakan keuntungan atau kerugian sekiranya menghasilkan 2 000 paket biskut?

a)

Rugi RM4000

b)

Untung RM4000

c)

Rugi RM2000

d)

Untung RM2000

16.

Hitungkan anggaran masa untuk menyiapkan projek.

a)

12

b)

13

c)

14

d)

15

17.

Berdasarkan soalan 16, tentukan laluan kritikal.

a)

A-C-F-H

b)

A-C-E-G-H

c)

A-D0-D-G-H

d)

B-D-G-H

18.

Antara berikut yang manakah bukan maklumat yang boleh diperoleh daripada carta organisasi?

a)

Tanggungjawab

b)

Rantaian arahan

c)

Jangkauan kawalan

d)

Pembahagian tugas

19.

Antara berikut yang manakah bukan kelebihan penjabatanan mengikut fungsi?

a)

Pengkhususan kerja dapat dijalankan

b)

Masalah dapat diselesaikan dengan lebih cekap

c)

Kemahiran dapat dikongsi antara pengurus dengan penyelia

d)

Kerja lebih berfokus mengikut produk, pelanggan dan kawasan

20.

Yang manakah ialah kelemahan penjabatanan mengikut matriks?

a)

Risiko perebutan sumber organisasi oleh divisyen yang berbeza

b)

Pekerja mudah keliru dengan arahan dua ketua

c)

Perkembangan dan pengetahuan pekerja lebih terhad

d)

Komunikasi antara jabatan lain menjadi lebih terhad

21.

Senaraikan langkah ketiga dan keempat dalam proses pengorganisasian.

a)

Pengelasan aktiviti, pengelompokan aktiviti

b)

Pengelompokan aktiviti, pengagihan tugas autoriti dan tanggungjawab

c)

Pengenalpastian aktiviti, pengelasan aktiviti

d)

Pengelasan aktiviti, pengagihan tugas autoriti dan tanggungjawab

22.

Yang manakah bukan maklumat dalam fail meja?

a)

Carta organisasi

b)

Pematuhan standard

c)

Senarai tugas pekerja

d)

Objektif jabatan

23.

Dalam carta organisasi, rantaian arahan dapat ditunjukkan melalui...

a)

Garis menegak

b)

Garis melintang

c)

Garis lurus

d)

Garis putus-putus

24.

Yang manakah tidak betul menerangkan pemencaran autoriti?

a)

Dapat mengurangkan beban tugas pengurus atasan

b)

Pekerja bawahan boleh memberi pendapat tetapi keputusan dibuat oleh pengurus atasan

c)

Autoriti diturunkan dalam lingkungan had tertentu

d)

Autoriti ditumpukan hanya kepada pengurusan atasan

25.

Manakah padanan yang betul?

a)

Kuasa ganjaran- pengurus memberi hukuman kepada pekerja yang ponteng kerja

b)

Kuasa sah- pengurus kewangan menurunkan arahan kepada penyelia pemasaran

c)

Kuasa rujukan- pengurus sumber manusia mengadakan bengkel ICT kepada pekerja bawahannya

d)

Kuasa desakan- pengurus memberi surat amaran kepada pekerja yang lambat datang kerja

26.

Yang manakah betul tentang kepimpinan transactional?

a)

Pengurus merekabentuk semula prosedur memohon cuti

b)

Pengurus berpegang teguh terhadap peraturan dan prosedur organisasi

c)

Pengurus mahir berkomunikasi dengan pekerja

d)

Pengurus dapat menjangka masa depan organisasi

27.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri gaya kepimpinan laissez-faire?

a)

Pemimpin tegas dan patuh kepada peraturan dan kurang memberi kebebasan kepada pekerja

b)

Pemimpin bersama pekerja menjana idea

c)

Pemimpin memberi tugas kepada pekerja mengikut jenis kemahiran pekerja

d)

Sesuai dengan pekerja yang berkemahiran tinggi

28.

Manakah menerangkan pemimpin dengan betul?

a)

Pihak yang menggunakan autoriti dan kuasa rasmi untuk mengarah

b)

Pihak yang menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pekerjaan

c)

Pihak yang melaksanakan pengorganisasian dan penstafan untuk mencapai matlamat organisasi

d)

Pihak yang menyelesaikan konflik antara pekerja

29.

Manakah berikut tidak betul berkaitan pemimpin tidak formal?

a)

Pemimpin yang dilantik menggunakan kaedah yang ditetapkan oleh organisasi

b)

Pemimpin yang mempunyai jawatan dalam hierarki organisasi

c)

Pemimpin memperoleh kuasa berdasarkan persetujuan ahli

d)

Pemimpin mempunyai sikap akauntabiliti terhadap pencapaian matlamat organisasi

30.

Susun peringkat dalam Hierarki Keperluan Maslow dengan betul.

a)

Fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan, sempurna kendiri

b)

Fisiologi, kasih sayang, keselamatan, penghargaan, sempurna kendiri

c)

Sempurna kendiri, penghargaaan, kasih sayang, keselamatan, fisiologi

d)

Fisiologi, keselamatan, penghargaan, kasih sayang, sempurna kendiri

31.

Manakah betul berkaitan dengan faktor penjagaan (hygiene)?

a)

Faktor instrinsik yang mendorong pekerja

b)

Daya pengeluaran akan meningkat jika faktor penjagaan tercapai

c)

Pencapaian yang tinggi akan meningkatkan motivasi pekerja

d)

Upah dan gaji boleh memberi kepuasan kepada pekerja

32.

Manakah padanan yang betul?

a)

Pekerja Teori X- Gaya kepimpinan laizzer-faire

b)

Pekerja berkemahiran tinggi- Gaya kepimpinan autokratik

c)

Pekerja Y- Gaya kepimpinan demokratik

d)

Pekerja Y- Gaya kepimpinan autokratik

33.

Manakah betul tentang Teori Motivasi McClelland (Teori Keperluan)?

a)

Seseorang individu inginkan pencapaian untuk membuktikannya berjaya

b)

Seseorang individu boleh bekerja seorang tanpa dibantu

c)

Individu yang berjaya dapat melaksanakan tugas yang penuh cabaran

d)

Tujuan utama seseorang individu bekerja adalah mendapatkan gaji

34.

Antara berikut manakah bukan kepentingan pasukan?

a)

Pekerja lambat menyiapkan tugas kerana sering berlaku konflik dalam pasukan

b)

Kemahiran pekerja yang pelbagai dapat dikongsi

c)

Pasukan dapat meringankan beban tugas pengurus

d)

Pasukan dapat mengubah gelagat pekerja

35.

Antara berikut manakah bukan perkara yang perlu diberi keutamaan semasa membina pasukan yang berkesan?

a)

Peranan

b)

Norma kumpulan

c)

Kemahiran ahli

d)

Memotivasikan pekerja

36.

Susun langkah pembentukan pasukan dengan betul.

a)

Pembentukan, peributan, penyesuaian, perlaksanaan, penangguhan

b)

Pembentukan, peributan, penyesuaian, pelaksanaan, pembubaran

c)

Pembentukan, perdebatan, penyesuaian, pelaksanaan, penangguhan

d)

Pembentukan, peributan, penyesuaian, pelaksanaan, penangguhan

37.

Yang manakah menerangkan peringkat peributan dalam proses pembentukan pasukan?

a)

semangat bekerjasama dalam kalangan ahli

b)

ahli berasa sedih kerana kerana mereka akan berpisah

c)

ahli mencapai kata sepakat dalam pengagihan tugas

d)

ahli lantang menyuarakan pendapat

38.

Manakah punca stres yang berpunca daripada organisasi?

a)

gangguan seksual

b)

gaya pengurusan

c)

perubahan teknologi

d)

konflik peranan

39.

Manakah berikut benar tentang punca stres yang berkaitan dengan pekerjaan?

a)

tekanan yang terlalu sedikit akan menyebabkan stres

b)

pekerja dapat menjalankan tugas dengan baik di bawah dua orang ketua yang berlainan

c)

pekerja Teori X sesuai diberi kerja yang rumit

d)

penyelia pemasaran boleh diberi tugas pengeluaran

40.

Yang manakah berikut tidak benar tentang kesan stres?

a)

seseorang pekerja yang mengalami stres berterusan akan menghidap sakit jantung

b)

motivas pekerja akan meningkat apabila mereka diberi kerja yang bersesuaian dengan keupayaan mereka

c)

pekerja harus diberi tekanan yang maksimum agar prestasi kerja mereka juga maksimum

d)

pekerja cenderung mengambil cuti sakit untuk mengelak dari mengambil tanggungjawab

41.

Pilih penerangan yang betul tentang kaedah mengurus stres.

a)

pekerja baharu perlu berusaha sendiri untuk melakukan kerja dengan baik

b)

pekerja perlu diberi tugas di luar bidang untuk melatih pekerja menangani cabaran

c)

sistem pengurusan yang sangat rigid akan meningkatkan prestasi pekerja

d)

pekerja perlu diberi kebebasan untuk memilih masa bekerja agar dapat membantu meringankan beban kerja

42.

Antara berikut manakah bukan penerangan kepada pengawalan?

a)

menempatkan pekerja berdasarkan kemahiran

b)

menilai prestasi pekerja untuk diberi ganjaran

c)

tindakan pembetulan boleh diambil dengan segera

d)

mengukur kemajuan pelaksanaan sesuatu rancangan

43.

Mengapakah pengawalan penting dalam organisasi?

a)

membolehkan pengurus mengagihkan tugas

b)

pengurus boleh mengenal pasti ciri-ciri pekerja

c)

dapat mewujudkan budaya kerja yang sihat

d)

mengelak penyelewangan berlaku

44.

Antara berikut manakah tidak benar tentang pengawalan dilaksanakan dalam organisasi?

a)

syarikat mengupah akauntan bertauliah dari luar untuk mengaudit akaun syarikat

b)

syarikat yang melanggar undang-undang alam sekitar akan didenda

c)

pekerja boleh menjalankan tugas mengikut cara masing-masing

d)

pekerja yang ponteng kerja akan diberi amaran secara lisan

45.

Susunkan proses pengawalan.

a)

penetapan standard, pengukur pencapaian, perbandingan pencapaian standard, pembuatan langkah pembetulan

b)

menetapkan standard, mengukur pencapaian, membandingkan pencapaian standard, membuat langkah pembetulan

c)

menentukan stadard, mengukur prestasi, membandingkan pencapaian standard, membuat langkah pembetulan

d)

menetapkan standard, mengukur pencapaian, membandingkan pencapaian standard, membuat langkah penambahbaikan

46.

Bagaimanakah kaedah kawalan dilakukan dalam organisasi?

a)

stok bahan mentah mestilah disimpan dalam tahap yang maksimum

b)

pekerja tidak perlu diberi latihan untuk mengurangkan kos

c)

makanan tin sesuai diperiksa menggunakan kaedah pemeriksaan menyeluruh

d)

setiap jabatan mempunyai manual prosedur kerja untuk menyeragamkan kerja

47.

Bagaimanakah analisis pulang modal digunakan sebagai alat kawalan?

a)

pengurus dapat memantau kemajuan sesuatu porjek

b)

menentukan harga jualan seunit barang

c)

mengambil langkah untuk mengatasi kurangan tunai

d)

mengurangkan kos pengeluaran

48.

Labelkan X, Y dan Z dalam graf analisis pulang modal.

a)

X- DD>SS, Y- DD<SS dan Z- keseimbangan pasaran

b)

X- untung, Y- rugi dan Z- pulang modal

c)

X- rugi, Y- untung dan Z- pulang modal

49.

Manakah berikut benar tentang belanjawan tunai?

a)

penerimaan melebihi pembayaran ialah defisit

b)

belanjawan tunai dapat meramal perbelanjaan hasil syarikat

c)

memastikan sumber-sumber organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan

d)

mengesan kesilapan dalam aktiviti perniagaan

50.

Yang manakah tidak benar tentang critical path method (CPM)?

a)

Laluan genting merujuk kepada laluan yang terpanjang

b)

CPM sesuai digunakan dalam projek pembinaan dan pembangunan produk

c)

memastikan aktiviti kritikal tidak menjejaskan aktiviti lain

d)

mengawal aktiviti luar jangkaan jika terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan

e)

semua di atas betul