wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.2 Siri Kereaktifan Logam

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Logam bertindak balas dengan .... dalam udara untuk membentuk ....

a)

oksigen, logam oksigen

b)

karbon dioksida, oksida logam

c)

oksida, oksida logam

d)

oksigen, oksida logam

2.

Berikut merupakan unsur-unsur logam yang boleh bertindak balas dengan oksigen:

  • Zink, Plumbum, Ferum, Aluminium

Susun unsur-unsur tersebut mengikut kereaktifan dalam susunan menurun.

a)

Ferum, Zink, Aluminium, Plumbum

b)

Zink, Aluminium, Plumbum, Ferum

c)

Aluminium, Plumbum, Ferum, Zink

d)

Aluminium, Zink, Ferum, Plumbum

3.

Apakah fungsi hablur kalium manganat (VII) di dalam eksperimen tersebut?

a)

Menghalang oksigen daripada terbebas ke persekitaran.

b)

Sebagai mangkin

c)

Membekalkan oksigen ke persekitaran dalam tabung uji.

d)

Tiada jawapan.

4.

Mengapakah logam seperti emas dan perak tidak bertindak balas dengan oksigen?

a)

Kerana emas dan perak terlalu reaktif.

b)

Kerana emas dan perak merupakan logam yang bernilai sangat tinggi.

c)

Kerana emas dan perak merupakan logam yang tidak reaktif.

d)

Kerana emas dan perak tidak serasi dengan oksigen.

5.

Logam yang paling reaktif dalam siri kereaktifan logam ialah (a)   (kalsium/kalium).


Pilih salah satu jawapan dalam kurungan di atas.

6.

Nyalaan yang marak menunjukkan logam yg mempunyai tindak balas yang ____________________.

a)

sangat reaktif

b)

kurang reaktif

7.

Pilih pemerhatian yang tepat bagi logam zink dalam eksperimen untuk menentukan siri kereaktifan logam.

a)

Terbakar dengan sangat cerah dan sangat cergas.

b)

Terbakar dengan cerah dan cergas.

c)

Berbara dengan cerah dan kurang cergas.

d)

Berbara dengan malap dan perlahan.

8.

Apakah yang digunakan untuk mengasingkan kalium manganat (VII) bercampur dengan serbuk logam untuk mengelakkan letupan berlaku?

a)

kertas asbestos

b)

kapas kaca

c)

kapas biasa

9.

Apakah yang akan dihasilkan daripada tindak balas logam dengan oksigen?

a)

logam sulfida

b)

logam karbonat

c)

logam oksida

10.

Logam yang paling kurang reaktif ialah

a)

Magnesium

b)

Aluminium

c)

Zink

d)

Ferum

e)

Plumbum

11.

Mengapakah karbon termasuk dalam siri kereaktifan logam?

a)

Karbon bertindak balas dengan logam dan oksigen untuk menghasilkan logam oksida

b)

Karbon adalah unsur logam yang bertindak balas dengan oksigen berlebihan untuk membentuk karbon dioksida

c)

Karbon adalah unsur bukan logam yang bertindak balas dengan oksigen berlebihan untuk membentuk karbon dioksida

d)

karbon adalah unsur bukan logam yang tidak bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk karbon dioksida

12.

What is the product of heating zinc oxide with carbon?

Apakah produk yang diperoleh apabila zink oksida dipanaskan dengan karbon?

a)

Zinc and carbon dioxide

Zink dan karbon dioksida

b)

Zinc dioxide and carbon

Zink dioksida and karbon

c)

Zinc and carbon monoxide

Zink dan karbon monoksida

d)

No reaction

Tiada tindak balas

13.

Where is the position of carbon in the reactivity series of metal?

Di manakah kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam?

a)

Between Aluminium and Zinc

Di antara Aluminium dan Zink

b)

Between Magnesium and Aluminium

Di antara Magnesium dan Aluminium

c)

Between Zinc and Ferum

Di antara Zink dan Besi

d)

Between Ferum and Tin

Di antara Besi dan TImah

14.

Diagram above shows part of the reactivity series of metals.At which position will carbon located?

Rajah diatas menunjukkan sebahagian sifat kereaktifan logam.

Kedudukan manakah karbon terletak?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

15.

Magnesium + Oksigen --> (a)  

16.

Jika karbon boleh menyingkirkan oksigen daripada suatu oksida logam, ini bermakna karbon adalah (a)   daripada logam tersebut.

17.

Zink oksida + Karbon = __________ + ___________

(a)  

18.

Hidrogen terletak di antara .... dan .... di dalam siri kereaktifan logam.

a)

karbon

b)

zink

c)

aluminium

d)

ferum

19.

Siri kereaktifan logam diaplikasikan dalam (peleburan/pengekstrakan) logam daripada

bijihnya.


Pilih salah satu jawapan dalam kurungan di atas.

(a)  

20.

Where is the position of hydrogen in the reactivity series of metal?

Di manakah kedudukan hidrogen dalam siri kereaktifan logam?

a)

Between Zinc and Ferum

Di antara Zink dan Besi

b)

Between Aluminium and Zinc

Di antara Aluminium dan Zink

c)

Between Ferum and Tin

Di antara Besi dan Timah

d)

Between Tin and Lead

Di antara Timah dan Plumbum

21.

Campuran hidrogen dan zink oksida yang dipanaskan bersama menyebabkan zink oksida tidak berbara. Mengapa?

4 lines
22.

Nyatakan inferens yang berlaku apabila kuprum oksida dipanaskan bersama gas hidrogen kering.

a)

Membara kerana hidrogen kurang reaktif daripada kuprum

b)

Tidak membara kerana hidrogen lebih reaktif daripada kuprum

c)

Tidak membara kerana hidrogen kurang reaktif daripada kuprum

d)

Membara kerana hidrogen lebih reaktif daripada kuprum

23.

baraan atau perubahan warna pada logam menunjukkan tindak balas yang

a)

sgt reaktif

b)

kurang reaktif

24.

Karbon + zink oksida → Zink + karbon dioksida


Tindak balas menunjukkan bahawa, ___________

a)

Karbon lebih reaktif daripada zink

b)

Zink lebih reaktif daripada karbon

c)

Karbon lebih reaktif daripada oksigen

d)

Zink lebih reaktif daripada oksigen

25.

Semakin .... kedudukan logam dalam siri kereaktifan logam, semakin .... untuk hidrogen menyingkirkan oksigen.

a)

tinggi, mudah

b)

rendah, sukar

c)

rendah, mudah