wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEERS Gender PJPK Tingkatan 3

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Proses sosialisasi melibatkan

a)

pembentukan peranan gender melalui proses pemerhatian dan peniruan iaitu apa -apa yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.

b)

pembentukan diskriminasi gender yang melalui proses pemerhatian dan peniruan.

c)

pembentukan identiti gender yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.

d)

pembentukan lelaki atau perempuan melalui proses pemerhatian dan peniruan iaitu apa -apa yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.

2.

Yang manakah antara berikut, tidak mempengaruhi proses sosialisasi?

a)

Ibu bapa

b)

Idola / Role Model

c)

Rakan

d)

Iklim

3.

Rakan sebaya dapat mengukuhkan pemilihan gender.


Jika kita memilih rakan yang rajin membaca buku, kemungkinan kita juga akan jadi rajin membaca buku.

a)

Ya

b)

Tidak

4.

Pandangan yang ditetapkan oleh masyarakat secara umum tentang ciri - ciri seseorang seperti jantina, ras atau budaya.


Istilah yang tepat bagi huraian di atas ialah ...

a)

Diskriminasi gender

b)

Peranan gender

c)

Tingkah laku gender

d)

Stereotaip gender

5.

Yang manakah bukan merujuk kepada stereotaip gender?

a)

Bola sepak hanya diminati lelaki

b)

Warna merah jambu hanya untuk perempuan

c)

Semua rakyat Malaysia suka makan nasi lemak

d)

Menyapu lantai di kelas adalah tugas murid perempuan

6.

Diskriminasi gender merujuk kepada

a)

perhatian yang diberikan terhadap semua gender.

b)

layanan yang tidak adil terhadap sesuatu gender tertentu.

c)

layanan yang adil dan saksama terhadap sesuatu gender tertentu.

d)

pemerhatian yang adil dan saksama terhadap sesuatu gender tertentu.

7.

Antara berikut, yang manakah bukan merujuk kepada diskriminasi gender?

a)

Perempuan tidak boleh menjadi bos/ pemimpin.

b)

Kaum wanita berada di rumah sahaja menguruskan keluarga.

c)

Lelaki diejek/ ditertawa sekiranya melakukan kerja di rumah.

d)

Terdapat jawatan pegawai atasan yang disandang oleh kaum wanita.

8.

Sebagai rakyat MAlaysia, adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?

a)

Setuju

b)

Tidak setuju

9.

Apakah yang perlu dibuat untuk mengelakkan diskriminasi gender?

a)

Menghormati pendapat orang lain yang berbeza jantina.

b)

Tidak mementingkan diri sendiri.

c)

Hanya mendengar keputusan lelaki sahaja kerana mereka kaum yang kuat.

d)

Memberi peluang sama rata kepada semua selagi tidak melangkaui adat, budaya dan agama di negara kita.

10.

Kerjaya sebagai juruterbang dan mekanik, adakah terhad kepada lelaki sahaja?

a)

ya

b)

tidak

11.

Ali sangat suka memasak. Beliau ingin menyertai Pertandingan Memasak yang dianjurkan oleh Syarikat Meejee. Kakak Ali mentertawakan Ali dan mengatakan bahawa orang lelaki tiada tempat di dapur.

Adakah kenyataan kakak Ali releven di masa kini?

a)

ya

b)

tidak

12.

Apakah langkah dalam mencapai kesaksamaan gender?

a)

golongan OKU tidak dibenarkan bekerja

b)

meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang kesaksamaan gender

13.

Apakah langkah dalam mencapai kesaksamaan gender?

a)

memberi peluang pekerjaan yang sesuai kepada golongan OKU

b)

wanita hamil tidak dibenarkan bekerja

14.

Wanita tidak layak jadi ketua

a)

Stereotaip Gender

b)

Diskriminasi Gender

15.

Lelaki lasak tetapi perempuan lemah lembut.

a)

Stereotaip Gender

b)

Diskriminasi Gender

16.

Mencari nafkah ialah tanggungjawab bapa.

a)

Stereotaip Gender

b)

Diskriminasi Gender

17.

Bola sepak hanya untuk lelaki.

a)

Stereotaip Gender

b)

Diskriminasi Gender

18.

Lelaki tidak boleh memasak.

a)

Stereotaip Gender

b)

Diskriminasi Gender