WorksheetsKUIZ BAB 4 SAINS TINGKATAN 5
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
Tindakbalas antara zink dengan asid hidroklorik diwakili oleh persamaan kimia berikut
Zn + 2HCl → ZnCl2 + H2
Antara kaedah berikut yang manakah paling sesuai untuk menentukan kadar bagi tindak balas di atas
Menentukan perubahan suhu larutan berkadar dengan masa
Menentukan perubahan kepekatan zink berkadar dengan masa
Menentukan isipadu gas hidrogen yang dihasilkan berkadar dengan masa.
Menentukan perubahan kepekatan asid hidroklorik berkadar dengan masa,
Graf menunjukkan isipadu gas hydrogen yang dibebaskan melawan masa bagi tindakbalas antara zink dan asid sulfurik..
Kecerunan graf berkurang dengan masa kerana
mangkin tidak digunakan
isipadu campuran berkurang
suhu tindak balas berkurang
kepekatan asid sulfurik berkurang
Faktor manakah yang tidak mempengaruhi kadar tindak balas?
Isipadu bahan tindak balas
Kepekatan bahan tindak balas
Suhu bahan tindak balas
Saiz pepejal bahan tindak balas
Masa yang diambil untuk 2 g serbuk magnesium bertindak balas lengkap dengan asid hidroklorik berlebihan ialah 5 minit.
Berapakah kadar purata bagi tindak balas ini?
0.4 g s-1
0.4 g min-1
2.5 g s-1
2.5 g min-1
Jadual 6 menunjukkan isipadu gas yang terbebas pada sela masa 30 saat dalam satu eksperimen untuk menentukan kadar tindak balas.
Apakah kadar tindak balas purata dalam minit kedua?
tips! (Jumlah isipadu gas terkumpul dari 60 s hingga 120 s (22 - 15) dibahagi dengan masa tindak balas (120 s - 60 s)
0.06 cm3s-1
0.12 cm3s-1
0.37 cm3s-1
7.00 cm3s-1
Magnesium bertindak balas dengan asid hidroklorik berdasarkan persamaan di bawah:
Mg (s) + 2HCl (aq) ----> MgCl2 (aq) + H2 (g)
Manakah antara graf isipadu(V) gas hydrogen melawan masa(t) berikut adalah betul?
Yang manakah merupakan tindak balas cepat?
Pengaratan besi
Fotosintesis
Menggoreng telur
Pereputan daun
Amin sedang memerhatikan tindak balas antara kalsium karbonat dan asid sulfurik. Bagaimanakah kadar penghasilan karbon dioksida boleh ditingkatkan?
Meningkatkan suhu asid sulfurik
Mengurangkan kepekatan asid sulfurik
Meningkatkan saiz kalsium karbonat
menambah air ke dalam asid sulfurik
Anatara berikut yang manakah tidak mempengaruhi kadar tindak balas dalam proses Haber
Suhu bahan tidak balas
Kepekatan bahan tindak balas
Kehadiran mangkin
Tekanan
Kadar tindak balas ditakrifkan sebagai
perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas per unit masa
perubahan kuantiti bahan tindak balas atau hasil tindak balas
Jumlah hasil tindak balas
Masa yang diambil untuk tindak balas berlaku
Penghasilan asid Sulfurik dilakukan melalui
Proses Haber
Proses Sentuh
Proses elektrolisis
Proses penyulingan berperingkat
Kehadiran mangkin akan.......................... kadar tindak balas
meningkatkan
merendahkan
merosakkan
memberhentikan
