WorksheetsPerumpamaan Bahasa Melayu
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Kehidupan Maria yang ___________________ itu menyebakan dia selalu ponteng sekolah kerana menjaga adik di rumah.
seperti gunting makan di hujung
seperti embun di hujung rumput
seperti rusa masuk kampung
seperti rumput di tepi jalan
Anak-anak gadis Datuk Ali ________________kerana beliau terlalu mengongkong mereka.
umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung
umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang
umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
umpama hendak menepung tidak berberas
Suri sudah lali mendengar leteran dan kemarahannya ibunya kerana dia _______________
seperti rusa masuk kampung
seperti katak dicucuk hidung
seperti langit dengan bumi
seperti telinga kuali
Hani _____________________, apabila mendengar setiap perbualan kami sedangkan pada masa itu dia sedang membaca buku.
seperti mentimun dengan durian
seperti pungguk rindukan bulan
seperti lintah menghisap darah
seperti telinga lintah
Wajah Seri Merah ________________, apabila disindir oleh Suri di hadapan Cikgu Mery.
seperti ikan mendukung biawak hidup
seperti kera mendapat bunga
seperti udang direbus
seperti telinga lintah
Judy dianggap seperti ________________, kerana sudah lama tidak menziarahi ibu bapanya setelah menjawat tinggi.
seperti mentimun dengan durian
seperti ulat lupa akan daun
seperti langit dengan bumi
seperti gergaji dua mata
Walaupun Usman berusaha mengubah sikap Usin, anak angkatnya, namun Usin __________________, yang mengikut perangai bapa kandungnya.
umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
umpama hendak menepung tidak berbatas
Hidup Zakiah _________________kerana selalu mengikut suaminya berpindah kerana tugas.
umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
seperti burung gagak pulang ke benua
bagai mencurah air ke daun keladi
laksana kunyit dengan kapur
Walaupun Halim tidak didenda kerana mencuri, namun dia berasa malu pada rakan sekelas __________________
umpama ayam terlepas tangan bau tahi
seperti gunting makan di hujung
seperti lintah menghisap darah
seperti rusa masuk kampung
Sejak dahulu lagi kehidupan kami sekeluarga tidak pernah senang ___________, namun kami tidak pernah menyesal dan berputus asa.
umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
umpama hendak menepung tidak berberas
Bapa Roza kaya dan mampu memberi apa sahaja kemahuan anaknya, seperti peribahasa ___________________.
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
ada padi, semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
berani kerana benar, takut kerana salah
berdikit-dikit lama-lama jadi bukit
Nasib pekerja di syarikat itu ______________________ apabila syarikat mengalami kerugian yang banyak tahun ini.
seperti sayur dengan rumput
seperti abu di atas tunggul
seperti ular kena palu
seperti timba buruk
Tiada guna menyesali kesilapan yang telah berlaku, sebaliknya belajar supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
umpama nasi sudah menjadi bubur
bagai bertepuk sebelah tangan
laksana wau melawan angin
malu bertanya sesat jalan
Walaupun tidak memahami perbualan meraka, Mail tetap mahu menyampuk. Sikapnya itu ________________________
seperti tikus jatuh di beras
seperti rusa kena tambat
seperti tempayan bocor
bagai buntal kembung
Persatuan wanita di kampung itu __________________apabila ketua wanita itu meninggal dunia.
seperti anak ayam kehilangan ibu
seperti anai-anai makan kayu
seperti gergaji dua mata
bagai air dalam kolam
Walaupun Khairil dan Khairul adik-beradik kembar, tetapi mereka selalu bergaduh.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
seperti cincin dengan permata
seperti bulan dipagar bintang
seperti anjing dengan kucing
seperti aur ditarik songsang
Semenjak mendapat wang RM 1 juta, Karim banyak bercakap tidak ubah _____________________
seperti lintah menghisap darah
bagai bunyi siamang kenyang
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti kera mendapat bunga
Hati Mila __________________apabila mendengar kata-kata makian dari kakaknya.
bagai dihiris dengan sembilu
seperti bulan kesiangan hari
seperti cacing kepanasan
seperti lipas kudung
Pembesar negara itu sering menghabiskan masanya melawat rakyat jelata. Beliau amat prihatin dengan masalah rakyat.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
umpama tidak tahu menari dikatakan langit tinggi rendah
umpama ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
umpama seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
umpama tiada sakit makan ubat
Pelawaan Kamisah supaya kami bermalam di rumahnya semasa berkunjung ke Sabah tidak disia-siakan begitu sahaja.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai orang mengantuk disorong bantal
bagai menahan jerat di pergentingan
umpama nasi sudah menjadi bubur
seperti pelanduk dua serupa
Encik Leman ___________________apabila dapat memperisterikan wanita yang sangat jelita.
bagai gagak menggongong telur
bagai kelip-kelip terbang malam
bagai kacang melupakan kulit
bagai kacang direbus
Peragut yang baru sahaja meragut beg tangan seorang wanita telah dilanggar oleh sebuah kereta dan mati di tempat kejadian.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
bagaimana rupa begitulah bayangnya
ayam terlepas tangan bau tahi
air digenggam tiada tiris
Penduduk Taman Cahaya itu masih mengamalkan semangat gotong-royong dan bermuafakat untuk menyelesaikan sebarang pekerjaan.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
sebab nila setitik rosak susu sebelanga
seperti anak ayam kehilangan ibu
seperti anjing berebut tulang
Pemuda-pemuda di kampung itu takut untuk menganggu Rina kerana sikapnya yang sangat bengis ___________________
bagai bunyi siamang kenyang
bagai harimau beranak muda
bagai bulan dipagari bintang
bagai buntal kembung
Ketika kecil, keluarga Shane dibantu oleh Puan Shanty kerana kesempitan hidup, namun beliau dikhianati pula apabila Shane semakin dewasa dan boleh mencari wang sendiri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
mati semut kerana gula
susu dibalas tuba
hidup dua muara
talam dua muka
Rahim kecewa dengan sikap kakaknya yang selalu bercerita tentang masalah yang dihadapi mereka sekeluarga kepada rakan-rakannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
menahan jerat di pergentingan
malu bertanya sesat jalan
mati semut kerana angin
Malik ______________________apabila dia memenangi pertandingan teka silang kata di dalam akhbar itu.
bagai dihiris dengan sembilu
bagai bunyi cempedak jatuh
bagai ayam kena tungau
bagai kacang direbus
Lisa menjerit ____________________kerana terkejut melihat adiknya yang memakai topeng hantu.
bagai bunyi cempedak jatuh
bagai ayam kena tungau
bagai kambing dijunjung
bagai kacang direndang
Kakak mengemaskan rumah sambil tidak henti-henti membebel _________________kepada adik yang tidak mahu membantunya.
bagai menghitung bulu kambing
bagai harimau beranak muda
bagai bunyi cempedak jatuh
bagai keli kena ketuk
Kata-kata wanita itu memang manis kerana dia cuba menyembunyikan niat jahatnya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
buang yang keruh ambil yang jernih
biar putih tulang jangan putih mata
bertanam tebu di bibir mulut
diberi betis hendak paha
Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai melepaskan batuk di tangga
bagai kucing kehilangan anak
bagai kumbang putus tali
Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai panas mengandung hujan
bagai pelita kehabisan minyak
bagai sirih pulang ke gagang
bagai pahat dengan penukul
Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia tiada lesen memandu. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai si kudung mendapat cincin
bagai panas mengandung hujan
bagai menumbuk padi hampa
bagai murai tercabut ekor
Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai membilang bulu kambing
bagai telur di hujung tanduk
bagai tikus membaiki labu
bagai wau putus tali
Murid – murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah mereka.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
seperti anak ayam kehilangan ibu
seperti anai-anai makan kayu
seperti anjing dengan kucing
seperti api di dalam sekam
Mona tidak berhenti-henti bercerita mengenai percutiannya ke Jakarta.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
seperti anjing berebut tulang
seperti batu jatuh ke lubuk
seperti ayam berak kapur
Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
seperti cincin dengan permata
seperti ikan di dlaam belat
seperti cicak berak kapur
seperti duduk dalam duri
Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang sedar kerana dia begitu merendah diri. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
seperti harimau menyembunyikan kukunya
seperti kaca terhempas ke batu
seperti bunyi gong pecah
seperti gergaji dua mata
Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan kawannya itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
seperti lintah menghisap darah
seperti melukut di tepi gantang
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti langit dengan bumi
Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang. Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
bagai menatang minyak yang penuh
bagai mentimun dengan durian
bagai melukut di tepi gantang
bagai langau di ekor gajah
