WorksheetsSejarah Tahun 4 (Unit 3)
Total questions: 27
Worksheet time: 9mins
Apakah maksud sekolah ?
Tempat bermain.
Tempat tinggalan sejarah.
Tempat meminjam buku.
Tempat belajar dan menimba ilmu.
Apakah maksud cogan kata?
Wawasan atau pandangan jauh.
Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan.
Ungkapan panjang.
Sifat atau ciri-ciri seseorang.
Gambar di atas merupakan gambar ...
bendera sekolah.
lencana sekolah.
sekolah.
papan tanda sekolah.
Siapakah ketua di sesebuah sekolah ?
Guru Besar.
Penolong Kanan Pentadbiran.
Penolong kanan HEM.
Ketua Kelas.
Berikut merupakan perkara yang ada pada alamat lengkap, kecuali...
nombor rumah.
poskod
nama jalan.
nombor telefon.
Di sekolah, kita berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti berikut KECUALI
kejohanan olahraga.
pertandingan bercerita.
nyanyian.
lumba haram.
Antara identiti sekolah ialah ...
nama guru besar.
nama sekolah.
nama Yang di-Pertua PIBG.
nama ketua pengawas sekolah.
Nama sekolah biasanya diambil sempena nama tempat, jalan atau ... yang terkenal.
artis
pelakon
tokoh
bangunan
Berikut merupakan maklumat yang terdapat dalam alamat sekolah KECUALI ...
nombor telefon sekolah.
poskod.
nama jalan.
nama negeri.
Apakah tujuan alamat sekolah diwujudkan?
Memudahkan jurujual untuk datang.
Membolehkan orang awam menghantar kad raya.
Memudahkan orang yang mencari sekolah.
Untuk dijadikan lokasi orang awam berkumpul.
Aplikasi apakah yang sesuai digunakan untuk melihat pelan lokasi sekolah?
Google Classroom.
Google Drive.
Google Maps.
Google Play Store.
Mercu tanda merupakan sesuatu objek yang mudah dikenal pasti seperti bangunan, pokok atau binaan. Apakah tujuan mercu tanda?
Sebagai perhiasan.
Sebagai panduan lokasi sesuatu tempat.
Sebagai pembaziran duit.
Sebagai nama daerah.
Apakah tujuan kita mempelajari sejarah sekolah?
Untuk menghasilkan buku skrap.
Sebagai tanda kita menghargainya.
Untuk mengenali jumlah bangunan asal.
Supaya tidak tersalah alamat sekolah.
Maklumat berikut sesuai dijadikan bahan untuk buku skrap sejarah sekolah KECUALI ...
tahun penubuhan sekolah.
gambar bangunan asal sekolah.
susunan kerusi meja di sekolah.
pencapaian sekolah..
Kecemerlangan yang pernah dikecapi oleh warga sekolah harus dicontohi untuk ...
menunjuk-nunjuk dengan rakan dari sekolah lain.
dimuat naik dalam media sosial.
mengumpul sijil dan pingat yang banyak.
dijadikan motivasi murid.
Setiap sekolah mempunyai identiti masing-masing seperti ... , lagu dan bendera sekolah.
bentuk
lencana
laman web
nama singkatan
Tempat kosong pada gambar tersebut ialah ...
Senarai Nama Pentadbir.
Gambar-gambar Pentadbir.
Carta Organisasi Pentadbir.
Jawatan-jawatan Pentadbir.
Apakah tujuan wujudnya jawatan-jawatan tersebut di sekolah?
Untuk ditampal di papan kenyataan sekolah.
Untuk memastikan pengurusan pentadbiran teratur.
Untuk menggalakkan aktiviti sukan.
Untuk meningkatkan jumlah murid yang mendaftar.
Sebagai murid yang berdisiplin, apakah peranan anda di sekolah?
Mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Mengejek rakan-rakan yang tidak bernasib baik.
Merosakkan harta benda sekolah.
Bercakap kasar dengan guru-guru dan rakan-rakan.
Motto sekolah anda ialah ...
Berilmu Suluh Berbudi.
Ilmu Suluh Hidup
Berilmu Belajar Berbakti.
Barisan kepimpinan sekolah adalah ...
Guru Besar.
Penolong Kanan Pentadbiran.
Penolong Kanan HEM.
Penolong Kanan Kokurikulum.
Peranan Penolong Kanan Kokurikulum ialah ...
menyediakan kewangan sekolah.
menguruskan aktiviti kokurikulum.
menyelaraskan semua program akademik.
Tanggungjawab saya di sekolah ialah ...
menjaga kebersihan sekolah.
merosakkan peralatan sekolah.
menolong guru.
menjaga disiplin ketika guru sedang mengajar.
4. Berikut merupakan warga sekolah KECUALI ...
A. ibu bapa.
B. murid.
C. pengusaha kantin.
D. tukang kebun sekolah.
7. Identiti sesebuah sekolah dapat dikenal pasti menerusi yang berikut KECUALI ...
A. lencana sekolah.
B. lagu sekolah.
C. bendera sekolah.
D. warna sekolah.
9. Apakah tanggungjawab kamu untuk menunjukkan rasa bangga terhadap sekolah?
A. Menconteng dinding tandas sekolah.
B. Tidak mematuhi peraturan sekolah.
C. Selalu ponteng sekolah.
D. Bersaing secara sihat untuk menaikkan nama sekolah.
10. Bagaimankah cara kamu berinteraksi dengan pelawat yang datang ke sekolah?
A. Mendiamkan diri apabila ditanya.
B. Memalingkan muka.
C. Bertutur dengan bahasa yang sopan.
D. Tidak perlu bercakap kerana tidak dikenali.
