Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kenali komponen peranti pemeteran

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah jenis peranti pemeteran yang ada dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara?

a)

7

b)

5

c)

6

d)

8

2.

Penyataan manakah yang BENAR tentang fungsi peranti pemeteran?


Anda boleh memilih lebih daripada 1 jawapan

a)

Memampat gas refrigerant dan menghantar gas refrigerant tersebut kepada pemeluwap

b)

Mengawal kadar aliran cecair refrigerat dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah sistem

c)

Menurunkan tekanan gas refrigerant supaya ianya menjadi gas refrigerant bersuhu rendah sebelum masuk ke penyejat

d)

Menurunkan tekanan cecair refrigerant supaya ianya menjadi cecair refrigerant bersuhu rendah sebelum masuk ke penyejat

3.

Mengapakah cecair refrigerant bertekanan tinggi perlu dikurangkan tekanannya?

a)

Agar sistem sentiasa terkawal

b)

Agar penyejat tidak meletup

c)

Untuk tidak menyekat saluran cecair di dalam sistem penyejukan

d)

Agar kuantiti sebenar operasi pada takat maksimum keupayaan sistem dapat dicapai tanpa beban berlebihan di dalam pemampat

4.

Berdasarkan gambar di atas, pilih jenis peranti pemeteran yang sesuai dengan rekabentuk yang ditunjukkan.

a)

Injap Pengembang Automatik

b)

Injap Pengembang Thermostat

c)

Injap tangan

d)

Injap apung tinggi

5.

Berdasarkan gambar di atas, apakah kelebihan peranti pemeteran ini?

a)

Dapat membantu pemeluwap untuk menyingkirkan haba daripada sistem

b)

Dapat mengembalikan imbangan antara tekanan tinggi dan tekanan rendah dengan segera apabila pemampat berhenti

c)

Dapat membantu agar pemampat tidak meletup

d)

Dapat membantu pemeluwap untuk menyerap haba daripada sistem

6.

Berdasarkan gambar di atas, pilih 3 faktor keupayaan tiub rerambut untuk mengurangkan tekanan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara.

a)

Keadaan operasi unit .

b)

Garis pusat dan panjang tiub rerambut yang dikira berdasarkan keupayaan unit.

c)

Berar operasi unit

d)

Isipadu cas bahan pendingin dalam sistem unit.

7.

Apakah 3 daya tekanan pada operasi TXV?

a)

Daya tekanan dari spring yang dilaras

b)

Daya tekanan dari bebuli perasa.

c)

Daya tekanan dari lingkaran pemeluwap

d)

Daya tekanan dari lingkaran penyejat

8.

Apakah fungsi bebuli perasa pada TXV?

a)

Mengesan suhu refrigerant di dalam lingkaran pemeluwap sebelum disedut masuk ke pemampat

b)

mengesan tekanan refrigerant di dalam lingkaran penyejat sebelum disedut masuk ke pemampat

c)

Mengesan suhu refrigerant di dalam lingkaran penyejat sebelum disedut masuk ke pemampat

d)

mengesan tekanan refrigerant di dalam lingkaran pemeluwap sebelum disedut masuk ke pemampat

9.

Dimanakah bebuli perasa kebiasaannya terletak pada sistem penyejukan dan penyamanan udara?

a)

Pada hujung lingkaran pemeluwap

b)

Pada hujung lingkaran penyejat

c)

Sebelum pemampat

d)

Selepas pemeluwap

10.

Lengkapkan ayat tentang operasi TXV berdasarkan pemahaman anda.


"Logam apar akan ____________, apabila bebuli perasa mengesan suhu yang ____________ pada penghujung lingkaran penyejat"

a)

Mengecut, rendah

b)

Mengembang, rendah

c)

Mengecut, tinggi

d)

Mengembang, tinggi

11.

Pilih susunan operasi TXV yang BETUL semasa ruangan injap terbuka.

a)

Bebuli perasa kesan suhu tinggi > Logam apar mengembang > Diafragma menolak kebawah > Ruang injap terbuka > Cecair refrigerant masuk ke dalam penyejat

b)

Ruang injap terbuka > Logam apar mengembang > Diafragma menolak kebawah > Cecair refrigerant masuk ke dalam penyejat > Bebuli perasa kesan suhu tinggi

c)

Logam apar mengembang > Diafragma menolak kebawah > Ruang injap terbuka > Cecair refrigerant masuk ke dalam penyejat > Bebuli perasa kesan suhu tinggi

d)

Bebuli perasa kesan suhu tinggi > Logam apar mengembang > Ruang injap terbuka > Cecair refrigerant masuk ke dalam penyejat > Diafragma menolak ke atas

12.

Bagaimana pergerakan injap berlaku pada Injap pengembang Automatik?

a)

Pergerakannya ber­gantung pada suhu spring dan tekanan di dalam penyejat.

b)

Pergerakannya ber­gantung pada tekanan spring dan tekanan di dalam penyejat.

c)

Pergerakannya ber­gantung pada suhu spring dan suhu di dalam penyejat.

13.

Berdasarkan gambar di atas, apakah jenis peranti pemeteran ini?

a)

Injap apung bahagian tinggi

b)

Injap apung bahagian rendah

c)

Injap apung-apungan

d)

Injap tangan

14.

Antara berikut, yang manakah prinsip kerja pergerakan injap pada injap apung bahagian tinggi?

a)

Ruang kemasukan injap akan terbuka apabila cecair pada aras yang rendah

b)

Ruang kemasukan injap akan terbuka apabila cecair pada aras yang sederhana

c)

Ruang kemasukan injap akan terbuka apabila cecair pada aras yang tinggi

15.

Bagaimanakah anda membezakan pergerakan injap bagi injap apung bahagian tingi dan injap apung bahagian rendah?

a)

Bagi injap apung bahagian rendah, ruang kemasukan terbuka apabila cecair berada di paras yang tinggi manakala bagi injap apung bahagian tinggi, ruang kemasukan terbuka apabila cecair berada di paras yang rendah

b)

Bagi injap apung bahagian rendah, ruang kemasukan terbuka apabila cecair berada di paras yang rendah manakala bagi injap apung bahagian tinggi, ruang kemasukan terbuka apabila cecair berada di paras yang tinggi

16.

Nyatakan kekurangan yang ada pada injap tangan digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara.


Anda boleh memilih lebih dari 1 jawapan

a)

Memerlukan pelarasan secara manual dan bukan automatik

b)

Injap ini sukar mengawal aliran dan jumlah refrigerant yang perlu digunakan di dalam penyejat

c)

Sering menyebabkan berlakunya refrigerant yang berlebihan di dalam penyejat dan memberi kesan sampingan kepada pemampat

d)

Injap ini sukar untuk menyingkirkan haba dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara

17.

Apaka komponen peranti pemeteran ini mengubah bentuk fizikal refrigerant di dalam sistem?

a)

Ya

b)

Tidak

18.

Berikut merupakan operasi kerja bagi injap pengembang automatik.


"Apabila tekanan pada penyejat adalah lebih tinggi daripada tekanan spring, maka ruang kemasukan akan ______________"


Lengkapkan ruang kosong tersebut.

a)

Tertutup

b)

Terbuka

19.

Adakah suhu dan tekanan refrigerantdi dalam sistem penyejukan akan menurun apabila melalui peranti pemeteran?

a)

Ya

b)

Tidak

20.

Berdasarkan gambar di atas, P ialah Pressure atau tekanan dalam injap pengembang thermostat.

Pilih penyataan yang benar mengikut tekanan yang sesuai di dalam peranti pemeteran tersebut.

a)

P1= Tekanan bebuli perasa
P2= Tekanan cecair
P3= Tekanan spring
P4= Tekanan spring

b)

P1= Tekanan bebuli perasa
P2= Tekanan penyejat
P3= Tekanan spring
P4= Tekanan Cecair

c)

P1= Tekanan cecair
P2= Tekanan penyejat
P3= Tekanan spring
P4= Tekanan bebui perasa