wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT Tingkatan 1 Bab 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih definisi yang benar bagi pengurusan projek reka bentuk.


Buku Teks ms 32

a)

Aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, tempoh masa dan kos projek

b)

Aktiviti membentuk kumpulan kerja melibatkan skop kerja, tempoh masa dan kos projek.

c)

Aktiviti melaksanakan perancangan kerja berkumpulan yang melibatkan skop kerja, tempoh masa dan kos projek.

d)

Aktiviti melantik ahli kerja berkumpulan dan melaksanakan projek merangkumi skop kerja, tempoh masa dan kos projek.

2.

Apakah jenis skop yang melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki klien?


Buku Teks ms 32

a)

Skop kerja

b)

Skop masa

c)

Skop projek

d)

Skop produk

3.

Rajah menunjukkan satu produk reka bentuk. Apakah bentuk penjanaan idea yang telah digunakan oleh pereka bentuk dalam reka bentuk produk tersebut?


Buku Teks ms 33 - 34

a)

Inspirasi daripada sumber alam

b)

Menterbalikkan fungsi objek

c)

Menterbalikkan kedudukan

d)

Menukar saiz objek

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan milestone?


Buku Teks ms 37

a)

Penanda atau perkara yang bakal berlaku mengikut turutan

b)

Target jumlah masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek

c)

Tempoh maksimum yang diperlukan dalam penghasilan projek

d)

Kos maksimum yang diperlukan dalam pembangunan projek

5.

Pilih dua kaedah yang digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos projek.

I Konsep SMART

II Kaedah unit / Kos

III Kaedah unit / Kuantiti

IV Konsep kos / kuantiti


Buku Teks ms 40

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

6.

Anggaran kos dan penyediaan bajet melibatkan pengiraan kos modal yang diperlukan untuk pelaksanaan sesuatu projek reka bentuk. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang kos yang terlibat dalam pengiraan kos modal?


Buku Teks ms 40-41

a)

Kos upah

b)

Kos overhead

c)

Kos bahan dan alatan

d)

Kos sewaan dan prasarana

7.

Pilih perangan yang benar tentang takrifan konsep SMART.


Buku Teks ms 40

a)

S - pengukuran pengagihan kewangan

b)

M - penetapan tujuan atau objektif projek

c)

A - keseuaian dengan kehendak pengguna

d)

T - masa dan sumber kewangan yang mencukupi

8.

Kos modal bagi sebuah bekas pensel kayu yang dihasilkan oleh Hanis ialah RM 12.50. Jika Hanis membuat tetapan untuk mendapat 25% keuntungan berapakah harga jualan bagi seunit bekas pensil kayu itu?

a)

RM 15.30

b)

RM 12.37

c)

RM 15.00

d)

RM 12.25

9.

Maklumat berikut menerangkan pengagihan kewangan dalam penghasilan 100 unit bakul bunga hiasan.


Kos bahan dan alatan : RM 550.00

Kos upah : RM 400.00

Kos overhed : RM 20.00


Jika seunit bakul bunga hiasa tersebut dijual pada harga RM 14.55, berapakah peratus keuntungan yang diperoleh?

a)

15%

b)

50%

c)

75%

d)

100%

10.

Pilih penyataan yang tidak benar tentang sistem ganjaran dalam membantu proses pembentukan individu.

a)

Promosi kenaikan gaji

b)

Pemberian pengiktirafan

c)

Tawaran kenaikan pangkat

d)

Penggunaan kepakaran interpersonal

11.

Pengurusan projek reka bentuk melibatkan tiga proses kerja. Apakah proses tersebut?

a)

kos projek

b)

mock-up

c)

skop kerja

d)

tempoh masa

12.

senarai berikut ialah cara penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan sesuatu masalah.


  • menukar saiz objek
  • menterbalikkan fungsi sesuatu alat
  • X
  • menterbalikkan kedudukan


apakah X?

a)

berkomunikasi dengan orang sekeliling

b)

menyertai pertandingan reka bentuk dan teknologi

c)

meniru apa-apa yang ada disekitar dan menukarnya ke bentuk produk

d)

berbincang dengan guru kelas dan rakan-rakan

13.

carta alir di bawah menunjukkan langkah pengurusan produk.


PERANCANGAN -----> X ------> PENGAWALAN


Apakah X?

a)

pembelian bahan

b)

pengujian reka bentuk

c)

pelantikan pengurus

d)

penjadualan

14.

Penerangan yang manakah benar mengenai konsep SMART?

a)

S = boleh dilaksanakan dan dicapai

b)

M = pengukuran pengagihan kewangan

c)

A = masa dan sumber kewangan mencukupi

d)

T = penetapan tujuan atau objektif projek

15.

di bawah menunjukkan kos pengeluaran bagi 20 unit rak hiasan.


kos bahan = rm 400

upah pekerja = rm 90

overhead = rm 10


jika harga jualan seunit ialah RM 32.00, berapakah jumlah untung kasar bagi pengeluaran rak tersebut?

a)

RM 25.00

b)

RM 32.00

c)

RM 140.00

d)

RM 640.00

16.

Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan kumpulan kerja ialah

a)

berkongsi maklumat

b)

kurang berkomunikasi

c)

saling membantu dan bekerjasama

d)

mempunyai matlamat yang tersendiri

17.

Tugas manakah bukan tugas seorang pereka bentuk?

a)

mengadakan perbincangan dengan pelanggan

b)

menyediakan dokumentasi dan persembahan

c)

menyediakan pelbagai lakaran

d)

membuat penambahbaikan

18.
Berikut merupakan tujuan penjadualan masa KECUALI
a)
Mengelakkan kerugian masa dan kos
b)
Mengawal sumber tenaga pekerja
c)
Menguruskan bahan mentah secara sistematik
d)
Memastikan projek berjaya dilaksanakan
19.
Apakah kelebihan pembentukan kumpulan kerja kepada individu.
a)
Memperoleh hasil yang optimum
b)
Peningkatan motivasi staf
c)
Kurang tekanan dalam bekerja
d)
Komunikasi berlaku secara menyeluruh
20.

Konsep SMART ​digunakan dalam __________________________

a)

penjanaan idea lakaran

b)

penyediaan anggaran kos

c)

pembelian bahan projek

d)

pembentangan model projek