wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penanda Wacana

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Adli telah gagal dalam ujian pertengahan tahunnya. __________, dia tidak akan berputus asa.

a)

Namun demikian

b)

Oleh sebab itu

c)

Selepas itu

d)

Lagipun

2.

Hazim telah diisytiharkan sebagai murid cemerlang. __________, dia masih belum berpuas hati dengan kejayaannya itu.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Hal demikian

c)

Lagipun

d)

Kalau begitu

3.

Kehebatan pasukan bola sepak sekolah kita bukan sahaja dikagumi oleh pasukan lawan. __________, telah menjadi bualan seluruh masyarakat setempat.

a)

Oleh itu

b)

Malahan

c)

Namun begitu

d)

Di samping itu

4.

Nazri tidak dibenarkan menyertai lawatan itu. __________ dia tetap berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada Cikgu Amrul.

a)

Oleh itu

b)

Namun begitu

c)

Di samping itu

d)

Lebih-lebih lagi

5.

Kami sekeluarga makan di Hotel Perdana. __________, kami pergi membeli-belah di pasar raya yang berdekatan.

a)

Di samping itu

b)

Lantaran itu

c)

Selepas itu

d)

Akhirnya

6.

Bagi pencuri itu sudah tiada jalan lain untuk menyelamatkan dirinya. __________, dia mencuba hendak terjun ke dalam air.

a)

Oleh sebab itu

b)

Kalau begitu

c)

Di samping itu

d)

Walau bagaimanapun

7.

Hafiz memang petah bercakap. __________, dia dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Tambahan pula

c)

Oleh sebab itu

d)

Kalau begitu

8.

Encik Ali bercita-cita untuk membeli sebuah banglo. __________ beliau telah berusaha gigih dan berjimat cermat.

a)

Oleh itu

b)

Walaupun

c)

Sungguhpun

9.

Datuk Haris tidak datang ke pejabat pada hari ini. __________ beliau sakit.

a)

Mungkin

b)

Tambahan pula

c)

Walau bagaimanapun

10.

Rezeki datuk semakin bertambah. __________, tanaman padinya menjadi pada tahun ini.

a)

Oleh itu

b)

Padahal

c)

Malahan

d)

Lebih-lebih lagi

11.

Sanusi murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolahnya. __________, pihak sekolah memilihnya sebagai olahragawan pada tahun ini.

a)

Lantaran itu

b)

Di samping itu

c)

Walau bagaimanapun

d)

Sungguhpun demikian

12.

Para petani mengalami kerugian apabila banjir menenggelami tanaman. __________, mereka tetap mengusahakan penanaman sayur-sayuran secara

kecil-kecilan.

a)

Namun begitu

b)

Oleh sebab itu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Padahal

13.

"Kita akan ke pusat sumber sekejap lagi. __________, kamu perlu menyiapkan kerja itu terlebih dahulu, "kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya.

a)

Selepas itu

b)

Sebelum itu

c)

Namun begitu

d)

Tambahan pula

14.

Haji Hamid tidak suka makan daging. __________, saya menghidangkan ikan dan sayur-sayuran sahaja kepada beliau.

a)

Lagipun

b)

Sebelum itu

c)

Oleh sebab itu

15.

Aisyah rajin mengulang kaji pelajarannya. __________, dia mendapat keputusan yang cemerlang.

a)

Di samping itu

b)

Walaupun begitu

c)

Oleh sebab itu

d)

Tambahan pula

16.

Amirah amat suka makan buah-buahan tempatan. __________, jika buah-buahan itu baru dipetik dari dusun.

a)

Kalau begitu

b)

Namun begitu

c)

Tambahan pula

d)

Oleh yang demikian

17.

Bilik darjah mestilah sentiasa bersih. __________, kita dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Oleh sebab itu

c)

Di samping itu

18.

Ibu tidak membenarkan kakak menyertai ekspedisi itu. __________, dia dibenarkan menyertai rombongan ke Melaka.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Di samping itu

19.

"Biar saya pergi dahulu. __________, kamu boleh ikut perlahan-lahan dari belakang," kata Ani kepada Mei Lee.

a)

Lepas itu

b)

Sebelum itu

c)

Kalau begitu

d)

Oleh sebab itu

20.

__________ sudah lewat malam, dia pergi juga menemui doktor itu.

a)

Walaupun

b)

Mungkin

c)

Lagipun

d)

Oleh itu