wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU KARANGAN

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

_____________ melancong ialah generasi muda dapat merehatkan minda dengan melarikan diri daripada kesibukan kota dan rutin seharian.

a)

Antara faedah

b)

Faedah-faedah

c)

Faedah utama

2.

_____________ golongan muda yang mempunyai matlamat mendambakan ketenangan akan memilih destinasi dengan menginginkan pemandangan yang menakjubkan berdasarkan bentuk geografi yang unik.

a)

Hal ini kerana

b)

Hal ini dikatakan demikian kerana

c)

Hal ini sedemikian kerana

3.

Ayat di bawah merupakan ayat ________ dalam perenggan isi.


Salah satu destinasi pilihan mereka ialah Taman Negara Mulu yang terletak di Sarawak.

a)

Ayat isi

b)

Ayat contoh

c)

Ayat penegasan

4.

Impak aktiviti melancong di hutan rekreasi ialah pelancong akan terpukau dengan keindahan khazanah hutan malah mereka asyik menikmati suara unggas dan fauna yang memeriahkan suasana hutan.

a)

Ayat kesan

b)

Ayat isi

c)

Ayat contoh

5.

Oleh itu, jelaslah bahawa pengalaman yang diperoleh ketika melancong memberikan impak yang besar dalam merehatkan minda.

a)

Ayat isi

b)

Ayat contoh

c)

Ayat penegasan

6.

Berikut merupakan penanda wacana yang sesuai digunakan untuk ayat isi kecuali ........

a)

Hal ini dikatakan demikian kerana

b)

Seterusnya

c)

Di samping itu

d)

Tambahan pula

7.

Kesimpulannya, kita sepatutnya menggalakkan aktiviti pelancongan kerana aktiviti ini mempunyai banyak faedah kepada diri dan negara

a)

Ayat isi

b)

Ayat contoh

c)

Ayat kesimpulan

8.

Karangan terbina daripada tiga perkara iaitu pendahuluan, ____________, penutup

a)

Isi

b)

Huraian

c)

Contoh

9.

Pilih peribahasa yang tepat dengan ayat di bawah.

Kita mestilah menghargai negara sendiri walau sehebat mana pun negara lain _____________

a)

hujan emas di negara orang, hujan batu

di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri

b)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

10.

Berikut merupakan cadangan pengolahan perenggan kesimpulan karangan kecuali .........

a)

Kesimpulan berkaitan tajuk

b)

Saranan atau cadangan

c)

Harapan

d)

Contoh