NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI TATABAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
"Harga _______________tikar mengkuang buatan tangan itu RM150,"kata pejual itu.
segulung
segelung
serelung sepalung
Sejak kesihatan Datuk Malik tidak berapa baik,anak-anaknya telah_______________perniagaannya.
bercampur aduk
mengambil alih
mengemas kini
ditemu bual
Kejayaan atlet paralimpik negara telah______________ kesedaran kepada masyarakat agar mengambil berat golongan ini.
mencetuskan
menimbulkan
menerbitkan
menghasilkan
Wang kemengan daripada cabutan bertuah itu ______________ akan dilaburkan ke dalam saham amanah.
separuhnya
segelintirnya
sebahagiannya
keseluruhannya
Nenek memeluk ___________ cucunya kerana terlalu rindu setelah lama tidak berjumpa.
ketat
dakap
kuat
erat
Perabot di rumah datuk dan nenek menjadi _____________ apabila cucu-cucunya balik bercuti di kampung.
tunggang-langgang
kacau-bilau
hingar-bingar
porak-peranda
Tin biskut itu perlu ditutup dengan _________ agar biskut di dalamya tidak _____________.
rapat.....lembik
ketat.....lemau
kuat.......rangup
jarang.....pecah
Kakak berasa _______________untuk meninggalkan emak yang tidak sihat sejak semalam.
jauh hati
besar hati
berat hati
makan hati
Raja Muda Badrul Syah baru sahaja bangkit daripada beradu. Selepas beradu baginda selalunya akan meninjau permasalahan rakyat.
Apakah perkara yang akan dilakukan oleh Raja Muda Badrul Syah sebelum berangkat meninjau masalah rakyat.
santap
bersiram
bersemayam
bertitah
Ibu masih menyimpan koleksi barangan _____________ milik nenek sebagai kenang-kenangan.
lampau
lanjut
lama
lalu
Kata-kata nasihat gurunya itu benar-benar telah terpahat dalam jiwanya untuk berusaha dengan lebih gigih.
Pilih perkataan sinonim bagi terpahat.
tertanam
tertimbus
terbuku
terbuang
Rumah yang berdekatan dengan tebing sungai akan dipindahkan akibat hakisan yang teruk.
Pilih perkataan antonim bagi berdekatan.
berjauhan
berasingan
beriringan
berderetan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kawasan yang dilanda perang itu ibarat padang jarak
padang terkukur.
II Kasut adik telah menjadi perang kerana sudah lama
tidak berbasuh.
III Warna perang merupakan warna kesukaan saya.
IV Mak Jah berperang dengan perasaannya akibat
kehilangan orang tersayang.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Bekas luka di kakinya masih lagi berparut.
II Kami diminta mencari beberapa bekas kayu api.
III Ibu saya merupakan bekas guru besar salah sebuah
sekolah di sini.
Iv Kita harus segera bertolak agar bekas sampai.
I dan II
I dan III
III dan IV
I dan IV
" Budaya membaca patut dipupuk ______________zaman kanak-kanak lagi,"kata Puan Najwa kepada Puan Rogayah.
di
dari
daripada
kepada
Kita perlulah mengamalkan________________ yang baik apabila berada dalam sesuatu majlis.
tatacara
tatakerja
tatasusila
tatabahasa
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pada minggu hadapan, pihak sekolah akan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah.
Gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah akan diadakan pada minggu hadapan.
Sampah sarap akan dibersihkan oleh pihak sekolah secara gotong-royong.
Membersihkan kawasan sekolah oleh pihak sekolah pada minggu hadapan.
Pada minggu depan, sekolah akan mengadakan gotong-royong untuk sekolah.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Guru kelas memaklumkan bahawa program motivasi itu diadakan untuk memantapkan keyakinan diri murid-murid.
"Murid-murid perlu tahu bahawa program motivasi diadakan untuk meyakinkan diri sendiri,"jelas guru kelas kepada murid-murid.
"Program motivasi ini diadakan untuk mengukuhkan keyakinan diri kamu,"kata guru kelas kepada murid-murid.
"Program motivasi ini diadakan untuk menimbulkan kesedaran diri kamu," jelas guru kelas kepada murid-murid.
" Keupayaan kamu dapat ditingkatkan melaui program motivasi ini," kata guru kelas kepada murid-murid.
Pilih ayat yang betul.
Tugas semua ibu bapa ialah membentuk jati diri di kalangan anak-anak mereka.
Surat itu diterimanya daripada siapa?
Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada gulungan kurang upaya.
Pihak polis sentiasa memantau pergerakan kumpulan penjenayah itu dari hari ke sehari.
Pilih ayat yang betul.
Pada tiap hari minggu, ayah akan memancing di laut.
Beribu-ribu penonton membanjiri stadium untuk menyaksikan konsert itu.
"Tolong, jangan sepah-sepahkan barang mainan kamu," kata emak kepada adik.
Kes kemalangan jalan raya di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia.
