wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 4 BAB 1&2

Total questions: 18

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pasar Raya Ara telah menjalankan promosi jualan sehingga 90% dengan tujuan meningkatkan jualan.


Apakah tujuan perniagaan yang berkaitan dengan situasi di atas?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Menjual barang pada harga kos

c)

Menjual barang di bawah harga kos

d)

Menawarkan barang secara percuma

2.

Kedai Pakaian Linda dan Lily


Pernyataan manakah yang menerangkan kelebihan kedai tersebut?

I Kemahiran pengurusan yang pelbagai

II Risiko perniagaan dapat ditanggung bersama-sama dengan rakan kongsi

III Bebas mengurus perniagaan

IV Liabiliti perniagaan yang terhad

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

III dan IV

d)

I dan IV

3.

Apakah cara OBBU beroperasi?

a)

Menyediakan barang dan perkhidmatan secara percuma

b)

Menjual barang dan perkhidmatan pada harga kos

c)

Menjual barang dan perkhidmatan melebihi harga kos

d)

Menjual barang dan perkhidmatan di bawah harga kos

4.

Bagaimanakah kita menjelaskan konsep perkhidmatan?

a)

Sesuatu aktiviti yang disalurkan / disampaikan secara terus daripada penjual kepada pengguna

b)

Boleh disentuh

c)

Boleh dilihat

d)

Tiada bentuk fizikal

5.

Jawapan berikut merupakan kepentingan keuntungan terhadap sesebuah perniagaan, KECUALI

a)

Digunakan utk mengukur tahap prestasi perniagaan

b)

Melambangkan imej perniagaan dan seterusnya menarik pelaburan baru

c)

Digunakan untuk menghadapi ancaman perniagaan

d)

Digunakan utk mengembangkan perniagaan

6.

Bilangan rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian berhad adalah 2 hingga (a)   orang.

7.

Rakan kongsi yang menyumbang wang sahaja dalam perniagaan perkongsian dikenali sebagai _________

a)

Rakan kongsi wang

b)

Rakan kongsi nominal

c)

Rakan kongsi aktif

d)

Rakan kongsi lelap

8.

Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?


A. Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara

B. Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil

C. Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian

D. Menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan tempatan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Apakah kesan daripada inflasi?


A. Kuasa beli wang meningkat

B. Taraf hidup rakyat meningkat

C. Kos sara hidup semakin meningkat

D. Pendapatan boleh guna meningkat

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Berikan kelebihan menggunakan sumber manusia dalaman dalam sesebuah organisasi.

a)

Memotivasikan pekerja

b)

Meningkatkan taraf hidup pekerja

c)

Menjana pendapatan pekerja

d)

Menawarkan perkhidmatan pekerja

11.

Apakah gaya pengurusan dalam faktor dalaman yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan?

a)

Demokrasi

b)

Autokratik

c)

Laissez-fairness

d)

GST

12.

Apakah gaya pengurusan autokratik?

a)

Mewujudkan masalah tingkah laku pekerja yang sukar dikawal

b)

mempengaruhi pekerja terus berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan

c)

Menyebabkan organisasi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan

d)

Tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan

13.

Nama perniagaan: Farmasi Murni

Bentuk pemilikan: Sendirian Berhad

Aktiviti perniagaan: Menjual pelbagai jenis ubat dan peralatan perubatan

Modal berbayar: RM250 000

Bilangan pekerja tetap: 25 orang

Jumlah jualan pada tahun 2017: RM550 000


Yang manakah benar tentang perniagaan di atas?

a)

Diklasifikasikan sebagai perniagaan bersaiz kecil

b)

Terlibat dalam sektor kedua

c)

Perniagaan menjual produk sahaja

d)

Tidak sah melalui undang-undang

14.

Manakah merupakan kelebihan perniagaan milikan tunggal?

a)

Tidak perlu membayar cukai pendapatan

b)

Pemilik menikmati tanggung terhad

c)

Pemilik bebas membuat keputusan

d)

Perniagaan adalah berterusan

15.

Mengapakah organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) menjual barang pada harga di bawah kos?

a)

Untuk mempromosikan barang

b)

Untuk mengusir pesaing dari pasaran

c)

Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berkemampuan

d)

Untuk meningkatkan keuntungan pada jangka panjang

16.

Apakah tanggungjawab francaisi?

a)

Menyediakan latihan kepada pekerja

b)

Menjalankan promosi secara berkala

c)

Membangunkan produk baharu

d)

Membayar fi atau royalti kepada francaisor

17.

Manakah yang boleh dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kilang pakaian

b)

Kedai kek dan biskut

c)

Loji penapisan minyak

d)

Pengeluaran ubat-ubatan

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kekurangan pemilikan perniagaan syarikat sendirian berhad?

a)

Hal ehwal syarikat tidak boleh dirahsiakan

b)

Keahlian tidak boleh dipindah milik secara bebas

c)

Perniagaan tidak berterusan

d)

Menanggung liabiliti tidak terhad