Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SEMESTER 3 - PEMBENTUKAN MALAYSIA

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep yang berkaitan dengan gagasan pembentukan Malaysia? (Buku Teks m.s 90)

a)

Kerjasama negeri

b)

Tuntutan Kemerdekaan

c)

Pembangunan wilayah

d)

Pemeliharaan kedaulatan

2.

Idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu pentadbiran dan ekonomi telah dicadangkan oleh pegawai-pegawai British.

Apakah rasional mereka membuat cadangan tersebut? (Buku Teks m.s 90)

a)

Memudahkan pentadbiran

b)

Memberi latihan pentadbiran

c)

Persediaan untuk kemerdekaan

d)

Pengenalan konsep persekutuan

3.

Apakah idea gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj? (Buku Teks m.s 90)

a)

Menjalin kerjasama ekonomi

b)

Memelihara kedaulatan negeri

c)

Mewujudkan sistem pentadbiran yang licin

d)

Merdeka dalam satu sistem kerajaan persekutuan

4.

Gerakan nasionalis sebelum Perang Dunia Kedua turut menyuarakan idea gagasan Malaysia.

Apakah matlamat perjuangan mereka? (Buku Teks m.s 90)

a)

Kemerdekaan wilayah Alam Melayu

b)

Persekutuan Malaysia tanpa Singapura

c)

Penggabungan bekas tanah jajahan British

d)

Kemerdekaan berasingan Sarawak, Sabah dan Brunei

5.

Mengapakah Sir Geofroy Tory mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Singapura? (Buku Teks m.s 91)

a)

Membentuk kejasama ekonomi

b)

Melemahkan parti berhaluan kiri

c)

Mengukuhkan kedudukan imigran

d)

Mengimbangkan komposisi penduduk

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan cadangan pembentukan Malaysia menurut Lord Brassey, Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara.


📌 Penggabungan Sarawak dan Sabah dengan negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat


Apakah rasional cadangan beliau? (Buku Teks m.s 91)

a)

Kestabilan wilayah

b)

Eksploitasi potensi ekonomi

c)

Pemantapan sistem pentadbiran

d)

Meningkatkan taraf hidup penduduk

7.

Apakah matlamat idea pembentukan Malaysia menurut Sir Malcom MacDonald, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara? (Buku Teks m.s 91)

a)

Mengeksploitasi ekonomi

b)

Memudahkan pentadbiran

c)

Melaksanakan dekolonisasi

d)

Mengekalkan kedudukan raja

8.

Sir Gerald Templer, Pesuruhanjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah meminta supaya pembentukan Malaysia disegerakan.

Mengapakah beliau berbuat desakan sedemikian? (Buku Teks m.s 91)

a)

Keharmonian rakyat

b)

Keselamatan wilayah

c)

Kelicinan pentdbiran

d)

Kemerdekaan Tanah Melayu

9.

Konsep Melayu Raya merupakan idea gagasan Malaysia yang diperjuangkan oleh gerakan nasionalis sebelum Perang Dunia Kedua.

Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui Melayu Raya? (Buku Teks m.s 92)

a)

Persekutuan Malaysia tanpa Singapura

b)

Penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia

c)

Penyatuan Sarawak dan Sabah dengan Brunei

d)

Penyatuan semua bekas tanah jajahan British di Asia Tenggara

10.

Senarai berikut berkaitan dengan isu keselamatan yang bakal mengancam kestabilan serantau.

📌Perkembangan fahaman komunis di Singapura

📌Gerakan Clandestine Communist Organisation (CCO) di Sarawak


Bagaimana masalah tersebut diatasi? (Buku Teks m.s 93)

a)

Pembentukan Melayu Raya

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Mempercepatkan kemerdekaan

d)

Menyeimbangkan komposisi penduduk

11.

Apakah faktor-fakor yang menggalakan pembentukan Malaysia? (Buku Teks m.s 93)

a)

Membentuk Kabinet baharu

b)

Membanteras ancaman komunis

c)

Meningkatkan taraf hidup peribumi

d)

Melaksanakan sisem Demokrasi Berparlimen

12.

Pada bulan Oktober 1962, PANAS,SPAN, BARJASA, SCA dan PESAKA bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.

Apakah tujuan pembentukan parti tersebut?

a)

Menentang gagasan Malaysia

b)

Menuntut kemerdekaan Sarawak

c)

Menyokong pembentukan Malaysia

d)

Mempertahankan kedaulatan Sarawak

13.

Antara berikut parti politik yang manakah menentang rancangan pembentukan Malaysia? (Buku Teks m.s 95)

a)

SUPP

b)

PANAS

c)

PESAKA

d)

BARJASA

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan parti politik USNO di Sabah.

👉 Datu Mustapha Datu Harun : Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO)


Apakah pendirian parti USNO berkaitan dengan penyertaan Sabah dalam Malaysia?

a)

Menentang gagasan

b)

Menyokong sejak awal

c)

Mengemukakan Perkara 20 Sabah

d)

Menuntut kemerdekan berasingan

15.

Di Singapura, gagasan Malaysia disambut baik oleh golongan pedagang dan pengusaha industri.

Mengapakah halnya demikian? (Buku Teks m.s 97)

a)

Peluang pasaran

b)

Permintaan rakyat

c)

Peranan kerajaan British

d)

Pembebasan pengaruh British

16.

Mengapakah Brunei yang pada peringkat awal mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia akhirnya menarik diri? (Buku teks m.s 97)

a)

Isu kemerdekaan

b)

Sultan hilang kuasa

c)

Peranan Parti Rakyat

d)

Kepentingan kekayaan

17.

Apakah reaksi negara Indonesia dan Filipina terhadap Pembentukan Malaysia? (Buku Teks m.s 97)

a)

Menentang gagasan

b)

Menyokong gagasan

c)

Tiada campur tangan

d)

Berpadangan positif

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan pendirian negara jiran X terhadap pembentukan Malaysia.


Negara X ---------->Pembentukan Malaysia dapat memperkuat usaha ke arah keamanan di rantau Asia Tenggara.

Apakah negara X? ( Buku Teks m.s 97)

a)

Filipina

b)

Thailand

c)

Kemboja

d)

Indonesia

19.

Pada bulan Julai 1961, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan siri lawatan ke sarawak dan Brunei.

Apakah tujuan lawatan tersebut? (Buku Teks m.s 98)

a)

Membuat lawatan kerja

b)

Mempromosi perdagangan

c)

Membincangkan kemerdekaan

d)

Menerangkan gagasan Malaysia

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha pembentukan Malaysia.

🍂 Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)🍂

Apakah peranan JSKM? (Buku Teks m.s 99)

a)

Menggubal perlembagaan

b)

Mengeratkan perpaduan kaum

c)

Menyediakan ruang perbincangan

d)

Menyakinkan penduduk Sabah dan Sarawak

21.

Satu referendum diadakan di Singapura pada awal September 1962. Mengapakah diadakan referendum tersebut? (Buku Teks m.s 100)

a)

Memilih pemimpin

b)

Menuntut kemerdekaan Singapura

c)

Menyatakan pilihan Singapura menyertai Malaysia

d)

Membantah penyertaan Singapura dalam Malaysia

22.

Pada bulan November, rundingan telah diadakan di Landon antara Kerajaan PersekutuanTanah Melayu dan Kerajaan British berhubung dengan pembentukan Malaysia.

Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut? (Buku Teks m.s 100)

a)

Penetapan tarikh pembentukan Malaysia

b)

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold

c)

Pengiktirafan Persekutuan Malaysia

d)

Penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia

23.

Apakah fungsi Suruhanjaya Cobbold? (Buku Teks m.s 100)

a)

Memastikan keluhuran perlembagaan negara

b)

Menjamin sistem pendidikan negara lengkap

c)

Menjelaskan kepentingan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat

d)

Meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia

24.

Pada bulan Ogos 1962, kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).

Apakah peranan JAK dalam proses pembentukan Malaysia? (Buku Teks m.s 102)

a)

Menyediakan rangka perlembagaan

b)

Mempromosi pembentukan Malaysia

c)

Mengumpulkan pandangan pemimpin

d)

Melindungi kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah

25.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) mengusulkan Perkara 20 untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia yang baharu.

Apakah kepentingan Perkara 20 Sabah? (Buku Teks m.s 102)

a)

Memperkasakan ekonomi penduduk Sarawak dan Sabah

b)

Meningkatkan taraf hidup penduduk Sarawak dan Sabah

c)

Memberikan hak wilayah asingan kepada Sarawak dan Sabah

d)

Melindungi hak dan kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah

26.

Perjanjian Julai 1963 turut dikenali sebagai Perjanjian Malaysia (MA63).

Apakah persetujuan yang terkandung dalam MA63? (Buku Teks m.s 103)

a)

Bilangan kerusi Parlimen

b)

Penggubalan dasar luar Malaysia

c)

Perjanjian pertahanan dengan British

d)

Bidang kuasa Ketua Menteri Sarawak dan Sabah

27.

Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentuk unuk membuat tinjauan semula terhadap reaksi penduduk Sarawak dan Sabah dalam pembentukan Malaysia.

Mengapakah suruhanjaya tersebut dibentuk? (Buku Teks m.s 104)

a)

Bantahan Indonesia

b)

Gagsan Malaysia diragui

c)

Mengiktiraf Gagasan Malaysia

d)

Permintaan Sarawak dan Sabah

28.

Apakah intipati Perjanjian Malaysia 1963? (Buku Teks m.s 103)

a)

Sarawak mendapat 15 kerusi Parlimen

b)

Islam agama rasmi di Sarawak dan Sabah

c)

Sabah dan sarawak boleh menubuhkan kabinet sendiri

d)

British mengiktiraf kedaulatan Singapura, Sabah dan Sarawak

29.

Mengapakah Indonesia menentang Pembentukan Malaysia? (Buku Teks m.s 106)

a)

Keselamatan Indonesia terancam

b)

Malaysia bentuk penjajahan baru

c)

Pembentukan Malaysia didalangi oleh British

d)

Kerajaan Indonesia dipengaruhi oleh komunis

30.

Malaysia berjaya dimasyhurkan pada 16 September 1963. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang berjaya merealisasikan gagasan pembentukan Malaysia?

a)

Penegasan

b)

Konfrontasi

c)

Perundingan

d)

Kesepakatan