wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FUTSAL ONLINE EXAM

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Permainan futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang dimainkan di dalam dewan. Nama Futsal berasal daripada bahasa Portugis iaitu futebol de salao dan bahasa Sepanyol futbal de salon yang bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’.Berdasarkan pernyataan di atas, negara manakah yang telah memulakan permainan futsal?

a)

Portugal

b)

Sepanyol

c)

Brazil

d)

Uruguay

2.

Apakah nama badan pentadbiran antarabangsa yang menyelia sukan futsal sekarang?

a)

FIFUSA

b)

FIFA

c)

FIVB

d)

FINA

3.

Bilakah sukan futsal mula diperkenalkan di Malaysia?

a)

1930

b)

1989

c)

1990

d)

2000

4.

Berapakah bilangan pemain bagi satu pasukan futsal termasuk penjaga gol dalam satu-satu perlawanan?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

8

5.

Berapakah tempoh masa permainan bagi setiap separuh masa dalam perlawanan futsal antarabangsa?

a)

5

b)

10

c)

20

d)

45

6.

Pengadil merupakan watak penting dalam sesuatu perlawanan futsal. Berapakah bilangan pengadil yang diperlukan bagi satu perlawanan futsal di peringkat antarabangsa?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

7.

Dalam satu perlawanan futsal, berapakah bilangan penggantian pemain simpanan yang boleh dilakukan sepanjang permainan berlangsung?

a)

3

b)

4

c)

7

d)

Tiada had

8.

Negara manakah yang menduduki kedudukan pertama dunia dalam permainan futsal wanita bagi tahun terkini? *

a)

Brazil

b)

Sepanyol

c)

Portugal

d)

Jepun

9.

Piala Dunia Futsal 2020 dijadualkan berlangsung pada bulan September. Negara manakah yang telah terpilih untuk menganjurkannya?

a)

Jepun

b)

Lithuania

c)

Qatar

d)

Turkmenistan

10.

12 pasukan telah mendaftar untuk menyertai satu kejohanan futsal yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan tersebut dijadualkan berlangsung dalam satu hari sahaja dengan kemudahan 1 gelanggang. Pada pendapat anda, apakah sistem pertandingan yang paling sesuai dijalankan dengan mengambil kira faktor sukan untuk semua.

a)

Sistem kalah mati

b)

Sistem kalah mati dua kali

c)

Liga dua kumpulan

d)

Liga empat kumpulan

11.

Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut:

a)

Kesalahan menggunakan bahasa tercemar

b)

Pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil

c)

Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah

d)

Tidak meletakkan bola di atas garisan ketika mengambil tendangan ke dalam.

12.

Situasi 1 : Tendangan ke dalam telah diambil oleh seorang pemain dari pasukan A. Pemain tersebut membuat tendangan terus ke arah gol dan masuk ke dalam gawang gol pihak lawan tanpa menyentuh mana-mana pemain. Apakah keputusan pengadil bagi situasi tersebut?

a)

Gol dikira bagi pasukan A

b)

Gol tidak dikira, permainan diteruskan dengan balingan gol

c)

Gol tidak dikira, tendangan ke dalam dilakukan semula oleh pemain tersebut

d)

Gol tidak dikira, tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan

13.

Situasi 2 :Penjaga gol pasukan A membuat balingan gol (goal clearance) dari dalam kawasan penalti sendiri terus ke dalam gawang gol pasukan lawan tanpa menyentuh mana-mana pemain. Apakah keputusan pengadil bagi situasi tersebut?

a)

Gol dikira bagi pasukan A

b)

Gol tidak dikira, permainan diteruskan dengan balingan gol oleh penjaga gol pihak lawan

c)

Gol tidak dikira, balingan gol dilakukan semula oleh pemain tersebut

d)

Gol tidak dikira, penjaga gol A diberikan kad kuning

14.

Antara berikut, manakah merupakan kemahiran dalam permainan futsal?

a)

Melontar

b)

Menghadang

c)

Menjaringkan gol

d)

Menyangga

15.

Nyatakan satu otot penting yang terlibat dalam lakuan hantaran bola leret

a)

Quadriceps

b)

Biceps

c)

Pectoralis major

d)

Abdominis

16.

Aktiviti memanaskan badan merupakan aktiviti yang perlu dilakukan sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan atau permainan. Mengapakah aktiviti memanaskan badan penting?

a)

Supaya nampak lebih bergaya ketika bermain

b)

Kerana semua pemain melakukannya

c)

Supaya dapat memenangi pertandingan

d)

Supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan

17.

Apakah aspek penting yang perlu ditekankan dalam membentuk satu pasukan yang baik selain aspek teknikal pemain?

a)

Kecergasan pemain

b)

Saiz badan pemain

c)

Umur pemain

d)

Asal pemain

18.

Berikut merupakan kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan, kecuali..

a)

Menyihatkan tubuh badan

b)

Mendapat kenalan baru

c)

Memupuk semangat bersaing

d)

Mendapatkan ganjaran

19.

Apakah saiz bola bagi permainan futsal? *

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

20.

Berikut merupakan faktor keselamatan yang perlu diambil kira sebelum memulakan sesuatu perlawanan futsal, kecuali..

a)

Keadaan permukaan gelanggang

b)

Pemakaian pemain

c)

Kesihatan pemain

d)

Makanan pemain