Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Procurement Quiz

Total questions: 15

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perolehan?

a)

Belian perbelanjaan kecil-kecilan yang kerap berlaku.

b)

Suatu perbuatan mendapatkan atau membeli barangan dan perkhidmatan.

c)

Kajian pasaran yang berpatutan dibuat supaya barang yang akan dibeli itu adalah yang paling sesuai dan menguntungkan.

d)

Kontrak yang diuruskan oleh Perbendaharaan kerana pembelian secara banyak mendapat harga murah.

2.

Mana antara berikut bukan kenyataan mengenai kaedah perolehan melalui Panjar Wang Runcit?

a)

Kerani kewangan akan mengeluarkan sejumlah wang daripada bank.

b)

Belian perbelanjaan kecil-kecilan yang kerap berlaku yang nilainya kecil di antara RM100.00 hingga RM200.00.

c)

Wang yang telah dibelanjakan akan digantikan semula untuk menjadi seperti jumlah asal.

d)

Belian yang nilainya kurang dari RM 20,000

3.

Encik Ahmad ingin mendapatkan senarai harga alat tulis daripada Syarikat Mesra untuk kegunaan pekerja-pekerja beliau. Tentukan dokumen perniagaan yang perlu disediakan oleh Encik Ahmad sebelum mendapat senarai harga tersebut.

a)

Invois

b)

Surat tanya

c)

Sebut harga

d)

Pesanan belian

4.

Pilih tiga kaedah perolehan yang BETUL.

a)

Kontrak pusat

b)

Melalui tender

c)

Pembelian terus

d)

Melalui pekhidmatan

5.

Mengapakah kebanyakan syarikat memohon sebut harga barangan daripada tiga(3) buah syarikat pembekal?

a)

Memudahkan pekerja syarikat membeli barang.

b)

Memudahkan pihak atasan membuat kelulusan membeli barang.

c)

Membolehkan syarikat pembekal menghantar barangan yang dibeli secara kredit.

d)

Mendapatkan sebut harga barangan yang paling menepati kehendak syarikat tersebut.

6.

Sebut harga ialah senarai harga barang yang diminta oleh pembeli sebagai jawapan kepada surat tanya.

a)

BETUL

b)

SALAH

7.

Perolehan terbahagi kepada tiga jenis iaitu melalui tender, sebut harga dan perolehan kerajaan.

a)

BETUL

b)

SALAH

8.

Pembelian melalui kontrak pusat biasanya melibatkan perolehan yang sedikit bilangan unitnya.

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Kebiasaanya bagi Pembelian Terus yang melebihi nilai RM1,000.00 tetapi kurang daripada RM20,000.00.

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Pembelian terus dilakukan semasa kecemasan dengan andaian kelewatan akan menjejaskan kepentingan awam

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

Nyatakan maksud dokumen perniagaan dalam negeri.

a)

Kajian pasaran yang berpatutan dibuat supaya barang yang akan dibeli itu adalah yang paling sesuai dan menguntungkan.

b)

Dihantar oleh pembeli (pelanggan) kepada penjual (pembekal) untuk membuat pesanan perolehan.

c)

Suatu perbuatan mendapatkan atau membeli barangan dan perkhidmatan.

d)

Catatan bertulis yang digunakan apabila sesuatu urus niaga dalam negeri dijalankan antara pembeli dan penjual.

12.

Nyatakan TIGA jenis perisian yang sering digunakan dalam pemprosesan dokumen perolehan.

a)

UBS

b)

Fishbowl

c)

E-Perolehan

d)

Microsoft Word

13.

Syarikat Freshaure Sdn. Bhd. hendak membeli alatan pejabat. Susunkan proses pembelian barangan tersebut dengan BETUL.

i. Mendapatkan barangan daripada pembekal bersama invois.

ii. Membuat pesanan barangan dengan tiga pembekal dengan menghantar surat tanya.

iii. Menghantar dokumen pembelian seperti invois dan baucar kepada Unit Kewangan.

iv. Membuat pembelian barang dengan mengeluarkan borang pesanan setelah selesai memilih syarikat yang menguntungkan.

a)

i, ii, iii, iv

b)

iii, iv, i, ii

c)

ii, iv, i, iii

d)

iv, ii, iii, i

14.

Surat tanya

P

Senarai Harga

Sebut Harga

Berdasarkan maklumat dalam di atas, namakan dokumen P.

a)

Invois

b)

Nota serahan

c)

Surat jawapan

d)

Borang pesanan

15.

Berikut merupakan kepentingan menyediakan prosedur perolehan bagi sesebuah syarikat KECUALI ...

a)

Memudahkan pekerja syarikat membeli barang.

b)

Membuat rujukan atau panduan semasa menguruskan perolehan.

c)

Menghasilkan kerja yang sistematik dan terkawal.

d)

Dapat menguruskan perolehan secara telus.