wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ 2 : Kuiz Sajian Makanan

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Kalori adalah tenaga yang diperolehi daripada

a)

Karbohidrat dan gula ringkas yang diambil dari makanan dan minuman

b)

Lemak dan minyak yang diambil dari makanan dan minuman

c)

Protein dan tenusu yang diambil dari makanan dan minuman

d)

Makanan dan minuman yang diambil pada setiap hari

2.

Unit bagi tenaga ialah

a)

kilo tenaga (kkal)

b)

kilo karbohidrat (kkal)

c)

kilo lemak (kkal)

d)

kilo kalori (kkal)

3.

Keperluan kalori adalah berbeza mengikut

a)

Umur, jantina dan tahap aktiviti fizikal

b)

Umur, jantina , BMI dan tahap aktiviti fizikal

c)

Umur, jantina , tahap aktiviti fizikal dan cuaca

d)

Umur, jantina , tahap aktiviti fizikal dan waktu rehat

4.

Saranan pengambilan gula tambahan seperti gula pasir, perang, madu, gula sirap adalah

a)

Tidak melebihi 6 % keperluan harian

b)

Tidak melebihi 8 % keperluan harian

c)

Tidak melebihi 10 % keperluan harian

d)

Tidak melebihi 12 % keperluan harian

5.

Saranan pengambilan minyak dan lemak ialah

a)

Tidak melebihi 8 sudu teh sehari

b)

Tidak melebihi 10 sudu teh sehari

c)

Tidak melebihi 12 sudu teh sehari

d)

Tidak melebihi 14 sudu teh sehari

6.

Saranan pengambilan garam (NaCl) adalah tidak melebihi

a)

5 sudu teh

b)

6 sudu teh

c)

7 sudu teh

d)

8 sudu teh

7.

Contoh satu sajian bijiin & produk bijirin serta ubi - ubian yang betul mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020 ialah

a)

1 keping roti canai = 1 keping roti putih

b)

2 senduk nasi = 1 cawan bubur

c)

6 keping biskut kraker = 1 cawan bijirin sarapan

d)

1 cawan mi = 1 biji kentang

8.

Berikut merupakan satu sajian buah - buahan yang betul berpandukan Piramid Makanan Malaysia 2020 kecuali

a)

9 biji anggur

b)

1 potong betik

c)

2 biji pisang emas

d)

1 biji epal saiz sederhana

9.

Contoh satu sajian sayur - sayuran berikut adalah betul berpandukan Piramid Makanan Malaysia, kecuali

a)

Sayur - sayuran berdaun hijau dengan batang dimasak perlu diambil sebanyak setengah cawan teh

b)

Sayur - sayuran berbuah dimasak perlu diambil sebanyak setengah cawan teh

c)

Ulam - ulaman perlu diambil sebanyak satu cawan teh

d)

Sayur - sayuran berubi dimasak perlu diambil sebanyak satu cawan teh

10.

Berikut merupakan contoh satu sajian protein berikut mengikut Piramid Makanan Malaysia 2020, kecuali

a)

2 keping daging merah tanpa lemak (7.5 cm x 9 cm x 0.5 cm)

b)

1 ekor ikan kembung sederhana

c)

1 ketul paha ayam

d)

1 keping tauhu

11.

Contoh satu sajian protein yang berikut, yang manakah adalah betul mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020?

a)

1 keping tempe

b)

2 biji telur ayam gred A

c)

3/4 cawan ikan bilis tanpa kepala

d)

2 ketul paha ayam

12.

Antara berikut, contoh satu sajian susu dan produk tenusu yang tidak mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020 ialah

a)

1 gelas susu rendah lemak

b)

3 sudu makan (membumbung) susu tepung

c)

1 keping keju

d)

1 cawan teh yogurt

13.

Antara berikut, makanan ini perlu dikawal dan dikurangkan untuk memastikan amalan makanan yang sihat setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia 2020 kecuali

a)

Pengambilan makanan / minuman manis setiap hari

b)

Pengambilan makanan masin

c)

Pengambilan minuman teh / kopi tanpa gula

d)

Pengambilan makanan segera

14.

Apakah Lemak Trans ?

a)

Sejenis lemak di mana rantai asid lemaknya mempunyai ikatan tunggal dan bersifat pepejal pada suhu bilik

b)

Sejenis lemak di mana rantai asid lemaknya mempunyai ikatan double bond dan bersifat cecair pada suhu bilik

c)

Sejenis lemak terhasil daripada proses hidrogenasi minyak sayuran yang menjadikan lemak bersifat cecair pada suhu bilik

d)

Sejenis lemak terhasil daripada proses hidrogenasi minyak sayuran yang menjadikan lemak lebih pejal pada suhu bilik

15.

Antara kenyataan berikut, ia merupakan tips untuk mengurangkan pengambilan lemak yang kecuali

a)

Pilih daging tanpa lemak dan buangkan lemak pada daging sebelum memasak

b)

Buangkan kulit pada ayam sebelum memasak

c)

Salutkan tepung pada ayam/ikan/udang/sotong sebelum menggoreng

d)

Elakkan dan hadkan pengambilan organ dalaman