wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah T1 Bab 3

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Zaman PraSejarah?

a)

zaman dahulu

b)

zaman sebelum manusia pandai membaca

c)

zaman sebelum manusia mengenal tulisan

d)

zaman sebelum manusia maju

2.

Zaman PraSejarah dapat dibahagikan kepada dua iaitu zaman logam dan ?

a)

zaman batu

b)

zaman kayu

c)

zaman logam

d)

zaman paleolitik

3.

Ciri- ciri Zaman Paleolitik yang juga dikenali sebagai Zaman Batu Awal ialah ?

a)

manusia hidup menggunakan alatan batu

b)

manusia menggunakan alatan batu yang serba ringkas

c)

manusia telah pandai membaca

d)

manusia menggunakan alat daripada sumber semula jadi

4.

Zaman batu terdiri daripada 3 zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik dan ?

a)

Zaman Neolitik

b)

Zaman Besi

c)

Zaman Logam

d)

Zaman Patriotik

5.

Tempoh masa terjadinya Zaman Neolitik adalah

a)

10 000 - 2000 SM

b)

2.5 JUTA TAHUN - 8000 SM

c)

12 000 - 4000 SM

d)

3000- 1000 SM

6.

Zaman Logam merujuk kepada?

a)

penggunaan teknologi yang lebih maju

b)

penggunaan teknologi besi oleh manusia

c)

penggunaan teknologi gangsa dan besi oleh manusia

d)

penggunaan teknologi gangsa oleh manusia

7.

Lokasi Zaman PraSejarah terdapat di kawasan ?

a)

kawasan pedalaman seperti di dalam hutan

b)

kawasan terdedah seperti di lembah sungai

c)

kawasan tinggi seperti di atas gunung

d)

kawasan tertutup seperti di dalam gua

8.

Antara lokasi Zaman PraSejarah di Asia Tenggara ialah?

a)

Ban Chiang, Thailand

b)

Gua Tempurung, Malaysia

c)

Lenggong, Malaysia

d)

Sa Hyun, Vietnam

9.

Pada Zaman Neolitik, manusia kurang menjalankan aktiviti pengumpulan makanan kerana?

a)

manusia telah mempunyai ilmu pengetahuan

b)

manusia telah mempunyai simpanan makanan yang cukup

c)

manusia telah menjalankan aktiviti jual beli

d)

manusia telah mula menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan,

10.

Pengkhususan pekerjaan pada Zaman PraSejarah bermula pada Zaman?

a)

Paleolitik

b)

Neolitik

c)

Mesolitik

d)

Logam

11.

Manusia pada Zaman Awal PraSejarah hidup secara nomad. Apakah yang dimaksudkan dengan nomad?

a)

hidup secara sederhana

b)

hidup dengan bergantung kepada alam semula jadi

c)

hidup berpindah randah

d)

hidup dalam kelompok yang kecil

12.

Aspek kesenian dan kebudayaan pada Zaman PraSejarah telah bermula semenjak Zaman Paleolitik lagi. Apakah yang telah dilakukan oleh masyarakat pada Zaman Paleolitik dari aspek kesenian dan kebudayaan?

a)

mula membuat alatan untuk kegunaan harian

b)

mula membuat ukiran pada tembikar

c)

mula menghasilkan lukisan pada dinding gua yang bersifat realisme.

d)

mula membuat corak berbentuk geometri.

13.

Gambar rajah di sebelah adalah peralatan yang dicipta oleh masyarakat prasejarah. Apakah zaman prasejarah tersebut ?

a)

Zaman Neolitik

b)

Zaman Paleolitik

c)

Zaman Mesolitik

d)

Zaman Logam

14.

Peralatan di bawah digunakan untuk memburu binatang pada zaman prasejarah kecuali

a)

Meriam

b)

Panah

c)

Sumpit

d)

Tombak

15.

Manakah antara berikut merupakan lokasi zaman Prasejarah di dunia

a)

Gua tabon Filipina

b)

Altamira Sepanyol

c)

Catal huyuk Turki

d)

Ban Chiang Thailand

16.

Berikut menunjukkan bukti kehidupan manusia zaman Prasejarah di Asia Tenggara


-Rangka Perak Man yang berusia antara 11000 hingga 10000 SM


Di manakah rangka tersebut ditemukan

a)

Sa Hyun Vietnam

b)

Lenggong Malaysia

c)

Ban Chiang Thailand

d)

Gua padah Lin Myanmar

17.

Peralatan zaman prasejarah

-loceng gangsa


Di manakah peralatan tersebut dijumpai

a)

Raub Pahang

b)

Klang Selangor

c)

Sungai tembeling Pahang

d)

Kampung Pencu Muar Johor

18.

Senarai berikut menunjukkan peralatan besi pada zaman.

-kapak besi bersoket

-tulang Mawar

-pisau bersoket


Apakah kegunaan peralatan besi tersebut

a)

Bertani

b)

Memburu

c)

Peralatan memasak

d)

Peralatan untuk mempertahankan diri

19.
Gambar berikut merupakan peralatan batu yang dicipta oleh masyarakat prasejarah. Pada zaman bilakah peralatan batu ini dicipta?
a)
Mesolitik
b)
Paleolitik
c)
Neolitik
d)
Logam
20.

Manusia mula menjalankan kegiatan memburu dan menangkap ikan bermula pada zaman

a)

Mesolitik

b)

Logam

c)

Paleolitik

d)

Besi

21.
Manusia mula menjalankan kegiatan bercucuk tanam pada zaman...
a)
Logam
b)
Neolitik
c)
Paleolitik
d)
Mesolitik
22.

Anda membuat lawatan ke Zhoukoudian, China. Apakah bukti Zaman Prasejarah yang akan anda temui di sana?

a)

Rangka manusia

b)

Catatan harian

c)

Lukisan Purba

d)

Alatan batu

23.

Apakah tujuan pembinaan Stonehenge di Britian?

a)

Upacara ritual

b)

Pusat perdagangan

c)

Kawasan pasar

d)

Tempat kajian binatang

24.

Apakah persamaan bagi tempat tinggal manusia pada zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik?

a)

Membina rumah daripada tanah liat

b)

Membina pondok di kawasan lapang

c)

Tinggal di kawasan pesisiran pantai

d)

Tinggal di dalam gua batu kapur

25.

Manusia pada zaman Neolitik menjalankan aktiviti perdagangan menggunakan sistem

a)

kewangan

b)

jual beli

c)

barter

d)

pengiraan

26.

Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah.


*Terdapat dua ketua yang dipilih

*Pembahagian dalam sistem sosial

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

27.

*Binaan khusus telah diwujudkan bagi upacara ritual dan menyempurnakan kepercayaan mereka.


Zaman manakah yang menepati kepercayaan tersebut?

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

28.

pernyataan berikut berkaitan dengan sumbangan tamadun awal.*Aliran sastera dan seni yang menggambarkan kisah hidup yang sebenar.


Apakah istilah yang sesuai digunakan dengan pernyaan berikut?

a)

Simbolisme

b)

Realisme

c)

Geometri

d)

Estetika

29.

Aktiviti perdagangan negara China dan Vietnam penting pada abad ke-14 dan ke-15.

Apakah komoditi perdagangan penting pada masa tersebut?

a)

Minyak

b)

Gading gajah

c)

Tembikar

d)

Rempah

30.

Antara berikut, aktiviti ekonomi manakah yang dilakukan oleh manusia Zaman Logam?

a)

Aktiviti pelayaran

b)

Menggunakn peralatan batu

c)

Membuat tembikar

d)

Aktiviti pertukaran peralatan besi