NEW
Font size
WorksheetsBM Tingkatan 3 (Mei 2021)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Para _________ telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.
hartawan
dermawan
olahragawan
sukarelawan
Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak ________ tikus.
digerit
digigit
dikutip
dikelip
Ahmad cuba mengubah kedudukan rak itu _______ ruang tamu _______ ruang dapur rumahnya.
dari ... kepada
dari ... ke
daripada ... ke
daripada ... kepada
Sila pilih kesalahan dalam ayat di bawah. Jika tiada kesalahan, sila pilih tiada kesalahan.
Kemunculan budaya Barat menyebabkan adat resam semakin dilupakan oleh setengah generasi pada masa ini.
adat resam
pada
setengah
Tiada kesalahan
Sila pilih kesalahan dalam ayat di bawah. Jika tiada kesalahan, sila pilih tiada kesalahan.
Masyarakat telah melakukan berbagai-bagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan lama.
supaya
berbagai-bagai
awet
Tiada kesalahan
Sila pilih ayat di bawah yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Puan Salmah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis itu.
II. Jom kita bermain di padang esok kerana cuaca pada hari esok akan cerah.
III. Pelajar itu mempunyai masa depan yang cerah.
IV. Ramai pelajar yang suka berkawan dengan dia kerana sikapnya yang cerah.
I dan II
III dan IV
I, II, dan III
II, III dan IV
Sila pilih ayat yang paling hampir maksud seperti di bawah.
Pencemaran bahasa dapat dielakkan jika semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa.
Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak.
Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.
Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan.
Siapakah nama watak utama bagi novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya?
Farhani
Farhan
Fartani
Ferrari
Antara nama watak di bawah, yang manakah bukan nama kawan kepada watak utama novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya?
Kim Yong
Haikal
Devnath
Amirul
Siapakah yang akan mewarisi takhta kerajaan kumbang dalam novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya?
Maharaja Tanduk
Komander Caucasus
Dara Bintik
Puteri Coleoptera
