wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prinsip Perakaunan T4 (Modul1-4)

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Perakaunan merupakan proses

a)

A. merekod urus niaga dalam dua akaun

yang berlainan

b)

B. mengelas, merekod dan meringkas urus niaga dalam nilai wang

c)

C. mengelas, merekod, mentafsir, melapor

dan menganalisis maklumat kewangan.

d)

D. merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu

2.

Mengikut kitaran perakaunan, apakah yang harus dibuat selepas perekodan di Buku Catatan Pertama?

a)

A. Pengeposan ke lejar

b)

B. Penyediaan Imbangan Duga

c)

C. Penyediaan Penyata Kewangan

d)

D. Catatan Penutup

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan tuntutan terhadap aset perniagaan oleh pihak luar?

a)

A Liabiliti

b)

B. Aset semasa

c)

C. Ekuiti pemilik

d)

D. Aset bukan semasa

4.

Antara berikut, yang manakan merupakan butiran aset semasa?

I Overdraf bank

II. Deposit telefon

III. Hasil terdahulu

IV. Hasil terakru

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D.III dan IV

5.

Penyata Kewangan terdiri daripada berikut, kecuali .....

a)

A. Akaun Perdagangan

b)

B. Akaun Untung Rugi

c)

C. Imbangan Duga

d)

D. Kunci Kira-Kira

6.

Antara dokumen berikut, yang manakah tidak boleh dijadikan sumber untuk perekodan?

a)

A Memo

b)

B. Invois

c)

C. Nota debit

d)

D. Sebut harga

7.

Perniagaan Teraju Perintis membekalkan kamus yang berharga RM 12 sebuah. Diskaun niaga yang ditawarkan ialah 10 % bagi belian sebanyak 40 hingga 80 buah dan 15 % bagi belian yang melebihi 80 buah. Berapakah jumlah diskaun niaga jika pelanggan membeli 180 buah kamus?

a)

A. RM 96

b)

B. RM 144

c)

C. RM 216

d)

D. RM 324

8.

Catatan dalam Jurnal Jualan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam

a)

A. resit

b)

B. bil tunai

c)

C. invois asal

d)

D. invois salinan

9.

Buku Catatan Pertama yang merupakan Jurnal Khas ialah ......

a)

A. Jurnal Am

b)

B. Buku Tunai

c)

C. Jurnal Belian

d)

D. Buku Tunai Runcit

10.

Dokumen perniagaan terbahagi kepada dua iaitu dokumen sumber dan dokumen bukan sumber.

a)

Benar

b)

Salah

11.

Dokumen bukan sumber ialah

a)

Penyata bank

b)

Bil tunai

12.

Fungsi Invois

a)

belian dan jualan secara kredit

b)

belian dan jualan secara tunai

13.

Menjual secara tunai 20 kotak pemadam yang berharga RM 12 sekotak kepada Toko Ibrahim. Jumlah RM240

a)

invois salinan

b)

resit salinan

c)

bil tunai salinan

d)

keratan cek

14.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Encik Johan.

"Encik Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan"


Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?

a)

Pengiktirafan hasil dan belanja

b)

Tempoh perakaunan

c)

Entiti berasingan

d)

Wang sebagai ukuran

15.

Pada tahun kewangan 2019, Kedai Buku Ali masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 800.


Apakah konsep perakaunan yang terlibat?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Tempoh perakaunan

d)

Wang sebagai ukuran

16.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Basiron.


"Encik Basiron menggunakan kaedah garis lurus untuk mengira susut nilai kenderaan bagi setiap tempoh perakaunan"


Apakah konsep yang diamalkan oleh perniagaan Encik Basiron?

a)

Tempoh perakaunan

b)

Ketekalan

c)

Prinsip Kos

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

17.

Pernyataan di bawah berkaitan subbidang perakaunan.


"Kerja-kerja pemeriksaan dokumen perniagaan dan rekod kewangan dilakukan untuk mengesahkan rekod perakaunan adalah betul dan tepat"


Apakah subbidang tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan kewangan

d)

Perakaunan pengurusan

18.

Di dalam organisasi perniagaan, siapakah yang berminat untuk mengetahui maklumat di dalam penyata kewangan?

a)

Bank

b)

Akaun belum bayar

c)

Pihak pengurusan

d)

Pesaing perniagaan

19.

Catatan dalam Jurnal Jualan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam

a)

A. resit

b)

B. bil tunai

c)

C. invois asal

d)

D. invois salinan

20.

Buku Catatan Pertama yang merupakan Jurnal Khas ialah ......

a)

A. Jurnal Am

b)

B. Buku Tunai

c)

C. Jurnal Belian

d)

D. Buku Tunai Runcit

21.

Antara berikut, yang manakah merupakan tuntutan terhadap aset perniagaan oleh pihak luar?

a)

A Liabiliti

b)

B. Aset semasa

c)

C. Ekuiti pemilik

d)

D. Aset bukan semasa

22.
Pada tahun kewangan 2009, Kedai Buku Ali masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 800.   Apakah konsep perakaunan yang terlibat?
a)
Ketekalan
b)
Kos sejarah
c)
Tempoh perakaunan
d)
Wang sebagai ukuran
23.

Antara berikut, butir yang manakah dicatat dalam Buku Tunai Runcit?


I Tambang

II. Gaji kerani

III.Komputer pejabat

IV. Upah mencuci pejabat

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

24.

Antara berikut, maklumat yang

manakah tidak akan direkod di

dalam Buku Tunai Runcit?

a)

A. Membeli sekotak klip kertas

b)

B. Menghantar bungkusan berdaftar

c)

C. Membayar gaji pembantu pejabat

d)

D. Membayar sepasang kunci tambahan

25.

ASET BUKAN SEMASA KECUALI

a)

Premis

b)

Kenderaan

c)

Inventori

d)

Mesin

26.

Liabiliti semasa kecuali

a)

Gadai janji

b)

Overdraft

c)

ABB

d)

Hasil belum terperoleh

27.

Liabiliti Bukan Semasa ialah hutang peniagaan yang __________ dari setahun untuk menjelaskannya.

a)

lebih

b)

kurang

28.

Aset Semasa mempunyai tahap kecairan yang lebih _________ daripada Aset Bukan Semasa.

a)

rendah

b)

tinggi

29.

Diskaun diberi ialah _________ dan _________ Untung bersih.

a)

hasil, menambahkan

b)

belanja, mengurangkan

c)

hasil, mengurangkan

d)

belanja, menambahkan

30.

Kos membaik pulih mesin perniagaan dikira sebagai ___________ dan __________ Untung bersih.

a)

belanja, mengurangkan

b)

hasil, menambahkan

c)

belanja, menambahkan

d)

hasil, mengurangkan

31.

Membayar upah pengasuh anak dengan tunai perniagaan.

a)

Ambilan bertambah, Modal berkurang

b)

Ambilan bertambah, Tunai berkurang

c)

Modal berkurang, Tunai berkurang

d)

Modal berkurang, Belanja bertambah

32.

Memindahkan tunai di tangan ke dalam bank.

a)

Tunai berkurang, Bank bertambah

b)

Tunai bertambah, Bank berkurang

33.

Menjual barang niaga berkos RM 1 000 dengan harga RM 1 500 secara tunai

a)

Inventori berkurang RM 1 500, Tunai bertambah RM 1 500, Untung bersih bertambah RM 1 500

b)

Inventori berkurang RM 1 000, Tunai bertambah RM 1 500, Untung bersih bertambah RM 500

34.

Membayar tunai RM 500 kepada pembekal dan menerima diskaun sebanyak RM 50

a)

Tunai berkurang RM 550, Akaun Belum Bayar berkurang RM 550, Untung bersih bertambah RM 50

b)

Tunai berkurang RM 500, Akaun Belum Bayar berkurang RM 550, Untung bersih bertambah RM 50

35.

Berikut

menunjukkan ciri-ciri satu perniagaan


· Liabiliti pemilik terhad

· Bilangan ahli dua hingga lima puluh orang

· Laporan kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai

· Bendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Manakah jenis perniagaan yang menepati ciri-ciri tersebut?

a)

Eddy Tan Berhad

b)

Klinik Eddy & Tan

c)

Eddy & Tan Enterprise

d)

Eddy Tan Sendirian Berhad

36.

Manakah padanan yang betul?

a)

Akaun Berkaitan - Susut nilai kenderaan

Akaun kontra - Susut nilai terkumpul kenderaan

b)

Akaun Berkaitan - Hutang lapuk

Akaun kontra - Peruntukan hutang ragu

c)

Akaun Berkaitan - Jualan

Akaun kontra - Diskaun diterima

d)

Akaun Berkaitan - Modal

Akaun kontra - Ambilan

37.

Berikut adalah sistem kod penyimpanan rekod perakaunan Kedai Elektrik Pacifix yang digunakan untuk membina carta akaun dalam perakaunan berkomputer.


KOD JENIS AKAUN

1000 – 1999 ASET

2000 – 2999 LIABILITI

3000 – 3999 HASIL

4000 – 4999 BELANJA

5000 – 5999 EKUITI PEMILIK


Nyatakan nombor kod yang tepat bagi Akaun Modal?

a)

5001

b)

4001

c)

3001

d)

2001

38.

Fatimah Enterprise menjelaskan hutang sebanyak RM 2 000 kepada Perniagaan Cahaya selepas mengambil kira diskaun tunai.

Apakah catatan bergu yang perlu direkodkan di dalam buku perakaunan Perniagaan Cahaya ?

a)

Akaun didebitkan - Bank & Diskaun Diberi

Akaun dikredit - Fatimah Enterprise

b)

Akaun didebitkan - Bank

Akaun dikredit -Fatimah Enterprise & Diskaun Diberi

c)

Akaun didebitkan - Fatimah Enterprise & Diskaun Diberi

Akaun dikredit - Bank

d)

Akaun didebitkan - Fatimah Enterprise

Akaun dikredit - Bank & Diskaun Diberi

39.

Semua rekod di dalam Buku Catatan Pertama adalah berdasarkan dokumen sumber. Apakah padanan yang betul apabila pembekal terkurang caj di atas belian barang niaga secara kredit?

a)

Dokumen Sumber - Memo

Buku Catatan Pertama - Buku tunai

b)

Dokumen sumber - Invois

Buku Catatan Pertama - Jurnal belian

c)

Dokumen sumber - Nota debit

Buku catatan pertama - Jurnal belian

d)

Dokumen sumber - Nota kredit

Buku catatan pertama - Jurnal pulangan belian

40.

Hasan pemilik Kedai Runcit Global ingin membeli barang niaga secara kredit dengan Syarikat Gemilang.

Apakah dokumen yang digunakan di dalam aliran urusniaga tersebut?

a)

Katalog -> Invois -> Borang Pesanan -> Resit

b)

BorangPesanan> Invois > Katalog > Resit

c)

Borang Pesanan>Katalog >Resit > Invois

d)

Katalog >Borang Pesanan > Invois > Resit