NEW
Font size
WorksheetsKUIZ EKONOMI JULAI 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Masalah pilihan dalam ekonomi berlaku kerana
faktor pengeluaran dalam ekonomi adalah terhad
kadar pertumbuhan penduduk yang tidak terkawaL
kehausan dan kepupusan sumber alam semulajadi
faktor pengeluaran adalah tidak terhad dalam ekonomi
Antara yang berikut, pilihan manakah yang tepat mengambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi
Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan kutipan hasil cukai yang diperoleh
En. Husaini dapat membeli semua barang yang disukainya dengan pendapatan yang tinggi hasil daripada keuntungan perniagaannya
Syarikat Ali Bhd mampu mengeluarkan semua barang yang diminta pengguna kerana mempunyai sumber ekonomi yang banyak
Puan Aisyah hanya mampu membeli sepasang kasut sukan sahaja untuk anaknya setelah menerima wang Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300
Antara yang berikut yang manakah merupakan analisis keluk kemungkinan pengeluaran?
I Ekonomi mengeluarkan 2 jenis barang sahaja
II Tingkat teknologi sentiasa berubah
III Sumber ekonomi tidak terhad
IV Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?
Kestabilan penawaran
Keadilan agihan pendapatan
Tiada persaingan antara firma
Keuntungan firma lebih tinggi
"Encik Awie telah berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM30,000. Dia membuat keputusan untuk menggunakan tanah seluas satu hektar bagi mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar dengan dibantu oleh dua orang pekerja tempatan".
Antara yang berikut, masalah asas ekonomi manakah yang telah diselesaikan oleh Encik Awie?
I Untuk siapa dikeluarkan
II Apa yang hendak dikeluarkan
III Bagaimana hendak dikeluarkan
IV Berapa yang hendak dikeluarkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah benar tentang hukum permintaan?
Sofea akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang menurun
Fauzan akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang meningkat
Syarikat Amir akan mengeluarkan lebih banyak barang apabila harga barang menurun
Syarikat Wafi akan mengeluarkan lebih banyak barang apabila harga barang meningkat
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan pergerakan keluk penawaran kereta tempatan beralih ke kiri?
Pemberian subsidi oleh kerajaan
Penurunan harga besi keluli di pasaran
Pengeluar kereta bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan
Syarikat penjualan kereta bermatlamat untuk memaksimumkan jualan
"Apabila harga barang S meningkat, kuantiti permintaan terhadap barang T juga meningkat".
Apakah kemungkinan barang S dan barang T ?
Bas dan petrol
Kereta Honda dan Kereta Vios
Gula dan garam
Mesin pencetak dan katrij dakwat
Apakah kesan terhadap pasaran barangan apabila lebihan penawaran berlaku?
I Tingkat harga barang akan menurun
II Kuantiti diminta barang meningkat
III Tingkat harga barang akan meningkat
IV Kuantiti diminta barang akan menurun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah di atas menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran kereta tempatan.
Tindakan kerajaan manakah yang menyebabkan perubahan tersebut?
Melonggarkan syarat sewa beli
Menaikkan kadar faedah pinjaman
Melaksanakan kempen perkongsian kereta
Mengurangkan pelepasan cukai pendapatan
Penawaran biskut bertambah daripada 160 unit kepada 220 unit apabila harga biskut meningkat daripada RM 1.50 kepada RM 2.00. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran untuk biskut tersebut?
0.53
0.89
1.13
1.64
Permintaan sesuatu barang itu cenderung menjadi tidak anjal jika
Perbelanjaan merupakan sebahagian kecil daripada pendapatan
Barang itu ialah barang kehendak
Barang itu mempunyai banyak kegunaan
Barang itu mempunyai banyak pengganti
Penawaran sesuatu barang menjadi anjal apabila
Berlaku tambahan kos pengeluaran yang sangat besar
Bilangan firma yang sedikit dalam pasaran
Mobiliti faktor pengeluaran yang rendah
Pengeluaran berlaku dalam jangka masa panjang
Mengapakah wang boleh digunakan sebagai alat bayaran tertunda?
Wang mempunyai nilai yang stabil
Wang merupakan alat pertukaran yang sah
Wang boleh digunakan untuk pembahagian nilai
Wang dapat mengatasi masalah mendapatkan kehendak serentak
Apakah kelebihan menggunakan perkhidmatan overdraf dalam sesuatu urusniaga?
Boleh mengeluarkan wang tanpa had
Pendeposit di bank perdagangan layak ditawarkan kemudahan ini
Dapat digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai
Faedah yang dikenakan tidak tertakluk terhadap wang yang dikeluarkan
Antara berikut, yang manakah menunjukkan fungsi bank pusat?
Menerima deposit daripada orang ramai
Memberi kemudahan pinjaman kepada firma
Menguruskan akaun kerajaan
Penasihat kewangan kepada syarikat korporat
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faedah sampingan?
I Cuti bersalin
II Suasana tempat kerja
III Jaminan kerja
IV Kemudahan pinjaman perumahan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
"Pendapatan individu = Upah + Sewa + Faedah + Z + Untung + Bayaran pindahan"
Z merujuk kepada
Elaun
Dividen
Pencen
KWSP
Apakah aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua?
Penanaman kelapa sawit dan pembinaan jalan raya
Pembinaan rumah dan perusahaan perabot
Perusahaan tekstil dan perkhidmatan hotel
Perlombongan dan perkhidmatan insurans
"Encik Maulana telah membeli satu set perabot dengan bayaran ansuran RM200 sebulan selama 2 tahun"
Mengapakah Encik Malek memilih kaedah pembayaran tersebut?
I Harga lebih murah
II Menikmati diskaun harga
III Meringankan beban kewangan
IV Menikmati barang walaupun harga penuh belum dijelaskan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi?
I Mengelakkan inflasi
II Meningkatkan pendapatan
III Membolehkan individu membuat tabungan
IV Membolehkan individu mendahulukan perbelanjaan yang penting
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah yang betul tentang kos tetap?
Kos yang ditanggung untuk mengeluarkan seunit output
Wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang
Pembelian untuk mendapatkan bahan mentah dalam proses pengeluaran
Pembayaran yang perlu dilakukan walaupun pengeluaran belum bermula
Kos berubah = RM200
Kos purata = RM10
Jumlah output = 50 unit
Berapakah kos tetap?
RM100
RM200
RM300
RM400
Apakah kos berubah yang ditanggung oleh pengusaha dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan?
Bayaran sewa bangunan
Faedah atas pinjaman bank
Premium insurans
Bil air dan bil elektrik
Antara yang berikut, faktor yang manakah akan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi?
I Prosedur kerja yang fleksibel dan ringkas
II Proses membuat keputusan yang rumit
III Persekitaran kerja yang sempit dan berbahaya
IV Tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah pelaksanaan cukai oleh kerajaan dapat mengawal selia pengeluar?
Menambahkan modal pengeluar
Mengawal harga barang yang dijual
Meningkatkan kualiti barang yang dikeluarkan
Mengawal kadar pencemaran dalam pengeluaran barang
Tenaga Nasional Berhad dianggap sebagai syarikat monopoli semula jadi kerana
dimiliki oleh sektor swasta
mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi
disenaraikan di Bursa Malaysia
menanggung kos modal yang tinggi
Maklumat yang berikut berkaitan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
2015 = RM1 063 355 juta
2016 = RM1 108 227 juta
Apakah objektif makroekonomi tersebut?
Mengawal kestabilan harga
Mencapai tingkat guna tenaga penuh
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Menstabilkan imbangan pembayaran
Apakah kesan dasar harga maksimum yang dilaksanakan oleh kerajaan?
Kebajikan pengguna dapat dijaga
Meningkatkan penawaran pengeluar
Memaksimumkan pendapatan kerajaan
Memastikan semua rakyat mendapat barang kehendak
Manakah yang menyebabkan inflasi tolakan kos?
Pertambahan kos bahan api
Pengembangan kredit bank perdagangan
Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan
Pengurangan perbelanjaan pembelian barang modal
Bekalan wang dalam ekonomi berkurang sekiranya bank pusat
I Menaikkan kadar faedah
II Melonggarkan syarat sewa beli
III Membeli surat jaminan kerajaan
IV Menaikkan nisbah rizab berkanun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dasar fiskal menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui
I kenaikan cukai
II penurunan cukai
III pertambahan perbelanjaan kerajaan
IV pengurangan perbelanjaan kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Langkah kerajaan menurunkan kadar faedah dalam menangani kelembapan ekonomi akibat Covid-19 telah memberi impak kepada pengguna kerana
kos pinjaman pengguna meningkat
pengurangan jumlah pinjaman ke atas barangan mewah
kuasa beli pengguna dalam ekonomi meningkat
dapat menambah simpanan pengguna di bank perdagangan
Antara yang berikut, yang manakah hasil bukan cukai?
I Tarif
II Duti Setem
III Bayaran denda dan penalti
IV Royalti petroleum
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Syarikat multinasional merujuk kepada
Firma yang terlibat dengan pelbagai aktiviti pengeluaran
Firma yang menggunakan pekerja daripada pelbagai negara
Firma yang beroperasi di beberapa buah negara pada masa yang sama
Firma yang mengeluarkan pelbagai barang dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa
Bagaimanakah kerajaan menggalakkan globalisasi?
Pengecualian visa untuk pelancong negara tertentu
Pelupusan duti import untuk semua barang import
Pengecualian levi untuk pekerja asing di Malaysia
Pelupusan duti setem untuk rakyat asing yang membeli hartanah di Malaysia
Manakah yang merupakan kepentingan perdagangan antarabangsa?
Menambahkan lambakan barang di pasaran
Mengurangkan mobiliti tenaga buruh ke luar negara
Meneruskan kebergantungan terhadap sektor eksport
Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
New Zealand mengeluarkan dan mengeksport buah kiwi ke Malaysia.
Apakah faktor yang menyebabkan situasi tersebut?
Harga faktor pengeluaran
Iklim dan tanih
sumber alam semulajadi
Tingkat kecekapan pengeluaran
Apakah risiko yang dihadapi oleh syarikat multinasional?
Peningkatan modal insan
Pertambahan eksternaliti negatif
Perubahan dasar politik negara
Pembangunan dalam infrastruktur digital
Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan asing di Malaysia?
Negara yang menerima pelaburan asing senang mengawal aliran keluar untung
Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang menguntungkan
Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang boleh dikawal
berlaku lebihan Imbangan pembayaran
