Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 5: SEJARAH TINGKATAN 5 (5.4-5.6)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan pembentangan usul pembentukan Malaysia di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961?

a)

Menerangkan tujuan gagasan Malaysia

b)

Mendapatkan sokongan ahli dewan

c)

Meninjau pandangan pemimpin

d)

Menggubal perundangan baharu

2.

Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak dan Brunei pada Julai 1961?

a)

Menerangkan rancangan pembentukan Malaysia

b)

Meninjau kemajuan di kawasan tersebut

c)

Mendapatkan pandangan rakyat

d)

Merangka perlembagaan baru

3.

Siapakah yang mempengerusikan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Donald Stephens

c)

Datu Mustapha Datu Harun

d)

Ghafar Baba

4.

Antara berikut, yang manakah BUKAN tujuan penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia?

a)

Meyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia

b)

Mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia

c)

Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas diberi kepada Sarawak dan Sabah

d)

Menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia

5.

Apakah tujuan referendum Singapura diadakan pada bulan Ogos 1962 hingga September 1962?

a)

Menyatakan bentuk pilihan menyertai Malaysia

b)

Memberi kefahaman kepada penduduk tempatan

c)

Menerima pelbagai memorandum daripada rakyat

d)

Mengetahui reaksi penduduk terhadap penyatuan

6.

Apakah kesan rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British di London?

a)

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold

b)

Lawatan PBB ke Sarawak dan Sabah

c)

Referendum dilaksanakan di Singapura

d)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan

7.

Bilakah Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan?

a)

Mei 1961

b)

Januari 1962

c)

Julai 1961

d)

Jun 1962

8.

Manakah antara berikut, DUA tugas Suruhanjaya Cobbold?

a)

Membuat 35 lawatan ke Sabah dan Sarawak

b)

Membuat laporan kepada kerajaan British

c)

Mengadakan pungutan suara

d)

Merangka undang-undang

9.

- Ditubuhkan pada bulan Ogos 1962

- Dianggotai oleh wakil Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah

a)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

b)

Jawatankuasa Perpaduan Malaysia

c)

Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia

d)

Jawatankuasa Perundingan Antara Kaum

10.

Pasangan manakah yang BETUL tentang ahli Jawatankuasa Antara Kerajaan?

a)

Lord Lansdowne => Pengerusi

b)

Tun Hussein Onn => Timbalan Pengerusi

c)

Donald Stephens => Setiausaha Kewangan Sabah

d)

Koo Siak Chiew => Peguam Negeri Sarawak

11.

Manakah antara berikut merupakan DUA jawatankuasa kecil dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan?

a)

Kewangan

b)

Pendidikan

c)

Hubungan Luar

d)

Organisasi Jabatan

12.

Mengapakah Tuntutan 20 Perkara dikemukakan oleh pemimpin Sabah dan Sarawak?

a)

Memajukan ekonomi negeri

b)

Menjamin kebebasan asasi

c)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

d)

Melindungi hak dan kepentingan rakyat

13.

Bagaimanakah status sistem pendidikan Sarawak dan Sabah mengikut teras Perlembagaan Malaysia?

a)

Dikuasai oleh Kerajaan Pusat

b)

Dikawal oleh Kerajaan Negeri

c)

Diselia oleh Mahkamah Anak Negeri

d)

Diletakkan di bawah pentadbiran daerah

14.

Apakah kuasa autonomi yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?

a)

Imigresen

b)

Pertahanan

c)

Kebajikan sosial

d)

Hal ehwal luar negara

15.

Antara berikut manakah DUA intipati Perjanjian Malaysia?

a)

Pengiktirafan kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia

b)

Penduduk bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat pengiktirafan yang sama seperti orang Melayu

c)

Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963

d)

Penggunaan bahasa Inggeris tidak dibenarkan di Sabah dan Sarawak

16.

Mengapakah berlaku perubahan tarikh pembentukan Malaysia dari 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963?

a)

Bantahan daripada rakyat Brunei

b)

Laporan PBB tidak dapat disiapkan

c)

Tuntutan 20 Perkara ditolak kerajaan

d)

Kabinet Menteri lambat bermesyuarat

17.

Siapakah yang mengumumkan Pengisytiharan Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah?

a)

Tun Abdul Razak Hussein

b)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

c)

Datu Abang Haji Openg Abang Sapiee

d)

Datu Mustapha Datu Harun

18.

Apakah DUA tindakan Indonesia yang menunjukkan penentangan mereka terhadap pembentukan Malaysia?

a)

Melancarkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu

b)

Menyebarluaskan ideologi komunisme

c)

Mengadakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia

d)

Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak

19.

DUA tindakan Kementerian Luar Negeri menamatkan konfrontasi Indonesia.

a)

Mematahkan kempen propaganda

b)

Mendapatkan sokongan negara luar

c)

Membatalkan perjanjian persahabatan

d)

Meminta bantuan ketenteraan dari ASEAN

20.

Mengapakah Indonesia menentang pembentukan Malaysia?

a)

Keselamatan Indonesia terancam

b)

Malaysia bentuk penjajahan baharu

c)

Pembentukan Malaysia didalangi oleh British

d)

Kerajaan Indonesia dipengaruhi oleh Komunis