Font size
WorksheetsKEMARAHAN PJPK TING 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Salah satu faktor yang menyebabkan perasaan ____________apabila keperluan asas kita seperti makanan, tempat perlindungan dan kasih sayang tidak dipenuhi.
gembira
seronok
marah
ketawa
Berikut merupakan perubahan fizikal yang berlaku semasa mengalami kemarahan kecuali
berpeluh
menggigil
nada suara tinggi
kadar pernafasan meningkat
Antara berikut, manakah bukan implikasi kemarahan kepada kesihatan diri?
Konsep kendiri meningkat
Tekanan darah tinggi
Insomnia
Risiko kemurungan
Antara yang berikut, manakah merupakan cara mengawal kemarahan dengan betul?
Berfikir sebelum bercakap
Berhenti melakukan sebarang aktiviti
Mencederakan diri sendiri
Gunakan kata ganti diri pertama “saya”
Antara yang berikut, yang manakah bukan kesan akibat marah?
Menambahkan tekanan diri
Reputasi diri makin berkembang
Berisiko saluran jantung koronori
Kesan kepada tahap kesihatan
Yang manakah merupakan faktor-faktor yang menjadi punca kemarahan?
cemburu
pengalaman pahit
berpindah rumah/sekolah
gagal memenuhi impian/harapan
Anda ada di dalam kelas apabila seorang memanggil anda dengan nama yang tidak elok. Apa yang anda patut lakukan? Pilih dua daripada yang tersenarai.
Jerit balik terhadap orang yang membuat komen.
Ambil satu pernafasan dalam dan kira sehingga 10 saat, tidak mempedulikan kelakuan orang berkenaan.
Cuba mendapatkan kawan lain untuk membantu membalas dendam terhadap orang yang mencemuh anda.
Angkat tangan untuk menarik perhatian guru supaya guru berkenaan boleh kendalikan situasi ini.
Seseorang dalam kelas membaling belon yang berisi air dan terkena kepala anda. Apakah tindakan yang anda sepatutnya mengambil?
Angkat tangan untuk guru mengendalikan situasi ini.
Baling balik belon itu kepada orang berkenaan.
Tunggu sehingga akhir kelas dan baling balik belon itu kepada orang berkenaan.
Letak kepala di atas meja dan menangis.
Apakah definisi kemarahan ?
Perasaan semula jadi yang timbul akibat beberapa faktor yang seseorang individu tidak menyukainya.
Perasaan semula jadi yang timbul apabila seseorang individu mendapat apa yang diingini.
Perasaan semula jadi yang timbul apabila sesuatu perkara berlaku tanpa disedari
Perasaan semula jadi yang berlaku apabila segala yang dirancang berjalan dengan lancar
Apakah perkataan yang sinonim dengan Kemarahan ?
Sedih
Berang
Gembira
Merajuk
Kemarahan boleh berlaku disebabkan ?
Menerima pujian dari rakan-rakan
Memenangi cabutan bertuah
Mengalami tekanan hidup
Mendapat khabar berita yang baik
Antara berikut merupakan kesan kemarahan kepada kesihatan kepada diri, kecuali ?
Insomnia
Segala masalah berjaya diselesaikan
Gangguan penafasan
Meningkatkan risiko mengalami strok
Manakah diantara berikut merupakan cara mengawal kemarahan yang betul ?
Melepaskan kemarahan kepada rakan karib
Memukul orang yang dibenci
Mencari jalan penyelesaian
Memecahkan barang yang sudah tidak diperlukan
Terdapat banyak punca seseorang berasa marah. Apakah antara punca tersebut?
Sedia menerima tanggungjawab
Gagal memenuhi harapan
Mendapat penghargaan
Pengalaman manis
Sakit kepala, gangguan pernafasan dan insomnia ialah antara kesan kemarahan kepada kesihatan diri dan orang lain. Apakah kesan selain daripada yang dinyatakan?
Masalah kulit seperti ekzema
Memanjangkan jangka hayat
Melambatkan proses penuaan
Meningkatkan tahap keyakinan
"Dengan tenang, terangkan dengan jelas perkara yang menyebabkan anda berasa marah. Jangan menjerit, mengeluarkan kata-kata kesat atau membuat ancaman verbal."
Cara mengawal kemarahan yang manakah sesuai dengan pernyataan di atas?
Berhenti melakukan aktiviti
Mencari jalan penyelesaian
Tinggalkan punca kemarahan
Berfikir sebelum bercakap
Perubahan fizikal yang berlaku semasa mengalami kemarahan ialah
memaki
terkilan
berpeluh
Cemburu
Implikasi negatif kemarahan terhadap orang lain:
i Tanggapan negatif terhadap individu yang sering mempamerkan kemarahan.
ii Timbulnya perasaan kurang yakin dan tidak selesa.
iii Hubungan persahabatan akan menjadi mesra.
i dan ii
ii dan iii
i, ii dan iii
Cara Mengawal Kemarahan yang betul adalah seperti berikut kecuali ....
Apabila anda merasakan tahap kemarahan semakin meningkat, anda perlu mencari orang lain untuk melepaskan kemarahan
Tinggalkan perkara yang mencetuskan kemarahan. Kembali semula apabila anda sudah tenang dan bersedia untuk menghadapinya.
Mendapatkan bantuan kaunselor atau ahli psikologi terlatih dalam bidang kesihatan mental dan emosi.
Antara berikut yang manakah cara terbaik untuk mengawal kemarahan?
I Berfikir selepas bercakap
II Cuba bertenang
III Dapatkan bantuan
IV Mencari jalan penyelesaian
I, II, dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
II, III, dan IV
