wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NEGERI SEMBILAN 2020

Total questions: 44

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan faktor pengeluaran dalam ekonomi.

Pasangan manakah yang betul?

a)

Buruh - Dikategorikan sebagai input berubah

b)

Tanah - Bangunan & kilang

c)

Modal - Mengatur strategi pengeluaran

d)

Usahawan - Berkekalan dari segi geografi

2.

Jadual berikut menunjukkan kombinasi pengeluaran negara M. Kombinasi 20 unit Barang A dan 12 unit Barang B dapat dicapai jika

a)

mengurangkan bilangan buruh

b)

menggunakan teknologi moden

c)

mengekalkan pengeluaran Barang A

d)

ekonomi mencapai guna tenaga penuh

3.

Tujuan isi rumah membuat pilihan ialah untuk

a)

mengelakkan pembaziran

b)

memaksimumkan kepuasan

c)

mengatasi masalah kekurangan

d)

memperoleh barang yang berkualiti

4.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri ekonomi Islam?

a)

Menyucikan hati pemilik harta dari sifat tamak

b)

Mewujudkan persaingan yang sihat antara individu

c)

Keseimbangan antara kepetingan individu dan masyarakat

d)

Kerajaan sebagi pengeluar tunggal barangan dalam ekonomi

5.

Antara berikut, yang manakah betul tentang permintaan?

a)

Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan

b)

Pendapatan individu mempengaruhi permintaan suatu barang

c)

Hubungan antara harga dan kuantiti diminta adalah songsang

d)

Pengembangan permintaan berlaku akibat penurunan kadar cukai

6.

Rajah berikut menunjukkan perubahan kuantiti penawaran suatu barang.

Pasangan manakah yang betul?

a)

b)

c)

d)

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan keanjalan harga permintaan dan strategi bagi suatu barang.

Pasangan manakah yang betuk akibat kesan strategi tersebut?

a)

Kuantiti diminta - berkurang

Jumlah hasil - meningkat

b)

Kuantiti diminta - bertambah

Jumlah hasil - menurun

c)

Kuantiti diminta - berkurang

Jumlah hasil - menurun

d)

Kuantiti diminta - bertambah

Jumlah hasil - meningkat

8.

Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan pasaran Barang W.

Tentukan kesan yang betul jika harga Barang W melebihi RM30.

a)

Berlaku lebihan permintaan pasaran

b)

Pengguna akan menambah permintaan

c)

Pengeluar akan mengurangkan penawaran

d)

Kuantiti penawaran melebihi kuantiti permintaan

9.

Rajah berikut menunjukkan peralihan keluk penawaran kesan dari perlaksanaan dasar cukai.

Pernyataan manakah yang betul?

a)

Hasil cukai kerajaan ialah RM160

b)

Beban cukai pengeluar ialah RM40

c)

Beban cukai pengguna ialah RM120

d)

Hasil baharu pengeluar ialah RM240

10.

Jadual berikut menunjukkan peratus perubahan kuantiti ditawar dan peratus perubahan harga bagi Barang X.

Penentu manakah yang mempengaruhi keanjalan harga barang tersebut?

a)

Barang tahan lama

b)

Mempunyai banyak kegunaan

c)

Faktor pengeluaran mudah ditambah

d)

Bilangan firma dalam pasaran sedikit

11.

Logo berikut menunjukkan sebuah institusi kewangan di Malaysia.

Apakah tindakan institusi tersebut untuk mengawal kestabilan nilai mata wang?

a)

Menambah nilai import nampak Malaysia

b)

Meningkatkan bekalan wang di dalam pasaran

c)

Mengurangkan inflasi melalui alat dasar kewangan

d)

Membeli Ringgit Malaysia dan menjual Dolar Amerika

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan upah wang dan harga purata barang dalam pasaran.

Pernyataan manakah yang betul?

a)

Upah benar menurun

b)

Kuasa beli pengguna meningkat

c)

pendapatan boleh cukai berkurang

d)

Pendapatan boleh guna meningkat

13.

Gambar berikut merupakan faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna.

Pernyataa manakah yang betul berkaitan faktor tersebut?

a)

Pasaran yang meluas

b)

Harga barang lebih murah

c)

Pelbagai cara pembayaran

d)

Pengguna internet semakin ramai

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma.

Berapakah keuntungan yang diperolehi firma tersebut?

a)

RM6 000

b)

RM10 800

c)

RM16 800

d)

RM27 600

15.

Pernyataan manakah yang betul tentang firma?

a)

Mengumpul modal dari penjualan saham syarikat

b)

Unit ekonomi yang menggunakan barang dan perkhidmatan

c)

Dividen yang dibayar kepada pemilik saham biasa adalah tetap

d)

Melaburkan semua keuntunngan untuk membesarkan perniagaan

16.

Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan produktiviti.

a)

Firma berdaya saing

b)

Nisbah jumlah output dengan jumlah kos firma

c)

Kemampuan menghasilkan produk yang berkualiti

d)

Keupayaan sejumlah input meningkatkan pengeluaran

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan tahunan dan pelepasan cukai untuk empat individu.

siapakah yang perlu membayar cukai paling tinggi?

a)

Indra

b)

Raden

c)

Sally

d)

Ammar

18.

Jadual menunjukkan input berubah dan keluaran purata suatu barang.

Keluaran marginal adalah paling tinggi pada input berubah ke

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar.

Tindakan yang sesuai diambil oleh kerajaan bagi menangani situasi tersebut adalah melalui ...

a)

dasar harga minimum

b)

Akta Perihal Dagangan 1972

c)

pembatalan lesen perniagaan

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

20.

Pernyataan manakah yang betul tentang cukai regresif?

a)

Pendapatan tinggi, kadar cukai tinggi

b)

Pendapatan rendah, kadar cukai rendah

c)

Pendapatan rendah, beban bayar cukai besar

d)

Pendapatan tinggi, beban bayar cukai banyak

21.

Maklumat menunjukkan trend indeks harga pengguna (IHP) Malaysia bagi tempoh tiga tahun.

Pernyataan manakah yang betul tentang trend di atas?

a)

IHP meningkat 15.2% pada tahun 2016

b)

Peningkatan kadar inflasi bagi tahun 2017 ialah 4.5%

c)

Peningkatan kadar inflasi bagi tahun 2018 ialah 15%

d)

Peningkatan kadar inflasi pada tahun 2018

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan kesan ekonomi akibat tindakan Perintas Kawalan Pergerakan (PKP).

Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan bagi merancakkan sektor tersebut ialah...

a)

Bantuan subsidi upah kepada majikan

b)

Insentif MY30 untuk pengangkutan awam

c)

Pengecualian duti setem bagi pembelian hartanah

d)

Cukai atas perkhidmatan penginapan dikecualikan

23.

Apakah kesan tindakan bak pusat mengetatkan syarat sewa beli ke atas objektif makroekonomi?

a)

Tingkat harga umum akan naik

b)

Peningkatan dalam guna tenaga

c)

Rizab pertukaran asing bertambah

d)

Pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan

24.

Maklumat menunjukkan jumlah tenaga buruh dan guna tenaga Malaysia bagi tahun 2017 dan 2018.

Pernyataan manakah yang betul?

a)

Peningkatan dalam kadar pengangguran

b)

Kuasa beli masyarakat semakin menurun

c)

Keluaran Dalam Negara Kasar bertambah

d)

Ekonomi tidak mencapai guna tenaga penuh

25.

Pernyataan manakah yang menerangkan ciri syarikat multinasional?

a)

Risiko pelaburan rendah

b)

Kerajaan memonopoli sesebuah firma

c)

Firma berskala besar menguasai pasaran tempatan

d)

Cawangan firma dikawal oleh firma induk di negara asal

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan hasil kerajaan bagi tahun 2017.

Berapakah jumlah hasil cukai tak langsung?

a)

RM4 186 juta

b)

RM9 851 juta

c)

RM12 656 juta

d)

RM11 808 juta

27.

Pernyataan manakah yang betul berkaitan perbelanjaan mengurus?

a)

Pembinaan kuarters polis

b)

Bayaran hutang luar negara

c)

Penyelenggaraan jalan rosak

d)

Meningkatkan infrastruktur ICT

28.

Faktor manakah yang menggalakkan globalisasi?

a)

Liberalisasi perdagangan dihadkan

b)

Memperbaiki imbangan pembayaran

c)

Rangkaian pengangkutan yang cekap

d)

Kemajuan internet dan ekonomi global

29.

Apakah faktor yang menyumbang kepada kewujudan perdagangan antarabangsa?

a)

Harga faktor

b)

Mobiliti buruh

c)

Meluaskan pasaran

d)

Tingkat kecekapan pengeluaran

30.

Rajah berikut berkaitan dengan penggunaan alat dasar kewangan oleh bank pusat untuk mengatasi ketidakstabilan ekonomi.

Pernyataan manakah yang betul bagi X dan Y?

a)

X=kadar rizab tunai dinaikkan,

Y=kadar faedah diturunkan

b)

X=beli surat jaminan kerajaan

Y=kadar faedah diturunkankan

c)

X=kadar rizab berkanun dinaikkan,

Y=jual surat jaminan kerajaan

d)

X=kadar rizab berkanun diturunkan,

Y=syarat sewa beli dilonggarkan

31.

Pernyataan manakah yang benar tentang tarif?

a)

Sejenis hasil cukai langsung

b)

Melindungi industri muda tempatan

c)

Penetapan had kuantiti barang import

d)

Mengurangkan permintaan barang tempatan

32.

Antara berikut, yang manakah faktor penyumbang kepada defisit akaun semasa?

a)

Peningkatan dalam produktiviti

b)

Kenaikan nilai Ringgit Malaysia

c)

Kekurangan inovasi dan daya saing

d)

Permintaan yang tinggi untuk eksport

33.

Pernyataan manakah yang mewujudkan permintaan Ringgit Malaysia (RM)?

a)

Membuat pelaburan di negara Vietnam

b)

Membiayai import barang dan perkhidmatan

c)

Mempertahankan nilai RM apabila nilainya jatuh

d)

Penggunaan kapal terbang MAS untuk pasaran domestik

34.

Apakah kesan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding Pound Sterling?

a)

Eksport Britain merosot

b)

Import Malaysia bertambah

c)

Rizab asing bank pusat berkurang

d)

Memperbaik imbangan pembayaran

35.

Harga pasaran dalam sistem ekonomi kapitalis ditentukan oleh kuasa permintaan dan pasaran.

a)

Betul

b)

Salah

36.

Turun naik harga pasaran yang tidak dikawal akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi berlaku.

a)

Betul

b)

Salah

37.

Bank sebagai pemegang amanah dalam prinsip Wadiah.

a)

Betul

b)

Salah

38.

Mudharabah merupakan pembahagian untung antara bank dengan pelanggan.

a)

Betul

b)

Salah

39.

Akaun penjelasan bank perdagangan digunakan oleh bank pusat untuk membantu bank yang menghadapi masalah kekurangan tunai.

a)

Betul

b)

Salah

40.

Akaun rizab tunai memastikan bank perdagangan mempunyai wang yang mencukupi apabila pelanggan mengeluarkan wang yang banyak.

a)

Betul

b)

Salah

41.

KDNK yang negatif menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi perlahan.

a)

Betul

b)

Salah

42.

Nilai keluaran oleh rakyat asing yang bekerja di Malaysia tidak diambil kira dalam mengira KDNK.

a)

Betul

b)

Salah

43.

Nilai eksport nampak didebitkan dalam akaun dagangan.

a)

Betul

b)

Salah

44.

Imbangan dagangan merekod perbezaan nilai eksport tak nampak dan nilai import tak nampak.

a)

Betul

b)

Salah