Worksheetsbab 3 : Konsep mol, formula dan persamaan kimia
Total questions: 31
Worksheet time: 26mins
Berapakah bilangan atom litium yang mempunyai jisim yang sama dengan 2 atom nitrogen?
[Jisim atom relatif: Li = 7; N = 14]
2
4
6
8
Apakah jisim molekul relatif bagi sulfur heksafluorida?
[Jisim atom relatif: F = 19; S = 32]
51
108
133
146
Jisim atom relatif plumbum ialah 207. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
[Jisim atom relatif: Na = 23]
0.01 mol plumbum berjisim 2.07 g
20.7 g plumbum mengandungi 6.02 x 1021 atom
1 mol plumbum mempunyai isi padu 24 dm3 pada keadaan bilik
Jisim satu atom plumbum adalah sama dengan jisim 7 atom natrium
Antara bahan berikut, yang manakah mempunyai 3.01 x 1023 atom?
0.25 mol air
0.5 mol karbon
0.5 mol gas oksigen
0.3 mol gas hidrogen
Apakah isi padu pada keadaan bilik bagi satu sampel gas ammonia, NH3 dengan jisim 5.1 g?
[Isi padu molar gas = 24 dm3 pada keadaan bilik]
7.2 dm3
12 dm3
14.4 dm3
18 dm3
Antara berikut, yang manakah merupakan formula kimia yang betul bagi kuprum(II) iodida?
CuI
Cu2I
CuI2
Cu2I2
1.2 g unsur Y berpadu dengan bromin untuk menghasilkan 6 g sebatian dengan formula empirik YBr2. Apakah jisim atom relatif bagi unsur Y?
[Jisim atom relatif: Br = 80]
20
36
40
56
Berikut ialah satu persamaan kimia:
H2SO4(ak) + 2KOH(ak) → K2SO4(ak) + xH2O(ce)
Apakah nilai x?
1
2
3
4
Pembakaran lengkap etanol adalah seperti berikut:
C2H5OH(ce) + 3O2(g) → 2CO2(g) + 3H2O(ce)
Berapakah isi padu gas oksigen yang diperlukan pada keadaan bilik untuk membakar 9.2 g etanol dengan lengkap?
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16; Isi padu molar = 24 dm3 mol-1 pada keadaan bilik]
4.8 dm3
9.6 dm3
14.4 dm3
19.2 dm3
Hitungkan jisim molekul relatif, JMR bagi sebatian ammonia, NH3.
[JAR: C =12; Cl = 35.5; O = 16; H = 1; N = 14]
10
14
17
20
Hitungkan jisim molekul relatif, JMR bagi sebatian asid etanoik, CH3COOH.
[JAR: C =12; Cl = 35.5; O = 16; H = 1; N = 14]
35
40
50
60
Hitungkan jisim molekul relatif, JMR bagi sebatian tetraklorometana, CCl4.
[JAR: C =12; Cl = 35.5; O = 16; H = 1; N = 14]
154
100
541
415
Hitungkan jisim formula relatif, JFR bagi sebatian ion Magnesium oksida, MgO.
[JAR: Mg =24; Cl = 35.5; O = 16; H = 1; N = 14; S = 32; Cu = 64]
20
40
50
70
Hitungkan jisim formula relatif, JFR bagi sebatian ion kuprum(II) klorida, CuCl2.
[JAR: Mg =24; Cl = 35.5; O = 16; H = 1; N = 14; S = 32; Cu = 64]
135
132
365
441
Hitungkan jisim formula relatif, JFR bagi sebatian ion Ammonium sulfat, (NH4)2SO4.
[JAR: Mg =24; Cl = 35.5; O = 16; H = 1; N = 14; S = 32; Cu = 64]
106
188
250
132
Hitungkan bilangan atom bagi 0.2 mol ferum, Fe.
[Pemalar Avogadro, NA: 6.02 x 1023mol-1]
1.04 x 1023 atom
1.204 x 1023 molekul
1.204 x 1023 atom
1.206 x 1023 ion
Hitungkan bilangan atom bagi 0.1 mol magnesium, Mg.
[Pemalar Avogadro, NA: 6.02 x 1023mol-1]
6.02 x 1023 atom
6.12 x 1022 atom
6.02 x 1022 atom
6.02 x 1024 atom
Hitungkan bilangan molekul bagi 3 mol gas nitrogen, N2.
[Pemalar Avogadro, NA: 6.02 x 1023mol-1]
1.806 x 1022 molekul
1.206 x 1024 molekul
1.106 x 1023 molekul
1.806 x 1024 molekul
Cari jisim molekul relatif bagi karbon dioksida.
[ JAR: C = 12; O = 16 ]
A. 28
B. 30
C. 44
D. 40
Formula molekul bagi glukosa ialah C₆H₁₂O₆. Apakah formula empiriknya?
A. CHO
B. C₆H₁₂O₆
C. CH₂O
Rajah menunjukkan susunan radas bagi satu experiment untuk menentukan formula empirik magnesium oksida.
Langkah manakah yang betul untuk memastikan pita magnesium itu terbakar dengan lengkap?
A. Buka penutup mangkuk pijar sekali-sekala semasa pemanasan.
B. Panaskan pita magnesium itu dengan kuat dalam mangkuk pijar tanpa penutupnya
C. Tutup mangkuk pijar dengan penutupnya sebaik sahaja pita magnesium itu mula terbakar.
D. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperoleh.
Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik suatu oksida logam.
Antara oksida logam berikut yang manakah tidak sesuai digunakan dalam eksperimen?
A Zink oksida
B Plumbum (II) oksida
C Kuprum (II) oksida
D Ferum (III) oksida
Kaedah seperti dalam gambar rajah sesuai untuk menentukan formula empirik bagi logam yang kurang reaktif, contohnya...
I. Argentum
II. Kuprum
III. Plumbum
IV. Zink
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. I, II, III dan IV
Bahan manakah yang mengandungi bilangan atom yang sama dengan 12g karbon? [j.a.r H=1; C=12; O=16; Mg=24; S=32]
32 g sulfur
2 g hidrogen
12 g magnesium
22 g karbon dioksida
Berapakah bilangan mol kuprum (II) nitrat dalam 56.4 g kuprum (II) nitrat Cu(NO₃)₂?
0.30 mol
0.32 mol
0.45 mol
3.33 mol
Hitung jisim karbon yang terkandung dalam 375 g zink karbonat ZnCO3. [ j.a.r C=12; O=16; Zn=65]
12
24
36
48
Hitung bilangan molekul yang terdapat dalam 11g bagi karbon dioksida [j.a.r: C=12;O=16;Pemalar Avogadro= 6.02 x 1023 mol-1]
1.505 X 1023 molekul
2.365 x 1023 molekul
1.655 x 1023 molekul
Berapakah bilangan atom dalam 0.5 mol gas sulfur dioksida, SO2?
[Pemalar Avogadro = 6.02 × 1023 mol-1 ]
6.02 × 1023
0.5 × 6.02 × 1023
0.5 × 2 × 6.02 × 1023
0.5 × 3 × 6.02 × 1023
Manakah sebatian yang mempunyai formula empirik CH3O?
CH2OHCH2OH
C6H5COOH
HCOOC2H5
CH3CHO
Satu sebatian berformula X2CO3 mempunyai jisim formula relatif 138. Berapakah jisim atom relatif bagi X? [Jisim atom relatif: C = 12 dan O = 16]
39
69
78
110
Veronal ialah ubat pelali yang digunakan untuk merangsang pesakit mental untuk tidur. Formula molekul bagi veronal ialah C4H2N2O3(C2H5)2. Tentukan jisim molekul relatif bagi veronal. (Jisim atom relatif; H=1, C=12, N=14, O=16)
186
184
180
182
