WorksheetsPAHANG 2020
Total questions: 47
Worksheet time: 50mins
Maklumat berikut berkaitan dengan satu unit ekonomi.
Pernyataan manakah yang betul tentang unit ekonomi X?
Meningkatkan keuntungan dengan meminimumkan kos pengeluaran
Mengutamakan kebajikan rakyat daripada projek pembangunan
Memaksimumkan kepuasan melalui perbelanjaan berhemah
Membekalkan keperluan demi keselesaan pengguna
Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah pengeluaran bagi Firma Sejahtera untuk mengeluarkan barang X dan barang Y.
Berapakah kos lepas jika firma tersebut mengubah kaedah pengeluaran daripada P ke Q.
20 unit X
25 unit Y
30 unit X
35 unit Y
Pasangan manakah yang betul tentang ciri sistem ekonomi tersebut.
Maklumat berikut menunjukkan ciri sistem ekonomi bagi negara M dan negara N.
Pasangan manakah yang betul tentang sistem ekonomi negara tersebut?
Negara M = Sistem ekonomi perancangan pusat
Negara N = Ekonomi Islam
Negara M = Sistem ekonomi campuran
Negara N = Ekonomi Islam
Negara M = Sistem ekonomi campuran
Negara N = Sistem ekonomi pasaran bebas
Negara M = Sistem ekonomi perancangan pusat
Negara N = Sistem ekonomi campuran
Gambar manakah yang menunjukkan contoh pekerjaan di sektor kedua?
Pasangan manakah yang betul?
Keperluan - Boleh ditangguhkan
Kehendak - Mesti dipenuhi dahulu
Keperluan - Pelbagai pilihan barangan
Kehendak - Pilihan barangan sama untuk semua
Keperluan - Untuk keselesaan
Kehendak - Untuk meneruskan kehidupan
Keperluan - Harga dikawal oleh kerajaan
Kehendak - Harga ditentukan oleh kuasa pasaran
Pernyataan manakah yang betul berkaitan bayaran pindahan?
Ganjaran diterima pesara tentera.
Dibayar balik mengikut tempoh tertentu
Bersifat berulang setiap tahun
Tidak melibatkan sumber ekonomi
Pilih langkah penyediaan belanjawan peribadi yang betul.
III, II, I dan IV
II, III, IV dan I
I, IV, II dan III
IV, I, III dan II
Maklumat berikut berkaitan Syarikat Maju Jaya.
Apakah masalah ekonomi yang belum diselesaikan?
Apakah barang yang hendak dikeluarkan
Berapa barang yang hendak dikeluarkan
Bagaimana barang hendak dikeluarkan
Untuk siapa barang dikeluarkan
Perubahan dalam kuantiti diminta dikaitkan dengan
perubahan pendapatan individu
peralihan keluk permintaan
perubahan harga barang lain
pergerakan titik di atas keluk permintaan
Pernyataan manakah yang betul tentang keanjalan harga permintaan tidak anjal.
Peratus perubahan kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga
Peniaga menurunkan harga barang untuk meningkatkan jumlah hasil jualan
Nilai pekali keanjalan harga permintaan lebih daripada satu
Kecerunan keluk permintaan adalah lebih landai
Rajah 1 menunjukkan hubungan antara harga barang M dengan perubahan permintaan barang N.
Pernyataan manakah yang menerangkan hubungan di antara dua barang tersebut?
Barang M adalah barang penggenap kepada barang N
Berlaku pengurangan harga terhadap barang N
Penggunaan barang M memberi kepuasan yang sama seperti barang N
Hubungan antara harga barang M dengan permintaan barang N adalah positif
Pernyataan manakah yang betul tentang firma?
Memaksimumkan kebajikan pengguna daripada penghasilan output
Memperoleh keuntungan melalui pembekalan faktor pengeluaran
Menggunakan sumber input yang dibekalkan oleh isi rumah
Mengeluarkan output dengan persetujuan kerajaan
Pernyataan manakah yang betul berkaitan penentu keanjalan harga penawaran?
Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran Barang W.
Berapakah nilai keanjalan penawaran Barang W?
0.3
0.5
1.0
3.0
Pilih pasangan yang betul.
Dalam jangkamasa pendek output boleh ditambah dengan cara
menambah stok bahan mentah
membesarkan tapak cawangan
mengimport mesin berteknologi tinggi
membina kilang di tapak baharu
Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran pasaran buruh.
Berapakah upah dan kuantiti keseimbangan bagi pasaran tersebut?
Upah = RM20
Kuantiti buruh = 50 orang
Upah = RM30
Kuantiti buruh = 60 orang
Upah = RM40
Kuantiti buruh = 65 orang
Upah = RM50
Kuantiti buruh = 70 orang
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi penawaran.
Rajah manakah yang menunjukkan kesan terhadap penawaran import di pasaran Malaysia?
Rajah 3 menunjukkan keluk permintaan individu A (DADA) dan B (DBDB) terhadap suatu barang.
Jadual manakah yang menunjukkan permintaan pasaran bagi barang tersebut.
Pilih langkah penyediaan belanjawan peribadi yang betul.
menyenarai pelbagai punca pendapatan
Mencatat semua jenis perbelanjaan
Menyusun perbelanjaan berdasarkan keutamaan
Mengimbangi pendapatan berdasarkan perbelanjaan
Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis kemudahan simpanan di bank perdagangan.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kemudahan simpanan di atas?
dikenakan caj perkhidmatan
wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati
boleh menggunakan cek
simpanan adalah selamat
Mengapakah cek diterima sebagai alat perantaraan pertukaran dalam ekonomi?
Merupakan wang sah dalam urus niaga bernilai besar
Penggunaan adalah lebih selamat dan makin meluas
Mempunyai nilai sandaran tertentu
Perlu diterima oleh peniaga
Contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai?
Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad
Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia
Proses menjelaskan baki pinjaman dalam tempoh setahun
Pembelian komputer riba baru berharga mahal
Gambar di bawah berkaitan sebuah institusi kewangan dalam negara.
Antara berikut,manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan tersebut?
Menerima deposit daripada orang ramai
Menyediakan pinjaman peribadi
Mendiskaunkan bil pertukaran
Menjaga kestabilan ekonomi
Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan.
Perkhidmatan bank perdagangan manakah yang digunakan oleh Encik Fayyad?
Perintah sedia ada
Debit langsung
Pindahan kredit
Penggunaan cek
Antara yang berikut, yang manakah perbelanjaan pembangunan kerajaan?
Serahan kepada kerajaan negeri
Bekalan dan perkhidmatan
Bayaran khidmat hutang
Perkhidmatan sosial
Inflasi sederhana akan menyebabkan pertambahan
import negara
peluang pekerjaan
tabungan isi rumah
pelaburan ke luar negara
Bagaimanakah kerajaan mengawal inflasi ekonomi melalui dasar belanjawan negara?
Memperkenalkan cukai langsung baharu
Menangguhkan projek pembangunan luar bandar
Memperkenalkan dasar gaji minimum yang lebih baik
Menggesa kadar nisbah berkanun dikurangkan
Jadual 1 menunjukkan sebahagian sumber hasil kerajaan pada tahun 2015.
Berapakah jumlah hasil cukai tak langsung kerajaan pada tahun tersebut?
RM14 622 juta
RM18 283 juta
RM20 596 juta
RM30 895 juta
Apakah persamaan antara perniagaan dalam negeri dengan perdagangan antarabangsa?
Khidmat sokongan
Sempadan perdagangan
Sukatan dan timbangan
Mata wang
Situasi manakah yang merupakan eksport tak nampak Malaysia?
Universiti Islam Antarabangsa menerima seorang profesor warganegara Singapura.
Warga Malaysia meraikan majlis perkahwinan anak di sebuah hotel mewah milik Itali
Sekolah Menengah Seri Murni menerima sumbangan komputer dari sebuah syarikat Korea
Encik Muhamad adalah anak jati Malaysia yang terlibat sebagai jurutera pembinaan Menara Jam di Arab Saudi
Jadual 2 menunjukkan imbangan dagangan Malaysia bagi tempoh empat tahun.
Pernyataan manakah yang betul tentang jadual di atas?
Eksport meningkat dari tahun 2017 hingga 2019
Nilai import melebihi nilai eksport pada tahun 2019
Berlaku imbangan dagangan lebihan pada tahun 2018
Import perlu ditambah pada tahun 2016 untuk memperbaik keadaan
Kuota memberi kebaikan kepada negara melalui
peningkatan hasil negara
pertambahan pilihan pengguna
peningkatan harga barang tempatan
penghasilan imbangan pembayaran positif
Mengapakah won Korea penting kepada Malaysia?
Meningkatkan eksport gas asli cecair (LNG) dan petroleum ke Seoul
Memudahkan aktiviti pelancongan warga Malaysia ke Pulau Jeju
Membolehkan Korea Selatan menghantar produk elektronik ke Malaysia
Meraikan kedatangan siswa dari Korea untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya
Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap.
Betul
Salah
Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung ke asalan kerana berlaku kos lepas yang semakin berkurang.
Betul
Salah
Kerajaan berkuasa penuh di dalam melaksanakan ekonomi Islam.
Betul
Salah
Matlamat yang ingin dicapai di dalam ekonomi Islam ialah al falah.
Betul
Salah
Rizab tunai merupakan simpanan wajib bank perdagangan di Bank Pusat.
Betul
Salah
Pada masa inflasi kadar rizab tunai diturunkan.
Betul
Salah
Eksternaliti ialah kos atau faedah yang diambil kira dalam pengeluaran.
Betul
Salah
Eksternaliti merupakan kesan yang berlaku kepada pengeluar dan pengguna.
Betul
Salah
Pelaburan langsung asing bermaksud pelaburan yang dibuat oleh firma dari luar negara untukmemulakan operasi perniagaan di Malaysia.
Betul
Salah
Eksternaliti merupakan kesan yang berlaku kepada pengeluar dan pengguna.
Betul
Salah
Akaun semasa merupakan akaun yang merekodkan nilai eksport dan import barang, perkhidmatan dan pendapatan.
Betul
Salah
Lebihan akaun semasa berlaku apabila terdapat permintaan yang tinggi untuk import.
Betul
Salah
