NEW
Font size
WorksheetsFRASA KERJA DAN FUNGSINYA
Total questions: 25
Worksheet time: 22mins
Apakah yang dikatakan sebagai frasa kerja transitif?
Melibatkan dua perkara iaitu subjek dan objek.
Mengandungi satu atau lebih kata kerja yang berfungsi sebagai inti.
Tidak memerlukan apa-apa unsur untuk melengkapkannya.
Tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.
Frasa kerja transitif terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja transitif:
asal dan berpelengkap
asal dan terbitan
keterangan dan terbitan
berpelengkap dan tanpa pelengkap
Antara yang berikut, yang manakah merupakan frasa kerja transitif asal?
Amy search terus merajai muzik rock dunia.
Abang terus mengetepikan pihak lawan dalam acara larian 100 meter.
Ibu mengoreng ikan dan ayam di dapur.
Kakak menidurkan adik di bilik.
Frasa Kerja Aktif Tak Transitif yang terdapat dalam ayat “Adik menangis teresak-esak.” ialah
Frasa Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap.
Frasa Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap.
Frasa Kerja Aktif Tak Transitif Berpenerang.
Frasa Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Penerang
Ayat berikut mengandungi Frasa Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap kecuali
Ahmad menjadi guru.
Penyakit nenek beransur sembuh.
Adik berlari ke arah ibu.
Keluarga mertua Syahirah berasal dari Sarawak.
"Kakak saya mengemas rumah."
Apakah fungsi frasa kerja mengemas dalam ayat di atas…
Sebagai predikat
Sebagai subjek
Sebagai objek
Sebagai penerang
Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai fungsi frasa kerja?
Unsur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut.
Posisi atau kedudukan sesuatu unsur dalam ayat.
Menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan.
Bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.
Ayat yang manakah yang mengandungi Frasa Kerja Aktif Tak Transitif Berpenerang?
Perlawanan itu berlangsung pagi tadi.
Suasana perbincangan itu menjadi tegang.
Ali asyik tertawa.
Kyla bermain badminton.
Frasa Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap dapat berdiri sendiri dan masih mempunyai maksud sekiranya pelengkap digugurkan.
Betul
Salah
Yang berikut ialah fungsi frasa kerja dalam ayat kecuali
Sebagai subjek
Sebagai predikat
Sebagai penerang
Sebagai objek
Frasa kerja transitif terbitan diterbitkan daripada jenis frasa kerja dibawah kecuali
Frasa kerja
Frasa nama
Frasa kerja tak transitif
Dua frasa sendi nama ‘ke tepi, ke tengah’
Frasa Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap dapat berdiri sendiri dan masih mempunyai maksud sekiranya pelengkap digugurkan.
Betul
Salah
“Bulan terang mengindahi suasana malam ini” merupakan frasa kerja terbitan yang diterbitkan daripada jenis frasa kerja.
Frasa nama
Frasa sendi nama
Frasa kerja tak transitif
Frasa adjektif
Antara ayat yang berikut yang manakah frasa kerja yang berfungsi sebagai subjek?
Bertudung gadis itu.
Tugas mengajar kerja yang mulia.
Termenung di tepi jendela adik.
Maria menyapu soalan
Antara berikut yang manakah frasa kerja berfungsi sebagai penerang?
I. Keputusan menghukumnya memang tidak wajar.
II. Emosi tidak terkawal boleh memudaratkan.
III. Tugas berdakwah memang dituntut oleh agama.
I dan II
II dan III
I dan III
I, II dan III
Ayat yang manakah mengandungi frasa kerja sebagai predikat?
Anaknya masih kecil lagi.
Kereta itu ke kota bharu.
Ahmad sangat bijak berkata-kata.
Cahaya matahari menyinari alam semesta.
Ayat yang manakah bukan menunjukkan frasa kerja sebagai pelengkap?
Pemuda itu tersenyum manis.
Keretanya membelok ke kiri.
Badannya menjadi lemah.
Kakak sedang mencuci pakaian.
"Menaiki tangga bagus untuk kesihatan jantung."
Yang manakah benar mengenai pernyataan di atas?
Ayat tersebut merupakan ayat pasif.
Tangga menjadi unsur penerang kepada kata kerja menaiki.
Frasa kerja sebagai subjek menjadi unsur yang diceritakan dalam ayat.
Frasa kerja sebagai predikat.
Nyatakan fungsi frasa kerja dalam ayat berikut:
"Berjudi akan merugikan diri sendiri."
subjek
Predikat
Penerang
Pelengkap
Nyatakan fungsi frasa kerja dalam ayat berikut:
"Nurul bergaya seperti paramugari."
Subjek
Predikat
Penerang
Pelengkap
Nyatakan fungsi frasa kerja dalam ayat berikut:
"Pesawat mendarat di landasan."
Subjek
Predikat
Penerang
Pelengkap
Nyatakan fungsi frasa kerja dalam ayat berikut:
"Kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab."
Subjek
Predikat
Penerang
Pelengkap
Nyatakan fungsi frasa kerja dalam ayat berikut:
"Menabung untuk kegunaan masa depan."
Subjek
Predikat
Penerang
Pelengkap
Nyatakan fungsi frasa kerja dalam ayat berikut:
"Ibu menyapu lantai."
Subjek
Predikat
Penerang
Pelengkap
"Raju sedang menyepak bola."
Yang manakah tidak benar mengenai ayat diatas.
Menyepak bola dalam ayat tersebut merupakan predikat.
Menyepak bola dalam ayat tersebut merupakan penerang.
Menyepak bola merupakan frasa kerja
Menyepak bola adalah perkara yang ingin diceritakan dalam ayat tersebut.
