wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ISLAM DAN CABARAN SEMASA (Pembangunan dan Alam Sekitar)

Total questions: 10

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi Pembangunan Islam menurut Umer Chapra (2007) ?

a)

Pembangunan dalam masyarakat boleh dicapai dengan berpaksikan moral atau norma dalam masyarakat

b)

Pembangunan dalam masyarakat mustahil dicapai dengan berpaksikan moral atau norma dalam masyarakat

c)

Pembangunan dalam masyarakat boleh dicapai dengan tidak berpaksikan moral atau norma dalam masyarakat

2.

Pembangunan dalam Islam merujuk kepada ...

a)

Meliputi aspek fizikal sahaja

b)

Meliputi aspek bukan fizikal sahaja

c)

Meliputi aspek fizikal dan bukan fizikal

3.

2 tahap fokus utama dalam penbangunan Islam iaitu :-

a)

Tahap pembangunan jasmani dan fizikal

b)

Tahap pembangunan rohani dan intelektual

c)

Tahap pembangunan rohani dan fizikal

d)

Tahap pembangunan insaniah

4.

Tahap pembangunan fizikal boleh dipelbagaikan mengikut 3 bentuk keperluan iaitu :-

a)

Ad-Dharuriyyat, Al-Hajiyyat dan Al-Ma'thurat

b)

Ad-Dharuriyyat, Al-Mudharat dan At-Tahsiniyyat

c)

Ad-Dharuriyyat, At-Tahsiniyyat dan Al-Hasanat

d)

Ad-Dharuriyyat, Al-Hajiyyat dan At-Tahsiniyyat

5.

Apakah perbezaan skop pembangunan menurut Islam dan Barat ?

a)

Pembangunan Islam mementingkan keperluan atau hajat manusia bagi kehidupan yang senang dan selesa, manakala pembangunan Barat mementingkan material dan kerohanian

b)

Pembangunan Islam mementingkan keperluan atau hajat manusia bagi kehidupan yang senang dan selesa, manakala pembangunan Barat mementingkan material dan kebendaan

6.

Jelaskan mengenai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu pembangunan dalam Islam ?

(a)  

7.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, alam sekitar didefisinikan sebagai unsur fizikal yang berada di sekeliling manusia seperti ....

a)

tanah, air, api, angin dan unsur biologi

b)

tanah, air, udara, iklim, tumbuhan, haiwan serta unsur teknologi

c)

tanah, air, udara, iklim, tumbuhan, haiwan serta unsur biologi dan sosial yang saling bergantung antara satu sama lain

d)

ekologi yang dikaitkan dengan alam sekitar

8.

Apakah maksud alam persekitaran buatan ?

a)

Unsur yang diciptakan oleh Allah yang wujud di permukaan bumi

b)

Hasil ciptaan alam dan manusia

c)

Hasil ciptaan dan inovasi manusia berdasarkan tindak balas mereka terhadap alam persekitaran semulajadi

9.

"Dan carilah apa-apa yang diberikan Allah kepada kamu dan janganlah kamu lupa bahagian kamu di dunia ini. Buatlah kebaikan sebagaimana Allah telah berbuat kebaikan kepada kamu dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mencintai orang-orang yang berbuat bencana"

(Surah Al-Qasas 28:77)


Ayat di atas merujuk kepada ...

a)

Pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap bumi ini, pengurusan alam yang baik merupakan manifestasi keimanan dan kepatuhan individu terhadap perintah Allah

b)

Menguruskan alam yang baik merupakan tanggungjawab orang tertentu sahaja

c)

Bencana alam yang berlaku adalah ber[unca daripada kegagalan ekosistem dan bukan kesilapan manusia

10.

Apakah faktor yang menyebabkan kurang penguatkuasaan terhadap pencemaran alam sekitar ?

a)

Kelemahan penguatkuasaan dan pemilikan

b)

Pertindihan kuasa dan tiada kesedaran dalam masyarakat

c)

Kerjasama yang baik antara masyarakat