Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Sukan B5: Pemakanan Sukan

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan kombinasi tiga disiplin sukan mengikut turutan dengan pelbagai jarak yang berbeza.

Atlet yang menyertai sukan tersebut mengalami komplikasi seperti isipadu darah menjadi pekat, suhu badan yang tinggi serta pengangkutan oksigen dari paru-paru ke jantung yang semakin berkurang.

Apakah strategi yang boleh digunakan oleh atlet tersebut untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku?

a)

Melakukan regangan sebelum dan selepas latihan.

b)

Melakukan teknik tokokan karbohidrat seminggu sebelum pertandingan.

c)

Mengambil cecair yang secukupnya terutama sebelum, semasa dan selepas sukan.

d)

Meningkatkan keupayaan anaerobik supaya tidak mudah letih.

2.

Pemakanan sukan mengaplikasikan strategi pemakanan untuk

a)

Pemulihan sebelum dan selepas latihan.

b)

Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan.

c)

Menyesuaikan diri dengan program latihan dan menghadapi pertandingan.

d)

Mengekalkan status kesihatan serta mencapai prestasi optimum ketika latihan dan pertandingan.

3.

Jadual menunjukkan keperluan karbohidrat bagi dua kumpulan peringkat umur.

a)

7200 g

b)

2000 g

c)

5200 g

d)

12400 g

4.

Sumber tenaga endogenus dan eksogenus bagi aktiviti sukan bergantung kepada jangka masa dan intensiti yang berbeza. Manakah antara sukan berikut yang menggunakan sumber tenaga endogenus.

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah menunjukkan piramid makanan atlet.

Namakan makanan bagi aras 4

a)

Sayur

b)

Bijirin

c)

Daging

d)

Minyak

6.

Sistem tenaga yang manakah menggunakan sumber tenaga utama eksogenus.

a)

Sistem aerobik

b)

Sistem anaerobik laktik

c)

Sistem anaerobik alaktik

d)

Sistem anaerobk glikolisis

7.

Proses pemindahan haba secara langsung apabila bersentuh dengan objek dinamakan sebagai

a)

Radiasi

b)

Konduksi

c)

Perolakan

d)

Penyejatan

8.

Makanan yang manakah perlu dielakkan oleh atlet sebelum latihan dan pertandingan.

a)

Bar

b)

Gel

c)

Kacang

d)

Minuman sukan

9.

Rajah menunjukkan pelbagai bentuk kafein.

Pilih jawapan yang betul berkaitan dengan fungsi kafein.

a)

Menambahkan jisim otot.

b)

Meningkatkan tumpuan atlet

c)

Meningkatkan sintesis asid amino

d)

Meningkatkan stamina dalam aktiviti daya tahan kardiovaskular

10.

Pemakanan sukan mengaplikasikan strategi pemakanan untuk

a)

Pemulihan untuk latihan

b)

Meningkatkan tahap kesihatan

c)

Menyesuaikan diri dengan program latihan

d)

Mengekalkan status kesihatan serta mencapai prestasi optimum ketika latihan dan pertandingan

11.

Tujuan utama pengambilan makanan adalah seperti berikut.

a)

Membekalkan tenaga

b)

Memberi rasa kenyang yang berteruskan

c)

Membina dan memperbaiki tisu otot yang rosak

d)

Mempertahankan tubuh daripada serangan kuman yang menyebabkan penyakit

12.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kandungan air dalam tubuh?

a)

Air ialah medium bagi nutrien lain berfungsi dan mengawal atur suhu badan

b)

Air mengandungi tenaga dan merupakan nutrien yang penting untuk hidup

c)

Air ialah komponen utama bagi komposisi badan dan kehilangan air melalui dehidrasi boleh memudaratkan kesihatan dan prestasi sukan

d)

Kombinasi haba dari persekitaran dan haba yang terhasil semasa metabolisme senaman boleh mengganggu kandungan air di dalam tubuh

13.

Teknik tokokan karbohidrat berkesan untuk atlet

a)

Tenis

b)

Lari pecut

c)

Angkat berat

d)

Lumba basikal lebuh raya

14.

Antara berikut, manakah saranan pemakanan yang

sesuai bagi atlet sukan jangka masa panjang semasa bertanding dalam cuaca panas?

a)

Gel

b)

Minuman sukan

c)

Makanan tinggi garam

d)

Makanan tinggi karbohidrat

15.

Manakah peranan bantuan ergogenic pemakanan yang boleh meningkatkan jisim otot?

a)

Kafein

b)

Bikarbonat

c)

Kreatina

d)

Whey Protein