wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 4 - Penilaian Bab 2

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Penyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran

c)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat

d)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

2.

Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ?

a)

Menyediakan infrastruktur

b)

Menyediakan bantuan pelaburan

c)

Memajukan sistem Pendidikan usahawan

d)

Menaja pembangunan perniagaan setempat

3.

Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?

I. Sumber manusia

II. Teknologi maklumat

III. Persaingan dan jaringan

IV. Sosiobudaya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan

Encik Rahman mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran.Ini telah membuatkan perniagaan restoren Encik Rahman semakin maju.

Apakah trend persekitaran yang berlaku?

a)

Trend meningkat, faktor luaran

b)

Trend menurun, faktor luaran

c)

Trend menurun, faktor luaran

d)

Trend meningkat, faktor dalaman

5.

Apakah tujuan kerajaan menggubal undang-undang berkaitan perlindungan

pengguna?

a)

Membolehkan kerajaan memberikan pelepasan cukai individu

b)

Meningkatkan aktiviti perniagaan berasaskan barang pengguna

c)

Menigkatkan penglibatan peniaga dalam aktiviti perniagaan

d)

Membolehkan pengguna mendapatkan ganti rugi

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan


Majikan bijak dalam

memotivasikan pekerja supaya pekerja

berusaha untuk

mencapai matlamat yang ditetapkan

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan sederhana

c)

Gaya pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan autokratik

7.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

c)

Daya pengeluaran perniagaan meningkat

d)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat

8.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan analisis SWOT.

a)

Peluang dan ancaman adalah faktor luaran

b)

Peluang dan kelemahan adalah faktor dalaman

c)

Kekuatan dan kelemahan adalah faktor luaran

d)

Kekuatan dan ancaman adalah faktor dalaman

9.

Antara yang berikut, yang manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek undang- undang?

I Mengurangakan bekalan dalam ekonomi

II Sistem perniagaan yang adil dapat diwujudkan

III Perlindungan daripada gejala penipuan dalam perniagaan

IV Pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan oleh kerajaan

a)

I dah II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Antara yang berikut, keadaan yang manakah menyebabkan trend

menurun dalam persekitaran perniagaan?

a)

Politik yang stabil

b)

Pekerja yang inovatif dan kreatif

c)

Sistem pengurusan yang cekap

d)

Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan

11.

Maklumat berikut menunjukkan suatu peranan kerajaan di Malaysia


Menangani isu perniagaan dari aspek

perundangan, kewangan dan

perkembangan aktiiti perniagaan.

Pernyataan di atas merujuk kepada peranan

a)

kerajaan pusat

b)

kerajaan negeri

c)

kerajaan tempatan

d)

pihak berkuasa tempatan

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan faktor persekitaran perniagaan


- Ekologi

- Teknologi

- Politik

- Ekonomi

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

peluang perniagaan

b)

ancaman perniagaan

c)

faktor luaran perniagaan

d)

faktor dalaman perniagaan

13.


Encik Marwan mengambil keputusan untuk

menggaji Noraini yang baru tamat pelajaran di universiti sebagai seorang

kerani.

Apakah kekurangan pengambilan sumber manusia tersebut?

a)

Kos merekrut yang tinggi

b)

Tidak membawa idea yang baharu

c)

Mempunyai pengetahuan stereotaip

d)

Tidak mempunyai kemahiran baharu

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan gaya pengurusan Syarikat Cerdik Sdn Bhd.


Syarikat Cerdik Sdn

Bhd memberi ruang dan kebebasan kepada pekerja mereka dalam melaksanakan

tugas masing-masing.

Pernyataan diatas merujuk kepada

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan sederhana

c)

Gaya pengurusan autokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

15.

Maklumat di bawah menunjukkan beberapa jenis cukai yang dikutip oleh satu agensi kerajaan.


· Cukai import dan

cukai eksport

· Cukai barang dan

perkhidmatan (GST)

Apakah agensi kerajaan yang terlibat?

a)

Bank Negara Malaysia

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Lembaga Hasil Dalam Negeri

d)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

16.

Antara berikut, yang manakah kesan kemelesatan ekonomi?

a)

Guna tenaga penuh

b)

Pengangguran meningkat

c)

Kuasa beli penduduk meningkat

d)

Pendapatan kerajaan meningkat

17.

Maklumat berikut menunjukkan dasar – dasar yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat.

• Dasar Fiskal

• Dasar Kewangan

Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar – dasar tersebut?

a)

Menggalakkan eksport barang tempatan

b)

Menjamin kestabilan ekonomi yang stabil

c)

Memastikan aliran masuk mata wang asing

d)

Meningkatkan permintaan barangan tempatan

18.

Gaya pengurusan manakah yang dapat membentuk persekitaran organisasi kondusif, wujud toleransi, dan hubungan baik antara majikan dan pekerja?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan sederhana

c)

Gaya pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

19.

Maklumat berikut menunjukkan sejenis pengangguran.


En Ali, seorang nelayan terpaksa berhenti

menangkap ikan semasa musim tengkujuh kerana ombak bergelora

Pengangguran di atas dikenali sebagai

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran struktur

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran bermusim

20.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?

a)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat

b)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

c)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran

d)

Guna tenaga semakin menurun

21.

Jenis gaya pengurusan yang diamalkan di sesebuah syarikat perniagaan boleh membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan. Situasi manakah menunjukkan gaya pengurusan sederhana?

a)

Majikan bertindak tegas dengan pekerja

b)

Majikan memberi kebebasan kepada pekerja

c)

Majikan menjaga hubungan baik antara pekerja

d)

Majikan mengamalkan toleransi dengan pekerja

22.

Yang manakah faktor deflasi?

a)

Peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan

b)

Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan

c)

Penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus naik.

d)

Permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran

23.

Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.


• Meningkatkan kadar faedah

• Meningkatkan kadar cukai

Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah?

a)

Deflasi

b)

Inflasi

c)

Subsidi

d)

Peningkatan cukai

24.

Apakah kelebihan penggunaan sumber dalaman dalam proses pengambilan pekerja?

a)

Pekerja dapat membawa idea baru

b)

Pekerja sedia ada lebih bermotivasi

c)

Pekerja membawa kemahiran yang terkini

d)

Tidak akan wujud kekosongan jawatan lain

25.

Pernyataan manakah menerangkan tentang taraf perintis?

a)

Potongan cukai kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan.

b)

Pelepasan cukai kepada perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah tempatan.

c)

Pengecualian cukai selama lima tahun kepada syarikat yang menyertai sektor yang dipromosi oleh kerajaan.

d)

Pelepasan cukai kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan makanan, pembinaan jalan dan pembelian aset modal

26.

Maklumat berikut berkaitan dengan SWOT.


Faktor dalaman yang

membawa kesan negatif kepada Perniagaan Enak Rasa Sdn. Bhd. ialah dari segi

pengurusan pekerja.

Apakah ciri SWOT tersebut?

a)

Peluang

b)

Ancaman

c)

Kekuatan

d)

A. Kelemahan

27.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.


Nelayan

Petani

Apakah jenis pengangguran yang dihadapi oleh kedua-dua jenis pekerjaan tersebut?

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran struktur

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran bermusim

28.

Analisis yang berikut, manakah merujuk kepada kelemahan faktor dalaman?

a)

Keupayaan dan kemampuan yang dimiliki oleh perniagaan untuk bersaing

b)

Pekerja yang kurang berkemahiran

c)

Kewujudan teknologi baharu

d)

Muncul barang atau perkhidmatan pengganti daripada pesaing

29.

Maklumat di bawah berkaitan faktor luaran yang menjadi ancaman kepada sesebuah syarikat.


* Tenaga solar lebih mesra alam dan

bersih

* Penggunaannya lebih murah berbanding

sumber tenaga lain

Apakah faktor luaran tersebut?

a)

Teknologi

b)

Politik

c)

Ekonomi

d)

Ekologi

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah deflasi.


* Menurunkan kadar cukai pendapatan

* Mengurangkan kadar faedah bank

Apakah kesan tindakan tersebut?

a)

Kos pinjaman perniagaan meningkat

b)

Harga barang dan perkhidmatan menurun

c)

Pengeluar mengurangkan operasi pengeluaran

d)

Permintaan untuk barang dan perkhidmatan akan meningkat